I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 29, 2010

ULASAN KONSERT KE-2 AF 8

MAULANA - PERSEMBAHAN TERBAIK [ gambar : Astro.com ]

Puas hati atau tidak? Bagi saya konsert minggu ke dua ni agak hambar, mungkin ketidakseimbangan pilihan lagu menyebabkan persembahan pelajar tersasar dari apa yang kita harapkan. Ulasan berikut adalah dari kacamata saya sebagai Pengkritik bebas di dalam blog.

Sebelum saya komen pasal persembahan pelajar saya akan beri komen pasal barisan Juri untuk konsert ke 2 AF 8.

1. Saya tak percaya 100% apa yang dikiritik oleh Juri Professional kerana mereka adalah manusia biasa yang ada perasaan ego, tunjuk pandai, minat dengan peserta pilihan masing2, emosional, marah tak bertempat dsbnya.

2. Kehadiran Deja Moss adalah tepat. Dia layak menjadi pengkritik. Kritikannya adalah jujur dan kritikan yang mengajar serta membina bukan menghina dan berlagak semua tahu. Pengetahuan dari segi teknik vokal banyak membantu Deja melontarkan komen.

3. Adlin seperti tahun2 yang lepas tetap berlagak pandai dalam segala aspek. Tiada yang betul dari kacamata beliau. Bila pelajar menari & buat macam2 gimik dia kata menyemak, tarian tak betul, better fokus dgn vokal. Tetapi bila pelajar berdiri tegak dan fokus pada vokal, beliau kata tak dramatik, malas, tak menghayati.... apa2 pun Adlin, biarlah Adlin dalam dunia Adlin sendiri. Pada pandangan saya kritikannya lebih kepada menghina dan membunuh jiwa pelajar. Bagi Adlin itu mungkin tidak ada apa2 pada dia tapi kepada pelajar ia boleh ’demotivate’ semangat mereka. Seperti yang pernah saya komen pada AF7 lepas, Adlin lebih layak untuk jadi Juri teater atau raja lawak sahaja. Dia sendiri tidak boleh menyanyi dan menari macamana boleh menjadi Juri pertandingan menyanyi? Komen yang dilontarkan banyak ke arah persembahan lakonan di atas pentas!

4. Aznil adalah contoh seorang pengkritik yang tau apa yang dia cakap. Walaupun persembahan Aznil selalu ’over do’ tapi itu adalah Aznil. Satu hal, Aznil tidak boleh menyuruh orang lain mengikut cara Aznil. Budak2 tu baru nak keluar dari kepompong. Mereka tak boleh nak keluarkan ‘STAR VLUE’ dalam masa yang singkat. Kita tengok beribu2 penyanyi masa ni... sampai tak 10% yang dah jadi STAR??? Tak de kan? So jangan harapkan atau push budak2 tu mengeluarkan aura STAR yang mustahil untuk mereka lakukan dalam 2 minggu konsert! Penyanyi yang menyanyi lebih 20 tahun pun tak dapat nak tunjukkan diri mereka tu ada STAR.

PENILAIAN PERSEMBAHAN PELAJAR
1.EMA / PAKAI BUANG (Stacy) 5/10
Very good opening, very confident tapi Ema nampak tercungap2. Sebutan kurang jelas dan suara macam menjerit sepanjang persembahan. Orang pasti membandingkan persembahan Stacy dangan Ema, inilah yang menyebabkan performance Ema nampak jauh ketinggalan.... kesian ye.

2.DAUS / MENATAP MATAMU (Aril) 8/10
Wow! Sedapnya suara Daus meyanyikan lagu ni. My personal view ia better than Aril. Selain menambah improvisasi dalam lagu, Daus bijak memainkan emosi ceria dalam persembahannya. Persembahan yang simple tapi menyerlah kelunakan suara Daus.
Saya tak bersetuju bila Adlin mengatakan gerakan Daus kaku sedangkan lagu ini memang tidak sesuai untuk menaripun. Tahukah Adlin yang Daus ni seorang penari?
Komen Aznil yang mengatakan macam persembahan budak sekolah pun saya kurang setuju. Bagi saya Daus memang pelajar pun! Dengan lagu santai begini tiada apa yang dapat dilakukan dan lagu ni takde korus dan klimaks [ dok ulang2 rangkap satu & dua je ]. Lagipun persembahan inilah yang diluluskan oleh tenaga pengajar. Tak kan nak lawan cakap cikgu kot! Lain lah kalau lagu yang ada jiwa memberontak atau marah dan ada klimaks barulah Daus dapat mempelbagaikan gerak geri & mimik muka.

3.NAD / AKU WANITA BIASA (Kris Dayanti) 5/10
Dah 3 minggu Nad kurang berjaya menarik hati saya untuk suka dengan persembahannya. Kenapa ek? Mungkin persembahan Nad macam dibuat-buat maksud saya tidak sebati dengan jiwa Nad. Tidak dinafikan suara Nad antara yang terbaik di antara pelajar2 lain tapi sayang Nad tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kelebihan vokalnya. Suaranya selalu ke arah sumbang pada hujung2 baris lagu.
Yang peliknya sepanjang minggu kedudukan Nad selalu yang tercorot tapi masa konsert kedudukan Nad sentiasa dalam zon selamat. Ramai pengundi ni!
4. ALIF /DANCE WITH MY FATHER (Luther Vandross) 6.5/10
Saya dah boleh accept suara Alif minggu ni. Tapi masih rasa pelik kenapa tone suara bercakap tak sama masa menyanyi. Pendapat ini pun sama dgn Deja. It was a good performance mungkin gimik video clip pasal ayah Aliff dapat membantu emosi Alif.

5.FARINA / KETENTUAN (Ramlah Ram) 4.5/10
Sepatutnya Farina menggunakan pengalamannya menyanyi di Club untuk menyampaikan lagu ini dengan baik. High note tak sampai, low notes kurang jelas, tempo lari sikit dan semuanya lemah bagi saya. Satu persembahan yang tidak boleh dibanggakan.

6.IWAN-MENCARI KONKLUSI (Hujan) 5/10
Mungkin sebab Aura yang ada pada Iwan, Iwan tetap mendapat perhatian dari penonton. Pergerakan yang comel, ada stage present, muka yang menarik dan semua ini dapat menutup semua kelemahan dalam persembahan Iwan. Sebenarnya lagu ini langsung tidak sesuai untuk Iwan... lagu ini pun tak sesuai untuk bertanding dengan lagu pelajar lain [ kesian Iwan ek ] . Sebuah persembahan yang mudah untuk dilupakan.
7.ANUM / SEKADAR DI PINGGIRAN (Franscisca Peter) 5.5/10
Persembahan yang biasa-biasa saja. Suara serak ala rocker memang tidak sesuai untuk membawa lagu ini. Tapi saya suka dengan kejujuran Anum. Dia nampak bersungguh2 untuk menyanyi dengan baik. Betul kata Adlin dia terpaksa meminjam mood orang lain untuk membawa emosi lagu ini. Pun begitu Anum pandai mengawal suaranya supaya tidak sumbang.

8. AIN / LAGU HAPPY (Amy Mastura) 6.5/10
Kesian Ain, sekali lagi dia tidak diberi lagu yang bersesuaian dengan range vokal nya. Suara Ain yang ala2 negro sepatutnya membawa lagu yang lebih dramatik, barulah nampak kelebihannya. Bila Ain mendapat lagu sebegini, ia akan menjejas undiannya dan tidak mustahil Ain bakal disingkirkan minggu depan.
Bila Aznil kata kembalikan Ain yang dulu... pihak pengurusan harus bertindak cepat dengan memberi kan lagu yang sesuai supaya kita tidak kehilangan seorang yang berbakat besar seperti Ain.

