Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA / Utusan Malaysia / 03.07-08
BILA berbicara tentang konsert, pasti yang terlintas di fikiran adalah persembahan hebat lagi bertenaga. Apatah lagi, jika sesebuah konsert dibarisi artis yang terdiri daripada mereka yang berstatus juara malah pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini.

Tema Mulanya Di Sini yang mengangkat rasa cinta, persahabatan serta muzik yang cuba dicetuskan pada konsert Cornetto Love Sparks yang berlangsung di Padang Merbuk, Kuala Lumpur baru-baru ini ternyata gagal memberi impak seperti yang digembar-gemburkan. Entah di mana silapnya, konsert yang hanya terbuka kepada pemenang pas percuma peraduan SMS Wall’s Cornetto itu dilihat tidak menepati sasaran 4,000 penonton. Malah, yang kelihatan hanya dalam lingkungan 2,000 pemenang sahaja yang hadir.
Mujur, kekosongan itu dapat dipenuhi oleh penduduk sekitar yang rata-rata menyaksikan konsert tersebut dari luar kawasan padang. Berlangsung tepat pukul 9 malam, konsert tersebut dijayakan oleh duta-duta Wall’s termasuklah Dafi, Gita Gutawa (penyanyi cilik Indonesia) dan Mawi. Tidak ketinggalan, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan keenam, Mila dan Stacy serta kumpulan yang tidak asing lagi, Estranged.
Dikelolakan oleh pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi, Awal Ashaari, tirai konsert dibuka dengan persembahan duet oleh Dafi dan Gita Gutawa yang menyanyikan lagu tema Wall’s Cornetto, Dua Hati Menjadi Satu. Semarak cinta dan persahabatan seperti yang diceritakan dalam siaran iklan di kaca televisyen menerusi iklan Wall’s Cornetto yang menjadi kesukaan para remaja, berjaya dihidupkan ketika segmen pembukaan itu dengan telatah comel mereka.
Bagaimanapun, graf konsert yang memuncak pada awalnya, sedikit merudum apabila persembahan Dafi menerusi lagu Buruan Cinta sementara Gita Gutawa dengan lagu Bukan Permainan kelihatan biasa-biasa sahaja kerana tiada magis yang ditonjolkan. Namun, persembahan Dafi menerusi lagu berhantunya, Bila Terasa Rindu mengundang sorakan dan tepukan gemuruh oleh para penonton.
Kemunculan penyanyi kecil molek, Mila menerusi lagu Gila berjaya membangkitkan suasana konsert pada malam itu. Bagaimanapun, kurang stamina mencalarkan sedikit kerancakan konsert ketika penyanyi itu menyampaikan lagu hitnya, Aku Lebih Tahu. Lebih mengharukan, Mila seakan-akan tenggelam dengan persembahan dan vokal bertenaga juara AF6, Stacy ketika berduet menyanyikan lagu Dancing Queen.
Benar seperti apa yang diduga, persembahan Stacy tidak menghampakan apabila bijak menghiburkan penonton dengan persembahan mantap dengan aksi tarian berani menerusi lagu Aku Stacy dan Makhluk Tuhan Paling Seksi. Tambah merancakkan suasana, kumpulan muzik sensasi, Estranged tampil menghiburkan penonton menerusi lagu Yang Pernah, Masa dan semestinya lagu hit, Itu Kamu.
Kemunculan ‘Raja SMS’, Mawi tentunya yang paling dinantikan oleh para penonton. Malah, Mawi mendapat tepukan gemuruh apabila dia memulakan persembahannya dengan lagu yang banyak membawa tuah pada dirinya, Aduh Saliha. Antara lain adalah medley Cinta Zulaikha, Tercipta Untukmu serta Angan Dan Sedar. Jelas, persembahan Mawi pada malam itu tidak banyak beza dengan mana-mana konsert yang pernah dijayakannya sebelum ini kerana pilihan lagu-lagu yang dinyanyikannya lebih kurang sama sahaja. Bagaimanapun, kematangan pemuda kelahiran Kulai, Johor itu lebih banyak dilihat ketika berkomunikasi dengan para penonton terutamanya dalam mempromosikan produk Wall’s Cornetto.
Pada konsert itu juga, impian dua pemenang Dafi, Gita & Hot FM Contest, Mohammad Zainey Roslan dan Mimi Astuti Mokhtar untuk membuat persembahan live di konsert tersebut dengan menyanyikan lagu Dua Hati Menjadi Satu tercapai. Tambah menarik, kedua-dua pemenang dikejutkan dengan kemunculan Dafi dan Gita yang turut sama menyanyikan lagu tersebut.
Konsert turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob serta isteri, Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez serta Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Joseph Tan.
Gita Gutawa berlagak?
TIDAK dinafikan, Gita antara penyanyi yang semakin hari, semakin mendaki tangga populariti.
Sebetulnya, ada cerita yang kurang enak kedengaran tentang penyanyi berusia 14 tahun itu.
Namun, pada akhir Konsert Cornetto lalu, sikap anak kepada komposer dan pengarah muzik, Irwin Gutawa itu telah mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan beberapa wakil media yang hadir membuat liputan. Masakan tidak, kesetiaan para wartawan yang menunggunya ketika sibuk bergambar di penghujung konsert itu hanya dipandang sepi olehnya.

Kalau benar tidak mahu ditemu bual sekali pun, apalah salahnya jika Gita menyapa media dan memberikan alasan sebenarnya daripada terus berlalu tanpa memberikan sebarang alasan.
Kata orang, jika bertandang ke tempat asing, kenalah pandai-pandai membawa diri.
Kalau terasa diri semakin di puncak populariti, haruslah sentiasa beringat di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak. Bak kata perumpamaan ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk dan jangan pula nanti kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga.