I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 10, 2008

Resepi Pilihan Jefbuj

Mulai hari ini, saya akan kongsikan bersama, resepi2 tradisi dari keluarga saya iaitu resepi2 yang pernah saya ajar di kelas memasak saya di seluruh Sarawak. ( Sila rujuk slide gambar My Cooking Class di dalam blog ini )

Sekurang2nya dapatlah pembaca blog ini, tak kira lelaki atau perempuan mencuba masakan saya. Lagipun bulan Puasa akan tiba tak lama lagi.

Resepi2 saya amat simple dan cepat disediakan. Selamat mencuba!

AYAM GORENG KUNYIT ( 1 )

Bahan A
Ayam ( ambil bahagian isi sahaja )
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Garam
Perasa Ayam Maggi
Serbuk Lada hitam


Bahan B
2 batang serai (dititik)
2 labu bawang besar ( dipotong bulat)
4 ulas bawang putih (dititik)
Cili padi ( buang tangkai sahaja )

Hiasan
Daun sup ( di cincang )

Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & taburkan hirisan daun sup.