9.MAULANA / HASRAT HATI (S.Mariam) 8.5/10
Mula2 mendengar vokal Maulana saya tahu, Maulana boleh memberi saingan kepada pelajar lain. Bagi saya inilah persembahan terbaik untuk malam ini selain Adira. Dengan lagak seperti penyani pro, Maulana dapat membuat kita percaya yang dia ada bakat yang besar. Tahniah Maulana! Saya nak lihat Maulana di final tapi sayang Maulana kurang popular dikalangan pengundi. Kenapa ek? Ayuh warga Johor... mari ramai2 afundi Maulana!!!!
Yang saya kurang setuju adalah, kenapa ibu Maulana dibawa ke pentas sejurus selepas persembahan Maulana? Sepatutnya selepas dikritik baru lah sesuai. Agak janggal apabila melihat ibu Maulana berada disisi bila dia dikritik. Juripun macam cover line je nak mengkritik.
10.SHAHIR /JANGAN NAKAL (Alif Satar) 5/10
Sebuahan persembahan yang biasa-biasa sahaja. Shahir gagal membawa lagu ini dengan baik. Sebutan tak jelas. Kalau kita lihat persembahan Alif Satar jauh berbeza. Ia membuatkan kita teruja dengan kenakalan yang diletakkan didalam suara dan mimik mukanya.
11.ADIRA / KU PERCAYA ADA CINTA (CT Nurhaliza) 8.5/10
Lagu yang tepat untuk Adira. Thumbs up untuk Adira kerana berjaya melunaskan tugasan minggu ini. Tak ada apa nak di komen. Adira memang ada kelas!!! Tahniah sekali lagi!
CARTA SEBELUM KONSERT
ALIF 13.18
IWAN 13.08
DAUS 10.05
ADIRA 9.60
NAD 8.60
FARINA 8.50
ANUM 8.32
MAULANA 7.78
SHAHIR 7.63
AIN 6.63
EMA 6.62
CARTA SELEPAS KONSERT
IWAN 12.47
ALIF12.30 DAUS 9.84
ADIRA 9.37
SHAHIR 9.34
NAD 8.54
FARINA 8.03
ANUM 7.99
MAULANA 7.71
AIN 7.38
EMA 7.03


PELAJAR TERSINGKIR : EMA

CARTA JEFBUJ
1. MAULANA & ADIRA 8.5/10
3. DAUS 8/10
4. AIN & ALIF 6.5/10
6. ANUM 5.5
7. EMA, NAD, IWAN & SHAHIR 5/10
11. FARINA 4.5/10

Saturday, March 27, 2010

ZEE AVI SUDAH BERTARAF ANTARABANGSA

Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH dan AMIN FARIJ HASAN

GAYA persembahan Zee Avi sewaktu beraksi pada konsert sulungnya di KL Live Centre, Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu. TERIMA kasih kepada dunia teknologi moden hari ini yang telah menjadikan anak muda ini popular dalam sekelip mata.

Tidak dinafikan lagi, YouTube khususnya merupakan akses utama hari ini dalam usaha untuk mengesan bakat baru yang tiada siapa sangka memiliki keistimewaan tersendiri. Itulah yang terjadi pada diri Zee Avi atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas seni antarabangsa.

Biarpun sudah menempa nama di peringkat internasional yang menjadi idaman banyak anak seni di negara ini, tetapi bagi Zee Avi, populariti tidak banyak mengubah hidupnya. Dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu, Zee Avi tidak merasakan dirinya sudah berubah biarpun kini namanya dikenali oleh masyarakat dunia.

"Dari segi kerja, memang saya semakin sibuk memenuhi undangan nyanyian tetapi sebagai seorang individu, saya masih lagi orang yang sama. "Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan ramai orang yang berbakat dan faham dengan apa yang saya mahukan menerusi muzik saya.

"Memang itu matlamat saya dari awal lagi untuk berkongsi muzik saya dengan semua orang," kata gadis berusia 23 tahun ini yang menggalas tanggungjawab bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga komposer serta penulis lirik. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Jualan, Universal Music Malaysia, Michael Chi.

Dalam majlis itu juga, Zee Avi telah menerima anugerah Emas di atas kejayaan album sulungnya yang mencatatkan penjualan sebanyak 7,500 salinan di negara ini. Selain Malaysia, albumnya turut mencatatkan anugerah Emas di Singapura serta Taiwan dan kini pihak Universal Music sedang cuba untuk mendapatkan slot persembahan buat Zee Avi sempena Anugerah Industri Muzik Ke-17 pada 2 Mei ini.

Kunjungan Zee Avi ke Malaysia adalah bersempena dengan konsert pertamanya yang baru berlangsung di KL Live Centre, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu yang telah mengundang 3,000 pengunjung. Apa yang membanggakan, kesemua 3,000 keping tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan semuanya habis dijual dalam tempoh dua hari sahaja.

Kisah karier seni Zee Avi memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya tuah merupakan salah satu aspek dalam penentu kejayaan seseorang artis itu. Siapa sangka, pada September 2007, hanya dengan sebuah rakaman untuk seorang sahabat yang kebetulan tidak dapat menyaksikan persembahannya telah mengubah hidup Zee Avi secara total.

Memang tuah berpihak kepada anak kelahiran Miri, Sarawak ini apabila dia menerima respons positif daripada pengunjung laman web popular itu. Rentetan daripada kejayaan itu telah mendorong Zee Avi untuk terus memuat naik video nyanyiannya dan daripada situ, bakatnya mula dikesan oleh pemain drum kumpulan The Raconteurs, Patrick Keeler bersama-sama pengurusnya, Ian Montone.

Melihat bakat istimewa yang ada dalam diri Zee Avi, Montone kemudiannya mempromosikan video muzik Zee Avi kepada Emmett Malloy yang terus mengambilnya untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat Brushfire Records.

Jika ada yang tidak tahu, Brushfire Records merupakan syarikat rakaman milik seorang penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat (AS), Jack Johnson. Sebelum merakamkan album perdananya, Zee Avi terlebih dahulu mencuri perhatian ramai menerusi sebuah lagu No Christmas For Me yang dimuatkan dalam album This Warm December: A Brushfire Holiday.

Tarikh 19 Mei 2009 akan terus menjadi sejarah tersendiri buat Zee Avi apabila album pertamanya yang juga mengangkat nama komersialnya itu mula dipasarkan. seterusnya

Friday, March 26, 2010

LAGI PENGHINAAN KE ATAS ISLAM OLEH ORANG YAHUDI !!!


