KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2008: Di kalangan selebriti tempatan, Camelia boleh dikatakan paling beruntung. Dia bukan saja cantik dan berbakat tetapi juga seorang 'socialite' yang sering diundang ke mana saja. Kerana kecenderungannya sebagai ikon fesyen, Camelia baru-baru ini diundang oleh pereka fesyen antarabangsa John Galliano dari jenama Christian Dior untuk menyaksikan catwalk Dior Haute Couture di Paris, penghujung Jun lalu.
Bukan undangan biasa, Camelia bersama pengurusnya, Maggie Abang Saufi diterbangkan khas ke Paris untuk memeriahkan serta berada sebaris selebriti dan tetamu VIP antarabangsa.
Antara tetamu yang hadir ialah Janet Jackson bersama kekasihnya, Eva Mendez, aktor terkenal Perancis Oliver Martinez, pelakon dan ikon fesyen Cecilia Dean dan pengarah fesyen, Hilary Alexander.
Antara tetamu yang hadir ialah Janet Jackson bersama kekasihnya, Eva Mendez, aktor terkenal Perancis Oliver Martinez, pelakon dan ikon fesyen Cecilia Dean dan pengarah fesyen, Hilary Alexander.
Siapa yang tidak bangga apabila menerima sejambak bunga daripada pereka fesyen terkenal dunia seperti John Galliano. Bunga Calla Lily dikirimkan kepada Camelia yang disertai tandatangan tulus ikhlas sebagai tanda penghargaan atas kesudian hadir ke Paris. Malah ketika berada di sana, Camelia sempat ditemuramah oleh beberapa wartawan antarabangsa antaranya dari Korea yang begitu terpesona dengan aura serta kejelitaan penyanyi berkenaan sebagai wanita Asia.
Ketika dihubungi
Tentunya, bukan lagi asing buat Camelia apabila berpeluang bertembung bahu dengan selebriti dan nama-nama terkenal dunia antaranya, Pharrell, Sting, Dita Von Tesse dan Kirsten Dunst. Malah, wartawan murai.com.my sendiri, pernah terserempak dengan penyanyi berkenaan yang sedang asyik shopping di sebuah kawasan beli-belah popular di Paris. Pendek kata, Paris ibarat rumah kedua buat Camelia. Tak kira musim panas, luruh, dingin atau bunga, Paris sentiasa dekat di hati Camelia.
4-Jul-2008 Oleh: Haswari Ali / Murai.com