Bagaimanapun, lupakan seketika mengenai gaya itu kerana kerjayanya dalam bidang seni baru saja hendak bermula. Tanggapannya sewaktu belum memasuki AF6, dunia hiburan sangat indah dan bersandarkan glamor semata-mata. Namun hari demi hari tanggapan itu semakin terhakis di benak fikirannya. Tanpa berselindung, Nadia mengakui perihal 'kesakitan' untuk terus bernafas di dalam liga seni. Namun, sebagai insan biasa, Nadia menafsir semuanya sebagai satu cabaran dan dugaan yang terus menguatkan lagi aspek fizikal, mental serta emosi dirinya. “Tak dinafikan saat dan ketika ini, ada kalanya Nadia susah nak ‘survive’. Itulah hakikatnya dan tawaran membuat persembahan juga kurang. Semuanya tidak menentu. Tetapi Nadia sudah biasa dengan keadaan begini kerana sebelum masuk AF6 lagi ketika menyanyi di kelab, peluang membuat persembahan kadang kala terbatas juga.
“Hanya kesabaran dan ketabahan menjadi pengubat untuk terus berdepan dengan situasi ini. Ia menjadi cabaran buat Nadia sendiri. Nadia yakin selagi diri ini berada di landasan yang betul dan sentiasa memperbaiki kelemahan, Insya-Allah suatu hari nanti, Nadia boleh berjaya,” ungkap Nadia. 'Kami tidak bercinta' MENYOROT kembali kronologi kisah cinta monyet hinggalah ke cinta terkini yang mengheret namanya dengan Naib Juara AF6, Riz, Nadia masih tegar hidup solo dan menafikan apa juga perasaan terhadap jejaka bermata romantis itu. Gurau Nadia, cinta pertamanya dulu hanya bertepuk sebelah tangan dengan seorang budak Mat Salih. Cintanya hanya terpendam begitu saja kerana Nadia yang mengkelaskan dirinya sebagai peminat rahsia.
Hubungannya dengan Riz mula digembar-gemburkan gara-gara persembahan duet mereka menyanyikan lagu Endless Love pada konsert minggu kesembilan AF6. Keserasian mereka pada persembahan itu jelas terpancar kerana begitu komited menyerap segala emosi dan tunjuk ajar tenaga pengajar AF6 demi terus kekal ke peringkat akhir pertandingan realiti itu. “Nadia tahu ada pihak yang ingin melihat Nadia dan Riz bersatu sebagai pasangan kekasih. Hakikatnya kami tidak bercinta dan hubungan kami umpama sebuah keluarga. Nadia kenal dan sudah menganggap dia sebagai abang dan teman rapat. Nadia tak nafikan ketika membuat persembahan lagu Endless Love itu terbit emosi dan perasaan, tapi semua atas dasar profesional. Sewaktu menyudahkan tugasan menyanyikan lagu itu, dia banyak menaikkan semangat Nadia,” ungkap Nadia sekali gus meleraikan apa juga perasaan yang diingini sesetengah peminat mereka. Sesuatu yang diamati Hip ialah Nadia mempunyai keupayaan berceloteh yang semula jadi. Nadia juga tidak menolak peluang untuk bergelar pengacara mahupun penyampai radio pada masa mendatang. “Nadia memang berminat ke arah itu, cuma buat masa ini Nadia belum menerima atau mendapat sebarang tawaran. Insya-Allah kalau ada peluang dan kesempatan, pastinya Nadia akan manfaat sebaik mungkin. Nadia memang suka melayan orang,” kata Nadia yang bakal muncul dengan rakan AF6 lain di Melaka untuk konsert reunion AF6 pada 25 Julai ini.
Info Nadia AF6
· Mempunyai adik yang tinggi daripadanya bernama Diana Shazwani
· Mengikat kontrak bersama Maestro selama tiga tahun.
· Baru selesai merakamkan kembali lagu single, Kalut Lagi Mengarut yang dipersembahkannya pada konsert akhir AF6 lalu.
· Teringin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.
· Meminati genre muzik rock dan lagu rancak. Saat ini Nadia sedang mengaplikasikan cara untuk melembutkan tona suara melalui pengamatan pengajiannya di AF6. Hasratnya untuk belajar vokal akan dipanjangkan dengan usaha Maestro menyediakan kelas vokal untuk bintang AF naungan mereka nanti.
· Sebelum menyertai AF6, Nadia mengakui yang dia tidak pernah memiliki atau menggunakan telefon bimbit. Nadia mula memakainya selepas tamat pengajian di AF6 dengan menggunakan telefon bimbit yang diberi penaja di akademi.
· Kerap memenangi pertandingan karaoke yang disertainya seperti Karaoke Alam Sentral, Kelab Orange, La Lacos Pub dan All Star Corner.
· Keluarganya kini mengusahakan makanan popia di East West Stations, Setiawangsa yang beroperasi sejak 2004.
· Cinta baginya diterjemahkan sebagai satu rasa kasih sayang kepada mana-mana individu atau golongan.
· Mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokongnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan kepada dirinya.
· Pernah tertanya-tanya apakah tindakannya menyertai AF6 satu tindakan yang tepat, namun Nadia berkata sekali dia melangkah, dia tidak akan berundur. Nadia menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
· Mengenai album solo, Nadia sedar kedudukannya kini sebagai pemenang tempat kelima AF6. Lalu peluang membikin album pastinya akan diutamakan kepada yang berada di kedudukan atas padanya.
· Paling rapat dengan Stacy AF6.
· Laman web: www.nadiafc.com atau www.nadia.haswani.com/blog Info Harajuku
· Harajuku merujuk kepada sebuah kawasan di Jepun yang diberi jolokan nama sebagai Stesen Harajuku Tokyo, satu stesen di utara Shibuya. Ia adalah pusat kepada budaya dan gaya fesyen remaja Jepun yang paling ekstrem di samping menawarkan deretan kedai serta butik untuk orang dewasa dan diserikan dengan pemandangan penuh bersejarah. · Kini ia lebih dikenali dan dianggap sebagai gaya fesyen remaja persis anak patung comel dengan busana penuh ranggi dan warna warni. Ia juga memberi perlambangan kepada gaya 'gila' karakter kartun 'anime', pemuzik punk dan sebagainya.