PAMERAN 'SENI' YANG BERLANGSUNG DI SEPANYOL

LIHATLAH APA YG DILAKUKAN OLEH PUAK YAHUDI LAKNATULLAH......
BERLAKU DI DENMARK [ KITAB SUCI AL QURAN DI BAGI BABI MAKAN ]


ALLAH HANYA MEMANGGIL KITA 3 KALI

Renung-renungkan dan selamat beramal….Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'Ibu tersenyum... 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'Saya menggelengkan kepala.
'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..Ibu melanjutkan,
'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkankesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan... .......Alhamdulill ah...
'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. .. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ....... Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ...
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat..
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid..
Kelima, orang yang suka minum arak.
'kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…....sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Thursday, March 25, 2010

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya 'Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ?? Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya.'Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnyameniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "AjbuzZanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasandan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orangmukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:1. Pemimpin yang adil.2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orangramai).7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.
12.. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan AllahTa'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat AllahTa'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.
15. Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikuloleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudahia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukumyang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambildengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orangramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a....w. di akhirat : a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar denganmempercepatkan hisab. b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin olehTuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Wednesday, March 24, 2010

ULASAN KONSERT PERTAMA AF8

Melihat kepada Konsert Pertama, boleh dikatakan semua pelajar ada potensi untuk menjadi artis yang berjaya kerana memiliki aset yang bagus iaitu SUARA yang komersial. Cuma apabila mereka diberi cabaran lagu yang bukan genre yang mereka suka atau tidak bersesuaian dengan suara, mereka akan tenggelam dan dikritik hebat oleh Juri dan sencara tidak langsung mereka akan diejek, dihina di dalam C@15 dan akhirnya bakat yang ada pada mereka akan disia-siakan begitu sahaja. Tapi inilah dinamakan cabaran bagi pelajar AF. Namun kalau tesingkir tidak bermakna mereka gagal. Lihatlah Aizat yang tersingkir awal dan kita lihat siapakah Aizat masa kini? Namanya segah dan sebaris dgn penyanyi sedia ada.

KOMEN PERSEMBAHAN PELAJAR

MAULANA / EKSTRAVAGANZA [ 6/10 ]

Maulana sungguh yakin di atas pentas, suara beliau mempunyai range yang besar dan telah digunakan dengan sebaik2nya. Satu Opening show yang energetic dan dapat memanaskan pentas.

ADIRA / BERTAMU DI KALBU [ 7.5/10 ]
Suara jelas dan lantang, good breathing, dan persembahan sungguh dramatik. Sunguh hebat sebab boleh mencapai pic yang tepat. Walaupun nada lagu ni tinggi tetapi dia berjaya melunaskan lagu tersebut dgn baik. Adira bakal menjadi pencabar dalam AF musim ini.

SHAHIR / KHATIMAH CINTA [ 7 / 10 ]

Tak sangka Shahir dapat membawa lagu ini dengan baik. Walaupun dia adalah bekas seorang penyanyi Nasyid namun imej nasyid langsung tidak kelihatan. Penuh beremosi dan dramatik, namun Shahir harus buka mulut lebih luas untuk mendapat lontaran suara yang lebih jelas.

NAD / ERT [ 4.5 ]

Nad selalu diberi baju yang tak sesuai, dan ini memberi impak kepada persembahannya. Nad sedaya upaya untuk beraksi seksi dan boleh dikira agak berjaya walaupun ia amat berbeza dengan karektor sebenar Nad sebagai pemain futsal! Suara gemersik Nad tidak dapat ditonjolkan di dalam persembahanini.

DAUS / CARI JODOH [ 4.5 ]

Setakat ini Daus belum lagi dapat membuktikan kehebatannya sebagai pelajar AF8. Suara biasa sahaja namun tidak dapat dinafikan Daus ada X faktornya Cuma Daus kena cari sendiri dimanakan kelebihannya sendiri. Daus kena lebih yakin dgn diri.

FARINA / PAPARAZZI [ 4 ]

Bila dapat lagu ni saya dah dapat rasakan lagu ini susah untuk dinyanyikan. Kalau disuruh penyanyi profesional sekalipun saya tak terfikir mereka boleh membawanya dengan baik. Suara Farina tenggelam timbul dan diction kurang jelas. Persembahan yang mendatar.

ALIF / KAU & AKU [ 5 ]

Walaupun persembahan Aliff nampak ceria dan bertenaga tapi suara macam tak keluar. Alif kena belajar lebih lagi bagaimana untuk mewarnakan suaranya.

ANUM AKU TAK PERCAYA CINTA [ 7 ]

Seronok sangat melihat persembahan Anum, dia buat lagu ni macam lagu dia je. Walaubagaimanapun kedengaran tempo nya agak lari sikit.

SHAH / BENGANG [ 7 ]

Sedapnya suara Shah. Good voice control. Part menjerit Shah harus pandai menjaga teknikal control supaya tidak bingit. Yang bagusnya dia menyanyi tak serupa Akim. Mungkin keadaan fizikalnya kurang mendapat perhatian dari pengundi.

AIN / HEY LADIES [ 6.5 ]

Tidak dinafikan suara Ain antara yang terbaik dalam musim ini. Sayang sekali suara nya tidak betul2 dimanfaatkan untuk lagu ini. Persembahan yang biasa; persembahan Prelude labih bagus!
EMA / YANG TERBAIK [ 7 ]

Suka sangat dengan suara Ema. Lagu ni agak cheeky namun Ema kurang bermain dengan emosi ini. Of couse Marsha lebih baik. Lagu santai ini tidak mencabar vokal Ema.

IWAN / HAVENT MET YOU YET / [ 8 ]

Iwan ni nampak cool je. Mungkin ini sikap sebenar si mix chinese blood ni. Dia memang ada style bila menyanyi. Suara Iwan juga antara yang terbaik musim ini. Bet me, he will be in the final. Iwan ada good package. Betul kata Cikgu Q, bila Iwan naik pentas je semua mata tertumpu kepadanya. Iwan harus sedar dgn aura yang dimilikinya.

CARTA AKHIR

ANUM 25%
AIN 12%
SHAHIR 11%
IWAN 10%
ADIRA 9%
EMA 7%
FARINA 6%
NAD 6%DAUS 5%
MAULANA 4%
ALIF 3%
SHAH 3%

PELAJAR TERSINGKIR ; Shah

CARTA JEFBUJ

1. Iwan 8/10
2. Adira 7.5/10
3. Shahir 7/10
4. Shah 7/10
5. Ema 7/10
6. Anum 7/10
7. Ain 6.5 /10
8. Maulana 6/10
9. Alif 5/10
10. Daus 4.5/10
11. Nad 4.5
12. Farina 4

gambar : Astro

Saturday, March 20, 2010

ENJOY WHAT WE HAVE !


Life doesn't need to be perfect & rich..just enjoy what we have.. In the picture, just look at their condition.. no place to sleep, still they have made some space for chicken and dog... water pouring from the roof but still each 1 of them have a peaceful smile on their face.. Simply amazing!!!!! The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect. Keep Smiling Always.

Friday, March 19, 2010

PENGAKUAN CHEF HOTEL 5 BINTANG

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...).
Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini.
Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.
Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...".
Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Tuesday, March 16, 2010

AIN AF8 PALING MENYERLAH

Petikan : Berita Harian /Oleh Nurulhisham Abdul Gambar : Murai.com
Saingan bakal lebih sengit MUSIM baru Akademi Fantasia (AF) sudah pun bermula dengan berlangsungnya konsert Tirai AF di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, pada 13 Mac lalu. Malam itu, seramai 12 pelajar AF8 cuba menonjolkan keupayaan masing-masing, dalam persaingan awal meraih undian.

