I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 10, 2008

JARAK PISAHKAN CINTA SERINA, NAJIB?


KL, 9 JULAI 2008: Banyak pula artis putus cinta dan kasih ketika ini. Mangsa putus cinta terbaru adalah pelakon jelita Serina Redzuawan dengan buah hatinya yang kacak, Najib atau Ajib. Mereka khabarnya kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan kekasih lagi dan cuma bersahabat. Kalau tak silap Murai Batu, sedikit masa dulu kisah percintaan mereka berdua pernah dilaporkan oleh pihak media. Mungkin ada yang ingat, Najib adalah seorang jurutera yang mempunyai seorang kembar lelaki seiras. Memang sepadan betullah mereka berdua tu. Mereka selalu keluar makan bersama dan kadang-kadang dengan kengkawan di Sri Hartamas, KL. Tapi, kenapa cinta mereka tidak dapat bertahan? Lalu Murai Batu pun cubalah meriisik daripada beberapa ejen murai yang rapat. Korek punya koreklah, barulah Murai Batu dapat tahu cerita yang sebenarnya di sebalik perpisahan Serina dan Najib.


"Perpisahan itu langsung tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau pun kewujudan orang ketiga. Ia berlaku atas kehendak situasi dan keadaan apabila Najib terpaksa terbang ke Texas, USA untuk bekerja dan melanjutkan pengajiannya di sana. Bila masing-masing mula berjauhan dan sunyi, cinta pun mula terjejas.


"Jadi, jalan yang terbaik adalah membawa haluan diri masing-masing," kata sumber Murai Batu. Haa, macam plot dalam filem pun ada. Itulah dugaan hidup. Kalau anda masih ingat, beberapa tahun lalu, Serina juga pernah putus cinta dengan Allahyarham Hani Mohsin. Sekarang dengan Najib pula. Hai, nak buat macam mana, sabar ajelah Serina dan all the best to Najib di Texas.


petikan : murai.com / 100708