Fahrin akui hubungan dengan Linda tiada penghujungHUBUNGAN saya dan Linda (Onn) yang betul-betul rapat selama dua tahun. Namun, kenyataan itu paling gentleman dan berterus terang, tapi dalam masa sama saya perlu menghormati perasaan sesetengah pihak dan keadaan. Mungkin selama ini saya tidak berpeluang berterus-terang dengan kata-kata, tapi saya berterus-terang (hubungan bersama Linda) dengan perbuatan yang saya lakukan ke atasnya selama ini. Saya percaya, orang lain tahu untuk menilai perhubungan kami, apa yang mereka lihat itu. Namun, sampai hari ini saya sangat menghormati perasaannya (Linda). Apabila Linda mengeluarkan kenyataan dia tidak pernah bercinta dengan saya, sebagai seorang kawan, saya harus menghormati kata-katanya. Saya hanya mampu tersenyum, yes I do feel sorry for everything but I never regret.
Sebenarnya saya tidak mahu menjadikan kenyataan saya kali ini sebagai satu episod, satu pihak mengaku dan satu pihak lagi menafikannya. Bayangkan kami hadir pada majlis hari raya, pembukaan rasmi restorannya, majlis keraian keluarga dan acara anugerah seni, orang selalu nampak saya hadir bersama Linda. Jadi, saya membiarkan pihak lain mentafsir perhubungan kami, bukannya keluar daripada mulut saya.
Mungkin Linda akan berkata, dia tidak pernah meminta semua itu (layanan Fahrin ke atas Linda), tapi sebagai teman, saya cuba memberikan yang terbaik untuknya. Orang boleh menilai, jika kami sekadar kawan biasa, takkan boleh macam tu (hubungan mesra), ke hulu ke hilir bersama. Saya juga rapat dengan keluarga Linda, jadi nilailah sendiri perhubungan kami. Sampai ke satu tahap, secara peribadi, saya berasakan istilah atau ungkapan 'teman tapi mesra' antara saya dan Linda, sudah tidak relevan lagi. Saya mungkin seorang pelakon filem dan drama, tapi dalam dunia nyata, realiti, saya tak suka hipokrit. Bagi saya, apabila saya ada teman istimewa, saya lebih selesa berterus-terang. Lihatlah, betapa saya menghormati istilah 'teman tapi mesra', tak pernah dalam masa dua tahun itu, saya keluar dengan orang lain, kecuali Linda sekalipun dia sekadar teman saya.
Sepanjang saya berkawan dengan Linda, sampai satu tahap, saya sendiri tertanya-tanya, kenapa perkara seumpama ini perlu berterusan (situasi 'teman tapi mesra'). Mungkin untuk tempoh enam bulan, setahun, ungkapan 'teman tapi mesra' itu masih relevan, tapi apabila kami sudah dilihat banyak kali keluar bersama, bagi saya ungkapan berkenaan tidak boleh diterima pakai lagi. Linda pernah mengaku sudah lama bersedia Banyak faktor yang merenggangkan persahabatan kami, mungkin selama dua tahun itu timbul rasa bosan, mungkin berasakan perhubungan kami tiada penghujung. Tapi, jika satu pihak lain asyik berdolak-dalik, mungkin timbul rasa kebosanan. Linda pernah memberitahu saya, dia sudah lama bersedia, tapi persediaan itu bukan sekadar di mulut saja, disusuli material, tapi persediaan daripada segi rohani dan sikap. Linda perlu bersedia untuk hidup berdua. Hidup berdua memerlukan banyak pengorbanan - bertolak ansur dan komunikasi. Saya mengaku, saya pernah hantar bunga kepada Linda di radio Era, sebab itu saya katakan saya tak perlu mengungkapkan dengan kata-kata. Kalau orang tak sayang, takkan perkara itu kita buat.
Namun, saya tak pernah menganggap diri saya diperalatkan, tapi mungkin strategi atau permainan yang 'salah'. Awalnya istilah 'teman tapi mesra' itu relevan, tapi lama kelamaan, makan diri balik. Keadaan itu sudah terbukti sekarang. Keluarga saya tak ada masalah jika betul Linda jodoh saya, begitu juga dengan keluarga Linda. Nilai hormat saya pada Linda masih tinggi, jadi biarlah orang lain menilai perhubungan kami selama ini. Kenyataan Linda: "Kalau boleh saya nak pakai baju T dengan tulisan 'saya bukan kekasih Fahrin' agar orang tidak perlu bertanyakan soalan yang sama kepada saya." Sekalipun kami tidak bercinta atau sekadar teman baik, kenapa dia nak buat kenyataan macam tu? Saya sudah mengenali Linda, jadi saya rasa ia bukan satu penghinaan.
Namun, jika benar orang kata ia satu penghinaan, satu terima dengan senyuman... Sekadar berkawan dengan Rima Melati Kita sebagai artis, perlu menangani situasi dengan matang terutama kata-kata kerana ia mencerminkan keperibadian kita. Linda mendakwa dia akan mendirikan rumah tangga hujung tahun ini, tapi dengan siapa, terus-terang saya katakan, mengenali Linda, dakwaan itu bukan sesuatu yang pelik. Cuma saya harapkan, kenyataan itu bukan datang daripada emosi, sebaliknya akal, kematangan dan rasionaliti. Kini, hubungan saya dan Linda boleh diungkap sebagai 'teman tapi tak mesra' (ketawa). Selepas ini jika ada tuntutan tugas yang perlu menggandingkan kami, saya perlu profesional, tak ada masalah. Tapi, untuk melihat saya dan Linda hadir dalam mana-mana majlis secara berdua, mungkin tidak akan kelihatan lagi. Saya dan Linda hadir dalam pakaian sedondon dalam setiap majlis, rasanya mungkin tidak.
Saya akui, antara saya dan pelakon baru dari Singapura, Rima Melati Adams, kami sekadar kawan baik, tak lebih daripada itu. Lagipun dia sudah mempunyai teman istimewa yang kini berada di Jakarta, Indonesia. Kalau kawan saya mengaku kawan, tapi kalau saya bertemu dengan seseorang dan kami bercinta, saya akan mengaku. Saya bersyukur dan berterima kasih dengan Linda kerana sudi 'berteman tapi mesra' dengan saya. Setakat ini antara saya dan Linda sudah tidak ada lagi sebarang panggilan telefon atau kiriman SMS."