Namun, perhatian nyata menjadi milik peserta dari Sandakan, Nadiawaty Ainul Basir (Ain) yang menaiki pentas sebagai peserta terakhir, menyampaikan lagu The Climb, nyanyian asal Miley Cyrus. Sebelum tiba gilirannya menunjukkan bakat di pentas utama, mata penonton sebenarnya sudah bertumpu pada wanita berusia 24 tahun ini setiap kali dia bertindak sebagai penyanyi latar, membantu persembahan rakan yang lain. Paling tidak, ketika itu Ain menarik perhatian ramai dek penampilan, rupa paras serta kebijaksanaannya ‘membawa diri’.
Penantian penonton nampaknya tidak merugikan apabila Ain mengambil tempat di tengah pentas. Penuh keyakinan dan disertakan dengan vokal yang baik, Ain tidak mempunyai masalah untuk menggamit sokongan daripada peminat yang datang, menerusi persembahannya yang mantap. Pengkritik tetap, Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie, serta pengkritik undangan, Ning Baizura, juga nyata gembira dengan persembahan memberangsangkan peserta berkenaan. Ning menganggap persembahan Ain adalah yang terbaik pada konsert pengenalan itu, mengetepikan saingan 11 pelajar AF8 yang lain. Lalu, tumpuan peminat rancangan realiti popular ini tentunya kini sedikit sebanyak terarah pada pelajar yang boleh diumpamakan seperti peserta pertandingan ratu cantik terbabit.
Namun , Ain harus lebih bersedia pada minggu depan kerana saingan daripada beberapa pelajar lain termasuk Zafarina Jamhari (Farina), Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein (Shah), serta peserta adik-beradik, Erma Suhaimi (Ema) dan Siti Adira Suhaimi (Adira) usah dipandang remeh. Muhammad Alif Kadim atau Alif yang menyampaikan lagu Kris Allen, Live Like We’re Dying, juga mempunyai potensi untuk menghadirkan saingan sengit bagi pelajar lain pada musim ini. Persembahannya tidak menghampakan, serta mendapat pujian juri. Kata Adlin, Alif memiliki vokal belum pernah ditemui dalam AF, manakala Ning menganggap suaranya penuh berpotensi.
Aznil pula memuji keberanian peserta dari ibu kota itu menggunakan pentas dengan baik. Pelajar lain yang turut mengadakan persembahan pada konsert pertama mereka ialah Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), Muhd Shahril Firdaus Eli (Daus), Muhd Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), Nadia Emilia Roselan (Nad), Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan) dan Ahmad Shahir Zawawi (Shahir). Selain daripada pelajar yang berasakan bahang kali pertama menaiki pentas konsert AF, dua pengacaranya, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley juga berasakan pengalaman serupa.
Pada ketika Sarimah kelihatan lebih selesa, mungkin dek pengalamannya yang lebih luas dalam bidang pengacaraan, Jimmy pula menunjukkan wajah yang agak ‘cuak’ ketika mengendalikan program siaran langsung itu buat julung kali. Pengetua bangga NORMAN Abdul Halim yang memikul tanggungjawab sebagai pengetua AF8 melahirkan kegembiraan dengan persembahan pelajar pada konsert pengenalan berkenaan. Katanya, paling tidak, sepuluh daripada 12 pelajar terbabit menunjukkan persembahan yang memberangsangkan, dengan tiga atau empat daripadanya pula selangkah di hadapan peserta lain. Menurut Norman, banyak perubahan ditunjukkan peserta apabila muncul pada konsert pengenalan itu, dari segi keyakinan dan kemampuan menguasai pentas. Kelebihan itu pastinya memudahkan lagi tenaga pengajar memperbaiki keupayaan masing-masing, apabila sesi pembelajaran bermula secara rasmi. Katanya, pada konsert berkenaan, pelajar diberikan peluang memilih genre lagu kesukaan masing-masing. Begitupun, bermula Sabtu ini, mereka akan tampil menyanyikan lagu pilihan tenaga pengajar dan pengetua rancangan itu.
Proses berkenaan bakal memperlihatkan kecenderungan seseorang peserta serta kelebihan mereka pada sesuatu genre muzik. "Secara ringkasnya, saya percaya persaingan pada musim kali ini adalah lebih sengit. Undian peminat untuk peserta dari Sabah juga pastinya akan pecah apabila wujudnya empat peserta dari negeri itu dalam musim terbaru ini. Keadaan itu tentu saja melahirkan suasana persaingan lebih menarik pada AF8," kata Norman yang berazam melahirkan penyanyi yang mampu bertahan lama dalam industri muzik.

Monday, March 15, 2010

KONTROVERSI AF 8


Petikan : Oleh FAIZAL SAHARUNImfaizal@kosmo.com.my

MENJADI sedikit tanda-tanya apabila Diari Akademi Fantasia edisi kelapan (AF8) dipercepatkan siaran pada 7.30 malam. Berbanding sebelum ini, ia bersiaran pada waktu perdana menerusi Astro Ria (saluran 104) iaitu pukul 9 malam. Biarpun Konsert AF berhasil memukau jutaan audiens, hakikatnya Diari AF tidak ketinggalan menghimpun peminat sendiri. Ia memapar perkembangan dan pembelajaran para pelajar dengan rutin kehidupan seharian mereka sepanjang berada di akademi.

Ekoran perubahan Diari AF8, timbul pertikaian Astro seperti tidak sensitif pada waktu Maghrib apatah lagi rata-rata penonton program itu beragama Islam. Terbiasa mempraktik amalan bunyi televisyen diperlahan atau terus dipadamkan, ironinya ramai akan ketinggalan Diari AF8.Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi bagaimanapun punya alasan tersendiri tentang relevan Diari AF8 bersiaran waktu baru bermula hari ini hingga Jumaat.

"Kami sudah buat kajian pukul 7.30 malam merupakan masa terbaik ahli keluarga berkumpul dan menikmati makan malam. Tiada sebarang kelemahan dengan waktu sebelum ini. Kami sebaliknya hanya mahu tonjolkan kelainan," jelasnya ringkas ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta AF8 di Ministry Of Sound, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.Faham tentang isu yang ditimbulkan media, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah turut memberikan persepsinya. Katanya: "Sebelum ini Diari AF diselitkan pada 9 hingga 9.30 malam, tetapi kami ada saluran drama tertentu di Astro Ria dalam tempoh sama. Ia menjadikan audiens mulai terbiasa dan serasi mengikuti drama ditayangkan sebelum ini."Waktu Diari AF8 pukul 7.30 malam tidak mengganggu orang ramai. Lagipun kami menyelitkan siaran ulangan pada 11.30 malam pada hari sama. Jika ada peminat terlepas, mereka masih boleh tonton program ini.

"Terus-terang, Astro sentiasa menawarkan pilihan kepada masyarakat di luar sana. Malah, sudah menjadi tanggungjawab kami memikirkan kemudahan dan keselesaan khalayak." Selain itu, Zainir turut menepis kenyataan AF8 disasar kepada penonton Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung. Masakan tidak, azan Maghrib di Malaysia Timur berkumandang sekitar 6.30 petang sekali gus membuatkan peminat di sana berkesempatan menyaksikan AF8.

"Isu AF hendak tarik perhatian orang-orang di Sabah dan Sarawak bukan baru. Bahkan, sudah lama dihebohkan. Ia tidak boleh diguna sebagai alasan menyasarkan kepada orang luar Semenanjung bagi meraih lebih undian atau beri istimewaan kepada mereka.

"Saya harap hal ini tidak diperbesarkan. Selain itu, saya lihat ada juga program popular pukul 7.30 malam di stesen televisyen lain meraih bilangan penonton tinggi. Kami tidak lihat perubahan masa sebagai masalah atau harus dipertikaikan.

