I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 20, 2009

BA'KALALAN PENUH KEJUTAN !

Saya minta maaf sebab dah seminggu lebih tak update blog ni sebab saya telah ke Ba'kalalan iaitu sebuah penempatan Kaum Lun Bawang ia itu salah satu dari 20 lebih kaum ethnik Sarawak. Ba'kalalan yang terletak di utara Sarawak iaitu di Lawas terletak lebih 3000m dari paras laut dan semestinya Ba'kalalan mempunyai cuaca yang dingin di bawah 20C.
Saya telah dijemput untuk memberi kursus Homestay kepada lebih 30 orang penduduk Ba'kalalan. Dari Kuching kami berangkat ke Miri dan bermalam di Miri. Di Miri saya telah membeli barang keperluan dapur untuk kelas masakan saya. Saya telah diberitahu yang barangan di Ba'kalalan begitu tinggi. Ye lah semua barangan di angkut menggunakan pesawat Fire Flies dan semestinya kos pengangkutan amat tinggi.
Saya difahamkan untuk mengisi tangki gas untuk memasak adalah RM120.00 !!! Akan tetapi baru-baru ini atas subsidi kerajaan ia telah menurun kepada RM75.00. Ini pun mahal kalau nak dibandingkan di Kuching yang hanya RM 24.50 sahaja. Kalau harga gas mahal, bayangkan pulak harga barangan makanan lain.
Maaf sebab sekarang saya berada di Cyber Cafe so tak dapat nak sertakan gambar2 menarik untuk tatapan pembaca. Insyallah, saya akan kongsikan shot-shot menarik untuk kita berkongsi bersama betapa negara kita kaya dengan khazanah alam semulajadi!
Antara bahan cerita yang akan saya ceritakan adalah :
  • Ladang epal & strawberry
  • Kursus Homestay
  • Kursus masakan
  • Kuda di Ba'kalalan
  • Berjalan di RUNWAY lapangan terbang! Boleh ke?
  • Sambutan meriah pihak sekolah dengan menumbangkan seekor kerbau!
  • Merarap Hotspring
  • Meredah jalan balak selama 8 jam
  • Makan malam di Seafood Kota Kinabalu

dan banyak lagi... jadi...... tunggu lah catitan saya akan datang!

Friday, October 09, 2009

ULTRAMAN VS ULTRA BOY


Penat seharian bermain Ultraman, anak saudara saya Farish atau I'ish kepenatan dan tertidur di bilik saya. Hai...... tak kan lah tidur-tidurpun nak berULTRAMAN !!! So saya namakan shot ini sebagai ULTRABOY !!!

Thursday, October 08, 2009

BANDAR SRI AMAN





Semasa menghantar emak dan daniel balik ke Sibu minggu lepas, kami sempat singgah ke Bandar Sri Aman kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuching. Sebelum ini Sri Aman dikenali dengan nama Simanggang. Pada tahun 70an Simanggang banyak pengganas iaitu Komunis, tetapi apabila pihak komunis telah di sapu bersih oleh askar kita masa tu, Simanggang telah menjadi aman tenteram. Bagi merayakan kemenangan itu maka nama Simanggang telah di tukar kepada nama Sri Aman hinggalah sekarang.
Setelah hampir 9 tahun saya tidak singgah di Bandar Sri Aman, arus pembangunan telah membanjiri bandar itu. Banyak bangunan rumah kedai dan juga taman2 perumahan yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Saya amat tertarik dengan monumen atau tugu yang terletak di Bulatan bandar Sri Aman yang berbentuk replika Burung Merpati yang melambangkan keamanan. Bila melihatnya terasa sangat aman di hati!! Daniel tak melepas peluang untuk bergambar di monumen tersebut.


Wednesday, October 07, 2009

Bangunan DUN di malam Aidilfitri






Di malam aidilfitri lepas, kami sempat juga ke Waterfront untuk bergambar berlatarbelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dirasmikan pada penghujung bulan Ogos lepas. Memang menakjubkan pemandangannya! Bangunan yang berharga jutaan ringgit itu telah menjadi IKON atau Landmark terkini di Bandaraya Kuching.
Bersebelahan dengan Bangunan DUN adalah ASTANA Negeri Sarawak atau Fort Margaretha yang menempatkan Rajah Brooke semasa zaman penjajahan British dahulu.

Monday, October 05, 2009

KUIH LAPIS SARAWAK


Kalau tak ada Kek Lapis Sarawak, tak berayalah namanya. Walaupun mahal kena beli jugak lah. Nak buat tak reti, so kena beli je lah dengan teman-teman.
Antara Kek Lapis yang saya hidangkan untuk tetamu ialah, Kek Lapis Mint, Kel Lapis Hand draft, Kek Lapis Blueberry, Kek Hati Pari dan Kek Lumut. Rasanya ???? Hmmmm sedap giler!
Dalam pada itu, saya turut hidangkan Kuih Cincin yang dibeli di Kota Kinabalu, agak berbeza rasanya dengan Kuih Cincin dari Sarawak. Yang dari KK lebih rangup & lembut. Sagu dan Sesar Ujur [ udang kering ] makanan tradisi kaum Melanaupun turut terhidang. Kerepek ubi dan Biskut Bawang dari Banting pun ada , adik saya Ija dari Selangor yang kirim.
Wah kira meriahlah kuih muih atas meja saya. Temanya 'hidangan integrasi nasional 1 Malaysia'!