Teks oleh Razif Rosdi / Foto Baung / Murai.com
Sesungguhnya hati mana tidak sedih apabila tersingkir cuma satu tangga lagi sebelum ke garis penamat. Bagaimanapun, kesedihan itu terubat apabila Stanley Maringai David Impi atau Stanly berpeluang berjumpa ibunya yang ketika itu tenat.Pun begitu, kegembiraan itu hanya buat seketika selepas ibu tersayang akhirnya pergi juga. Apapun, Stanly yang kini sudah memulakan langkahnya sebagai bintang Akademi Fantasia 6 (AF6). Stanly berkata, sebaik diumumkan tersingkir, perasaannya bercampur baur walaupun dia berharap ke final kerana mahukan lagu baru."Stanly terima saja dan sedikit kecewa juga. Tapi nak buat macam mana. Ini semua pilihan peminat. Stanly berharap mahu pakai jubah graduan," jelasnya beberapa minit sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir.
Apa yang pasti, sewaktu menemuinya baru-baru ini, anak kelahiran Kuching Sarawak ini kembali ceria dengan didampingi teman seperjuangan di AF6.Mengenali diri Stanly bukannya suatu perkara yang susah. Ini semua di sebabkan Stanly cukup terkenal dengan sikap peramah dan mudah mesra. Selain itu, Stanly juga pandai mengambil hati setiap orang yang berbual dengannya walaupun itu pertemuan kali pertama. "Sebenarnya, Stanly memang sudah biasa dengan lagu berentak klasikal. Sebab itulah agak sukar juga Stany agak sukar menukarnya. Tapi, pengajaran di akademi banyak membantu. "Sepanjang menyanyi di konsert, Stanly paling suka konsert ke-7. Stanly memang tertarik dengan fast song. Stanly tidak berapa gemar lagu slow. Sebab itulah Stanly susah nak feel. Teringin juga nak cuba lagu tradisional," jelas Stanly.
Bagaimana dengan Bel Canto?
Ketika berada di akademi lagi, peminat sedia maklum di mana Stanly merupakan ahli kumpulan Bel Canto yang aktif mengadakan konsert terbuka di Kuching. Jadi, penulis sempat bertanya Stanly mengenai Bel Canto. "Buat masa sekarang ni, Stanly masih belum sempat berjumpa dengan ahli Bel Canto. Lagi pun, semuanya kini sibuk dengan komitmen masing-masing. Apa yang boleh Stanly cakap, Stanly akan bergerak secara solo. "Kalau boleh, Stanly mahu buat album ala-ala Dayang Nurfaizah. Bagi Stanly, Dayang punya suara dan stail yang unik selain tiada orang lain boleh menirunya."Sekarang Stanly sudah pun merancang menginap di Kuala Lumpur. Yang penting, Stanly sudah bekerja sebagai penyanyi," jelasnya.
Jelas hubungan dengan Leo
Selain berita mengenai Bel Canto, Stanly juga menjawab persoalan hubungan dengan gadis bernama Leo yang pernah dikaitkan semasa dia berada dalam akademi lagi."Leo? Haha.. sebenarnya kami bukan sepasang kekasih. Stanly kenal Leo sewaktu Stanly mengajar vokal lagi. Stanly memang rapat sangat dengan Leo. Malah, ibunya sudah anggap Stanly macam anak sendiri."Kalau nak tahu, Stanly memang banyak ibu angkat. Betul, kalau tak percaya boleh tanya kawan rapat."Paling penting, hubungan Stanly dan Leo lebih kurang macam adik-beradik angkat. Stanly pun anggap Leo macam adik sendiri. Tak lebih dari itu. "Hubungan Stanly dengan keluarga kandung pun tak berapa rapat. Sejak kecil lagi Stanly dah tinggal dengan ibu angkat Stanly. Stanly memang ada adik kembar yang mukanya sama seperti Stanly. Tapi, dia sudah berkahwin dan ada 2 orang anak," kata Stanly mengakhiri perbualan.