"Macam saya cakap tadi, kami pastikan setiap pilihan ada pilihan lain. Kami juga prihatin dan mengambil kira cara hidup masyarakat berbeza di negara ini," jawabnya yang memendekkan Diari AF8 daripada sejam kepada setengah jam demi mempamerkan sebuah program ringkas dan padat, tetapi masih ada tarikan tersendiri.

Malaysia Timur

Seperti diketahui umum, peserta wanita AF versi terbaru itu didominasi bakat-bakat dari Malaysia Timur. Ia menampilkan empat orang dari Sabah iaitu Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), 19; Erma Suhaimi (Ema), 21; dan pelajar Sarawak, Zafarina Jamhari (Farina), 28. Peserta tunggal Semenanjung yang berjaya meloloskan diri dalam AF8 ialah Nadia Emilia Roselan (Nad), 22.

Azlin Reza mengaku tiada sebarang kriteria ditetapkan terhadap pemilihan pelajar terutama wanita menyertai AF8 setelah mereka menjalankan uji bakat di empat buah bandar iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sejak Januari lepas.

"Pihak Astro tidak melihat tempat asal peserta atau kuota semasa proses pemilihan dijalankan kerana kami hanya menilai bakat dan personaliti mereka daripada merit. Cuma kebetulan peserta Sabah dan Sarawak lebih menyerlah kali ini," jelasnya yang enggan ditafsir berat sebelah memilih peserta AF8.

Selain itu, buat kali pertama AF8 menampilkan dua beradik, Ema dan Adira berasal dari Ranau, Sabah yang menghadiri uji bakat di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

Senarai pelajar lelaki pula ialah Muhammad Alif Kadim (Alif), 19; Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22; Muhammed Shahril Mohs Saleh Hussein (Shah), 26; Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 26; dan peserta Sarawak, Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22.

Semua 12 pelajar dengan variasi bakat dan latar belakang itu telah menjayakan Tirai AF8 (konsert pengenalan) yang disiarkan pada 13 Mac lalu pada pukul 9 malam di Astro Ria. "Mereka dikurniakan suara dan kebolehan berbeza sekali gus membuatkan para peserta AF8 memiliki keunikan berbanding peserta-peserta sebelum ini. Untuk pihak produksi, kami cuba mengenengahkan bakat pelajar agar mencapai kecemerlangan dalam dunia seni selepas ini," tutur Azlin yang jelas berpuas hati dengan 12 nama pemain realiti AF8.

Konsert AF8 kendalian Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim ditayangkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 20 Mac ini pukul 9 malam. Debaran AF8 pula disiar keesokan harinya pada waktu sama selama setengah jam oleh Sarimah Ibrahim.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AF8, peminat boleh melayari laman web www.akademifantasia.com.my.

Sunday, March 14, 2010

ULASAN KONSERT TIRAI AF8

Akhirnya konsert Trai AF8 yang kita nanti-nantikan telah berlangsung dengan jayanya semalam. Saya rasa ini adalah permulaan yang baik kerana kebanyakkan pelajar telah membuat persembahan yang boleh dikira 'ok' dan tidak menghampakan. Bagi saya ada segelintir pelajar yang salah memilih lagu kerana ia langsung tidak dapat memberi impak untuk konsert yang memperkenalkan diri mereka. Konsert ini amat penting untuk memancing undi kerana 'first impression' amat-amat penting.

Berikut adalah komen peribadi saya terhadap persembahan pelajar-pelajar di konsert Tirai AF8.

Farina (Tiada Lagi) :
Suara sedap tapi nampak kurang selesa mungkin kerana beliau adalah peserta pertama.

Shah (Drama King) :
Sedap tone suaranya ala-ala penyanyi kulit hitam.

Anum (Peleset Kota) :
Sepatutnya Anum kena control sikit keghairahannya untuk menonjolkan diri. Persembahan 'over acting' ini akan memberi kesan buruk kepada undian beliau.

Daus (Bye Bye Bye) :
Pemilihan lagu yang silap kerana dance music sebegini langsung tidak memberi impak kepada vokal beliau. Walaupun pandai menari namun tumpuan harus diberikan kepda vokal.

Ema (Tiada Lagi Tangisan) :
Butir-butir lirik seperti dikunyah dan kita langsung tidak dapat memahami lagu tersebut.

Adira (Gagap)
Satu lagu pemilihan lagu yang silap. Persembahan beliau dibayangi stacy. Lagu ini langsung tidak dapat menyerlahkan vokal beliau.

Maulana (Tekad)
Saya mula menyukai pelajar ini. Suara jantan dan lontaran vokal yang bagus sekali!

Alif (Live Like We're Dying)
Suara yang unik yang belum wujud dalam mana-mana pertandingan sebelum ini, tapi perlu digilap untuk menjadi lebih terserlah.

Nad (Gantung)
Kurang menyerlah. Suara agak biasa kita dengar dimana-mana pertandingan. Mana perginya suara-suara mantap dari Semenanjung? Bila saya tengok audition di c@15 ramai sungguh calon-calon yang bersuara mantap terutama dari Johor tapi kenapa tak terpilih???

Iwan (Coba)
Ini adalah pilihan saya untuk konsert ini. Penuh yakin, suara mantap dan personaliti menarik. Tahniah Iwan.

Shahir (Andalusia)
Setiap musim ada sahaja pelajar yang berpersonaliti sebegini... faisal, qaud, aswad sekadar memberi beberapa contoh. Harapan saya shahir akan diberi lagu yang benar-benar sesuai dengan suara dan personaliti beliau. Persembahan ok, ok sahaja.

Ain (The Climb)
Persembahan terbaik untuk pelajar wanita. Tahniah ain... aura finalis dah nampak... suara ala-ala penyanyi indon, personaliti menarik dan ada pesona seorang penyanyi. Mungin undian tidak menyebelahinya seperti farhan dulu namun dengan kualiti suara nya Ain boleh pergi jauh!

PERSEMBAHAN TERBAIK
Ain & Iwan

PENGACARA
Seperti biasa Sarimah berjaya melunaskan tugasnya dengan baik akan tetapi Jimmy nampak stress, kurang selesa, lost of words [ kenapa ek? ] dan tidak serasi dengan Sarimah. Awal lebih serasi sya rasa. Mungkin Jimmy jarang menjadi MC secara terbuka seperti ini.... tapi takpa... insyallah untuk konsert sebenar nanti Jimmy harus kerja keras k!

JURI
Adlin - harap-harap tahun ni beliau lebih mengajar dari menghina. Kadang-kadang kritikan beliau melampau dan boleh menjatuhkan kredibiliti pelajar. Beliau lebih sesuai mengkritik bidang lakonan dari bidang nyanyian.

Ning - Memang pilihan saya, simple tapi banyak pengajaran. Jangan menjerit, jangan bongkok dan buka mulut adalah sinonim dgn ning. Keep up your good work!

Aznil - Harapan saya termakbul. Saya mula meminati cara aznil mengkritik apabila melihat beliau menjadi juri dalam Sehati berdansa dan Raja Lawak. Kritikan yang jujur, membina dan tidak keterlaluan. Tahniah Aznil. Beliau bakal menjadi juri favourite untuk musim ini!

PENTAS
Simple dan tidak berserabut. Saya suka dengan penataan cahaya dan setting yang amat sesuai untuk pentas nyanyian.

DIARI AF
Saya kurang bersetuju dengan komen orang ramai terutama di semenanjung yang mengatakan waktu siarannya kurang sesuai kerana dilangsungkan pada waktu marghrib. Bagi saya tidak semua negeri mempunyai waktu marghrib yang sama. Di Sabah dan Sarawak waktu marghrib di sini adalah antara jam 6.15pm hingga 6.50pm. Kalau tidak berkesempatan bolehlah menonton siaran ulangan jam 11.00 malam. Bukan satu masalah kan?

