Penguasaan serta pengaruh artis dari seberang Tambak Johor semakin ketara dengan munculnya Imran Ajmain, Taufik Batishah dan Aaron Aziz.
Seorang lagi artis dari Singapura semakin digilai ramai terutama golongan remaja dan beliau tidak lain daripada si tinggi lampai, Aliff Aziz, 16
Selain popular dengan lagu Sayang Sayang, Aliff memang bertuah kerana albumnya menerima pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) dan Anugerah Planet Muzik (APM) akan datang.
Terbaru, dia mendapat tawaran berlakon 2 filem di Malaysia untuk memegang peranan utama.
Tidak dinafikan artis Sony-BMG Music ini mempunyai raut wajah yang unik ia gabungan Melayu, Filipina, Thailand dan Indonesia.
Dalam pada itu, ada pihak berpendapat, pengaruh Aliff dalam dunia hiburan tempatan ini juga bakal menggugat nama-nama artis popular seperti Dafi dan Adam.
Walau bagaimanapun, Aliff pernah menjelaskan bahawa keadaan adalah fenomena biasa dan dia tetap menghormati rakan seperjuangannya yang lebih dulu merakamkan album.
Minggu lepas, Aliff baru saja menemui peminatnya di Pasir Gudang, Johor menerusi road tour AIM15. Bukan itu saja, peminat Aliff boleh menonton aksinya dalam program Planet Muzik TV yang mula bersiaran pada 30 Mac lalu jam 5.30 dan 9.30 malam di Astro Ria.
Episod kedua dan ketiga Planet Muzik TV pula boleh ditonton pada 6 dan 13 April ini. Rancangan ini dihoskan oleh pengacara kacak, Ashraf Sinclair.

petikan; Murai.com