KESIMPULAN

Saya amat berpuas hati dengan persembahan pelajar semalam. Walaupun ada cacat celanya tapi harus diingatkan, mereka belum lagi masuk kelas, so... kita akan lihat perkembangannya di minggu-minggu yang akan datang!

PELAJAR FAVORITE JEFBUJ
Ain, Iwan & Maulana.

Saturday, March 13, 2010

KONTROVERSI AWAL AF8


Petikan : Utusan Malaysia Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my

BIARPUN Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) belum membuka tirainya secara rasmi, kontroversi awal mengenai perjalanan akademi sudah mula tercipta. Membabitkan jadual siaran Diari Akademi Fantasia (AF) yang dilihat seakan tidak sensitif dengan waktu solat Maghrib sehingga kepada pemilihan pelajarnya, kontroversi mengenai soal tajaan dan iklan menambahkan lagi warna-warni AF untuk musim ini.

Mengenai pemilihan 12 pelajarnya yang akan memulakan saingan di konsert minggu pertama 20 Mac ini, boleh dikatakan, ia didominasi oleh barisan peserta dari bumi Borneo, khususnya pelajar wanita. Berdasarkan enam yang terpilih, empat daripada mereka berasal dari Sabah dan dua orang anak Sarawak.
Penyiaran Diari AF pula turut dipersoalkan kerana disiarkan sekitar pukul 7.30 malam berbanding sebelum ini yang bersiaran pukul 9 malam. Penjadualan baru itu sedikit sebanyak tidak menghormati waktu solat Maghrib.

Penajaan dan iklan untuk musim ini juga menjadi tanda tanya apabila AF kehilangan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air yang sebelum ini menjadi 'penjana' akademi. Sememangnya, sedari musim pertama, 'legasi' AF tidak pernah terlepas daripada dilanda kontroversi yang sedikit sebanyak menaikkan tingkat populariti program realiti TV itu. Begitu juga dengan AF8. Ada cakap-cakap yang seolah-olah mencabar 'orang kuat' di dalamnya agar bekerja keras dalam memastikan akademi berjalan dengan baik dan lancar di bawah teraju pengetua barunya, Norman Abdul Halim.

Memulakan maklum balas mengenai apa yang diperkatakan, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dengan wajah tenang berkata, soal pemilihan pelajar adalah telus dan bukannya bias terhadap sesebuah negeri.
Juga tidak melibatkan kuota asal usul pelajar, katanya, ia secara kebetulan apabila bakat-bakat yang menyerlah, kebanyakannya dipersembahkan oleh peserta dari Sabah mahupun Sarawak.
''Di Astro, kami tidak ada kriteria dari mana mereka (pelajar) datang. Pemilihan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan bantuan juri.

''Masa pemilihan, memang agak sukar untuk memilih pelajar terbaik dan kebetulan bakat-bakat dari Sabah dan Sarawak lebih menonjol,'' katanya ketika ditemui di majlis memperkenalkan barisan pelajar AF8 di sebuah pusat hiburan terkemuka di Bandar Sunway, Petaling Jaya, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dan barisan tenaga pengajar dan produksi AF8. Kenyataan Zainir turut disokong oleh Norman yang telah pun menjangkakan dari awal mengenai persoalan yang dilontarkan itu.Menurut Norman, dirinya turut mengakui bahawa Sabah dan Sarawak memiliki anak muda yang berbakat besar dalam bidang nyanyian ketika menjalani sesi uji bakat.

Norman turut menafikan bahawa pihaknya dan Astro telah menetapkan kuota melebihkan peserta atau pelajar dari sesebuah negeri untuk dibawa masuk ke dalam AF8.

Diari AF, tajaan dan iklan

Mengenai persoalan tentang jadual siaran Diari AF pula, Zainir berkata, walaupun disiarkan sekitar waktu solat Maghrib, Astro turut menyediakan pilihan lain bagi mereka yang terlepas menonton Diari AF apabila ia diulang tayang pada pukul 11.30 malam dan hari berikutnya.''Kita lihat saluran-saluran lain termasuk Ria (saluran 104, Astro) telah menyiarkan drama atau program-program menarik pada pukul 9 malam dan penonton sudah serasi dengan waktu itu.''Ia menjadi salah satu faktor mengapa Diari AF ditukar masanya kepada 7.30 malam. Kalau tidak sesuai menonton pada waktu itu, kami sediakan pilihan di waktu lain,'' jelasnya.Diari AF untuk musim kelapan juga bakal bersiaran hanya setengah jam berbanding satu jam sebelum ini.

Kepada pertanyaan tentang penajaan dan iklan, ujar Zainir, AF8 dilihat mencabar kerana badan-badan korporat kini lebih terarah kepada pengiklanan sempena Piala Dunia 2010.''Sungguhpun begitu, untuk musim ini, AF sangat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan julung kalinya Cerebos selaku penaja utama di samping Maybelline dan Modenas sebagai penaja bersama,'' katanya.

Barisan pelajar AF8

Sementara itu, ibu tunggal serta pasangan adik beradik merupakan antara peserta yang terpilih mewarnai AF8 yang akan memulakan siarannya pada Sabtu ini (13 Mac).Peserta yang berasal dari Bintulu, Sarawak, Zafarina Jamhari atau Farina, 28, bukan sahaja berstatus ibu tunggal kepada seorang cahaya mata bahkan menjadi pelajar paling senior dalam AF musim ini.

Sementara pasangan adik beradik yang terpilih pula ialah Erma Suhaimi (Ema), 21, dan Siti Adira Suhaimi (Adira), 19, dari Ranau, Sabah. Ia sekali gus mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya pasangan adik-beradik dipilih menyahut cabaran dalam program realiti popular terbitan Astro itu.

Astro turut mengumumkan pelajar wanita lain iaitu Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), 19; dan Nadia Emilia Roselan (Nad), 22. Tidak ketinggalan enam pelajar lelaki iaitu Muhammed Shahril Mohd. Saleh Hussein (Shah), 26; Muhammad Alid Kadim (Alif), 19; Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22; Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22; serta Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 22.

Ditanya mengenai barisan pelajar AF8, Norman berkata, mereka dipilih bukan sekadar mampu untuk melontarkan vokal dengan baik tetapi soal karakter dan pemilikan aura sebagai penyanyi atau penghibur turut menjadi teras pemilihan. ''Kami melihat pelan jangka panjang. Kami akan menguatkan 'jenama' dan identiti yang ada pada mereka.

'Apa yang boleh saya katakan, 50 peratus daripada mereka sudah pasti akan ada karier selepas keluar AF nanti. Saya sudah nampak enam pelajar yang ada potensi,'' kata Norman penuh yakin.
Selain itu, Norman turut melontarkan nasihat ini kepada barisan pelajarnya: ''Jika kalah (tersingkir), biarlah ia berlaku secara bermaruah. Ketika di pentas, buat yang terbaik. ''
AF8 bakal membuka tirainya dengan konsert pengenalan pada 13 Mac manakala konsert minggu pertama pula akan bermula 20 Mac ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Friday, March 12, 2010

PANADOL BAHAYA

PANADOL MERBAHAYA JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya… “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.
Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda. Sumber :- http://www..omaQ. org

Thursday, March 11, 2010

TIKET KONSERT ZEE AVI HABIS DIJUAL



Rafizah memberi ucapan semasa sidang media konsert Zee Avi yang bakal diadakan di KL Live @Live Center, 20 Mac ini.
BIARPUN namanya tidak terkenal di Malaysia, namun gadis yang berasal dari negeri Bumi Kenyalang ini telah berjaya membuka mata negara luar dengan bakat nyanyiannya.
Dilahirkan dengan nama Izyan Alirahman, 24, atau lebih dikenali Zee Avi kini sudah boleh berbangga kerana berjaya menakluk beberapa negara Eropah selepas memperkenalkan muzik soul dan Jazz yang dibawanya.
Terbaru, Zee Avi kini sedang sibuk dengan aktiviti jelajah Australia selepas mengadakan persembahannya di California dengan memperkenalkan lagu-lagu nyanyiannya.
Tiada siapa menjangka, tuahnya selepas dilamar syarikat rakaman dari Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu membuatkannya kini sebaris dengan artis Hollywood lain.
Selepas berjaya membina kerjayanya di sana, Zee Avi buat pertama kalinya akan mengadakan konsert di negara kelahirannya ini.
Konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Live @ Life Centre pada 20 Mac ini akan bermula pada pukul 8 malam yang bakal dihadiri 3000 peminatnya.
Menurut bahagian perolehan (Ancillary Income) Syarikat Penerbangan Murah Air Asia, Rafizah Amran, memberitahu pihaknya memilih Zee Avi kerana melihat bakat yang dimiliki olehnya disamping ingin mengetengahkan penyanyi berbakat yang bersesuaian dengan jenama syarikat penerbangan itu.
"Syarikat Air Asia adalah sebuah syarikat penerbangan negara Asia, sebagai menyahut cabaran itu, pihak kami telah memilih Zee Avi kerana dia merupakan rakyat kita dan datangnya daripada negara Asia.
Zee Avi bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur.
"Kami yakin dengan bakat yang dimilikinya, tapi sayang orang kita tidak mengenali dia tapi hanya tahu lagunya yang berjudul Kantoi, " katanya selepas sidang media Konsert Zee Avi Live in Kuala Lumpur di La Bodega Lounge, Bangsar.
Selain itu, Rafizah turut berkata, tiket konsert Zee Avi yang telah diuruskan oleh Syarikat Air ASia Red Tix bagaimanapun telah habis dijual selepas dua hari diiklankan.
"Kami memang tidak sangka dapat menjualkan tiket konsert tersebut dalam tempoh sesingkat itu, hanya dua hari sahaja.
"Pihak kami hanya iklankan melalui laman sosial twitter dan facebook, sehari sahaja berjaya dijual sebanyak 1000 lebih.
"Lingkungan umur pembeli tiket konsert itu pula merangkumi umur 18-35 tahun. Lagipun tiket yang dijual tidak terlalu mahal yang hanya bermula daripada RM55, RM105 dan 205 sahaja," katanya.
Ketika ditanya mengenai lagu dan persembahan Zee Avi pada malam konsert tersebut, Rafizah memberitahu konsert itu tidak akan dipenuhi dengan penari iringan tetapi akan mengekalkan cara dan trademarknya yang tersendiri.
"Kita akan perkenalkan konsert Zee Avi dengan caranya tersediri. Zee Avi juga turut merahsiakan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan pada malam tersebut kerana ingin memberikan kejutan buat peminat di tanah airnya.
"Konsert pada malam itu juga akan berlangsung selama 50 minit dan keesokkan harinya, Zee Avi akan terus terbang ke Australia untuk menyambung konsertnya di sana pula," kata Rafizah.

Wednesday, March 10, 2010

AF8 BERMULA

Petikan : Murai.com / Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 9 MAC 2010:
Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya apabila pihak Astro mengumumkan bahawa 2 beradik dari Sabah iaitu Erma Suhaimi, 21 (Ema) dan Siti Adira Suhaimi, 19 (Adira) adalah antara sebagai peserta yang terpilih menjadi sebahagian daripada 12 pelajar yang berjaya menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia 8 (AF8).
Selain itu, barisan 12 pelajar AF8 masih lagi dimonopoli peserta daripada Borneo apabila 4 pelajar perempuan dipilih daripada Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19, termasuk Ema dan Adira, manakala Zafarina Jamhari atau Farina, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 berasal dari Sarawak.
Ada 2 pelajar berasal dari Klang, Selangor iaitu Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 dan Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26. Pelajar lelaki lain ialah Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 (Kuala Lumpur), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 (Perak), Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 (Negeri Sembilan) dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 dari Johor.Perjuangan 12 pelajar ini bakal dimulakan pada Tirai AF Sabtu ini (13 Mac 2010) jam 9 malam di Astro Ria bersama Sarimah dan Jimmy selaku hos. Manakala kehidupan seharian mereka dalam diari boleh ditonton mulai 15 Mac, jam 7.30 malam bersama Jimmy Shanley.
Dari segi penajaan, kelainan turut tercipta apabila Brand's buat julung kalinya menjadi penaja utama AF8 diikuti Modenas dan Maybelline masih lagi menjadi penaja bersama AF8. Portal murai.com.my sekali lagi menjadi portal hiburan rasmi AF8 dengan menampilkan slot AF8 yang mempunyai pelbagai segmen seperti Cerita, Kenali Pelajar, Kenali Warga AF8, Blog dan Apa Kata M?. Menerusi Apa Kata M? yang diwarnakan Maybelline, peminat fanatik AF8 berpeluang untuk di make-over dan memenangi pelbagai hadiah menarik.
Penonton juga berpeluang menjadi orang yang pertama berjumpa bakal juara AF8 dengan menyertai Mencari Bintang AKM yang bakal bermula tidak lama lagi.Bagi segmen blog, murai.com.my menampilkan pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi sebagai blog pengkritik tetap bersama penyanyi Liza Hanim. Selain itu, anda juga berpeluang mendekatkan diri dengan pengetua AF8, Norman dan hos AF8, Jimmy Shanley dengan membaca blog eksklusif mereka di murai.com.my.

PELAJAR LELAKI AF8

Ahmad Shahir Zawawi [Perak]

Emirza Azwan Zulazrin Chew [ Seremban ]

Mohd.Alif Kadim [ KL ]

Muhd.Firdaus Maulana Mohamed [ JB ]

Muhd.Shahril Firdaus Eli [ Kuching ]

Muhd.Shahril M.Salleh Hussein [Klang]

PELAJAR WANITA AF8

Nadia Emilia Roselan [ Klang ]
Siti Adira Suhaimi [ Ranau ]

Dyg. Nor Anum Arjuan Aharun [ Tawau ]
Erma Suhaima [ Ranau ]
Nadiawati Ainul Nasir [ Sandakan ]
Zafarina Jamhari [ Bintulu ]

Tuesday, March 09, 2010

NORMAN MAHU UBAH STIGMA


NORMAN berharap dengan suntikan baru yang diperkenalkan dalam AF8 akan membawa satu perubahan kepada industri...
TANPA disedari masa pantas berlalu, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akan membuka tirainya Sabtu ini (13 Februari) dengan konsert pengenalannya iaitu Tirai AF8.
Sebelum itu, kehangatan AF8 terus memuncak apabila hari ini akan berlangsungnya sidang akhbar untuk memperkenalkan barisan pelajar yang akan menghuni AF8.
Buat masa ini segala-galanya masih lagi rahsia tentang bilangan pelajar yang sudah pun dipilih oleh pihak Astro.
Daripada desas-desus yang diperkatakan, Hits difahamkan jumlah kali ini akan kembali kepada bilangan asalnya iaitu 12 orang pelajar sahaja.
Sudah pasti individu paling sibuk dan tidak duduk diam ketika ini adalah pengetuanya, Norman Abdul Halim yang juga merupakan mereka yang berada dalam panel penilaian untuk memilih pelajar-pelajarnya.
Ketika bertemu dengan Norman di pejabatnya, Wisma KRU yang terletak di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur minggu lalu, dia begitu optimis dengan bakat baru yang akan menghiasi layar kaca pengikut setia AF setiap minggu nanti.
Apa yang pasti katanya, mereka yang terpilih kali ini memiliki bakat yang tersendiri malah Norman sendiri mengakui bayangan hala tuju mereka dalam industri seni khususnya bidang muzik.
Bukan itu sahaja, daripada bicaranya sendiri, dapat disimpulkan Norman bakal memperlihatkan ketegasannya dalam memimpin AF8 khususnya terhadap para pelajarnya.
Dalam masa yang sama juga, dia mahu mengubah stigma lapuk masyarakat yang menganggap semua bintang realiti seperti mee segera.
"Saya mahu pelajar-pelajar ini sedar bahawa perjalanan mereka untuk berada dalam AF8 bukan satu perkara yang mudah.
"Saya menjelaskan kepada mereka dan memberi gambaran kepada mereka bahawa apabila berada dalam akademi ia umpama menikmati satu hidangan yang sungguh enak.
"Tetapi, bagaimana cara untuk mereka menghabiskan hidangan dan mengenyangkan perut mereka sekali gus merasa puas dengan santapan itu, semuanya bergantung kepada diri masing-masing," ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah pelajar sebenar untuk musim ini dan hanya memberitahu semuanya akan terjawab hari ini.
Bukan itu sahaja, Norman turut menjelaskan dia mahu semua anak-anak buahnya sentiasa bersikap optimistik dalam setiap langkah mereka selain cuba memikat hati masyarakat dalam menilai bakat mereka.
"Saya juga tidak mahu mereka mengamalkan sikap tidak apa dan hanya bersyukur apabila dapat berada dalam akademi.
"Apa yang saya mahukan daripada mereka ialah untuk memiliki semangat dan fokus kepada pembelajaran dalam mengejar impian mereka untuk menjadi juara AF8.
"Setiap daripada mereka harus ada sikap itu biarpun kita tahu ini semua adalah pertandingan realiti televisyen di mana segala kemungkinan boleh berlaku.


Elemen merit
"Tetapi, apa yang penting adalah sikap mereka sendiri yang harus diubah dan jika mereka melakukannya dari sekarang, ia akan menjadi mudah apabila mereka keluar nanti," kata Norman lagi.
Sudah 18 tahun berkecimpung dalam industri seni, memang kredibiliti Norman tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sebagai seorang anak seni dan juga ahli perniagaan yang berjaya, anak sulung daripada empat beradik ini mempunyai misi serta visinya tersendiri.
Jika tidak, mana mungkin dia dan dua adiknya, Yusry dan Edry mampu bertahan sehingga kini dan mengecapi kegemilangan yang terus memperkukuhkan nama serta jenama mereka di persada seni tanah air.
Maka itu, untuk AF8 ini, Norman juga menerapkan elemen merit apabila dia mensasarkan 50 peratus daripada jumlah pelajar untuk musim ini akan dapat menjadi seorang penghibur sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga lima tahun.
Mengambil contoh formula yang digunakan oleh KRU untuk alumni AF lain seperti Adam dan Dafi misalnya, Norman yakin sasarannya itu dapat direalisasikan seperti mana dia dan tenaga pengajar lain mahukan.
Adam katanya, biarpun sudah enam tahun menjadi seorang artis, dia masih lagi diminati sehingga berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan juga Anugerah Bintang Popular.
"Saya gembira kerana cadangan saya ini diterima dengan baik oleh tenaga pengajar sendiri dan mereka berikrar akan berganding bahu dan bekerjasama dengan saya untuk mencapai sasaran itu.
"Tetapi, sekali lagi, semuanya berbalik kepada pelajar itu sendiri yang harus berusaha gigih untuk menjadi seorang penghibur yang baik.
"Jujurnya, bagi saya AF merupakan platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat baru kerana bukan mudah untuk menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman biarpun dalam tempoh tiga bulan sahaja," ujar Norman yang juga meminta bantuan Yusry dan Edry bagi membantunya mengesan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjadi seorang penghibur dengan menonton AF8.
Apabila menyertai pertandingan realiti TV seperti AF, tidak dinafikan ada kalanya tuah juga memainkan peranan besar dalam mencorak perjalanan seni mereka apabila keluar kelak.
Malah, ada juga mereka yang tersingkir awal daripada program tersebut lebih berjaya daripada sang juara yang dipilih oleh masyarakat sendiri.
Dalam konteks ini, contoh terbaik ialah Aizat yang merupakan bekas pelajar AF5 apabila dia berjaya membuktikan kepada masyarakat dan pencinta seni tanah air bahawa dia memiliki bakat yang cukup hebat.


Melihat potensi
Bukan sekadar menyanyi, tetapi dia juga mempunyai kelebihan dari aspek penciptaan lagu yang kini meletakkannya antara bakat baru yang mampu bertahan lama dalam industri.
Mengajukan persoalan ini kepada Norman, memang dia tidak menafikan elemen tuah dan rezeki itu turut menyumbang kepada kejayaan seseorang artis itu.
Tetapi, dalam masa yang sama juga, mereka (artis) perlu memiliki kebijaksanaan dalam mencorak muzik dan hala tuju mereka di dalam industri.
"Aizat berjaya kerana dia memiliki bakat sebagai seorang penyanyi dan juga komposer yang memang susah untuk dicari dalam zaman ini dan kehadiran bintang seperti Aizat bukan selalu hadir.
"Kejayaan Aizat juga adalah kerana dia tahu apa yang dia mahukan dalam kariernya dan dia sendiri yang mencorakkan diri dan muziknya mengikut gerak hatinya.
"Itu juga yang saya mahu lihat dalam diri pelajar musim ini kerana mereka semua ada bakat. Malah, saya sendiri sudah melihat potensi beberapa orang daripada mereka memiliki pendirian dan wawasan tersendiri," jelasnya memberikan pandangan peribadinya.
Kerana itu, dia sudah merangka beberapa strategi untuk mempamerkan bakat anak-anak buahnya dalam konsert mingguan khususnya dalam genre muzik yang mereka gemari.
Malah, Tirai AF8 kelak akan menyaksikan pelajar akan mempersembahkan lagu-lagu yang merupakan lagu pilihan mereka sendiri.
Menjadikan American Idol sebagai contoh terbaik dalam mempersembahkan bakat mereka, walau bagaimanapun, kata Norman, semuanya itu hanya akan dapat disaksikan bermula konsert mingguan keenam
"Saya sudah pun berbincang dengan pihak Astro dan ternyata mereka bersetuju dengan idea untuk menggubah susunan muzik mengikut genre masing-masing seperti mana dalam American Idol.
"Apa yang saya harapkan dengan suntikan baru ini dapat menarik perhatian peminat baru serta membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk menilai bakat mereka," katanya yang memohon pengertian semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan bekas pengetua AF yang lain.
petikan : utusan malaysia / 090310