I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 31, 2008

Kursus Asas Homestay Sarawak

Puan Jamilah menerima sijil daripada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar & Pelancongan ( MUDT ) iaitu En.Akit Sebli

Saya sedang menerangkan sesuatu semasa penyediaan kertas kerja .

Peserta diajar bagaimana cara mengemas katil yang betul. Kelihatan Pn.Julia sedang bertanya sesuatu kepada ahli kumpulan beliau.

Para peserta sedang berbincang sebelum membentang kertas kerja.

Saya bersama-sama sebahagian daripada peserta.


Kursus Asas Homestay

Tempat : Penview Inn, Kuching
Tarikh : 29 & 30 Julai 2008
Peserta : 45 orang

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menjadi facilitator untuk Kursus Asas Homestay anjuran Kementerian Pembangunan Bandar & Pelancongan ( MUDT ), Sarawak. Kursus selama 2 hari itu adalah untuk Penggerak/ Koordinator & peserta projek Homestay di kawasan Bahagian Pertama Sarawak. Peserta harus mengikuti kursus ini untuk melayakkan mereka mengusahakan perniagaan homestay di kampung masing-masing.

Saya telah menjadi facilitator sejak dari tahun 2000 lagi. Sepanjang penglibatan saya di dalam projek ini, saya telah menjelajah ke serata negeri Sarawak untuk mencurahkan segala ilmu yang ada. Saya rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan masyarakat yang berbilang kaum.

Perbezaan antara homestay di Sarawak dengan Semenanjung adalah, di sini homestay terdiri daripada kampung yang terdiri dari pelbagai kaum seperti kaum melayu, melanau, iban, bidayuh, selako, orang ulu dll. Jadi pilihan nya lebih banyak. Kita boleh melihat pelbagai cara hidup kaum-kaum asli di Sarawak. Sesungguhnya ia begitu unik dan banyak yang akan kita pelajari.

Homestay yang merupakan pelancongan alternatif telah menarik ramai pelancong baik pelancong domestik ataupun antarabangsa. Dengan kepelbagaian kaum,budaya dan cara hidup yang berbeza, ia memberi pengalaman yang amat unik.

Semasa kursus tersebut, peserta telah diajar 8 buah modul yang merangkumi khidmat pelanggan, cara pengendalian & operasi serta cara pemasaran. Setelah menghadiri kursus, sekumpulan panel dari Kementerian Pelancongan akan membuat tinjauan di kampung-kampung mereka sebelum mendapat kelulusan dan mendapat pentauliahan.

Di Sarawak terdapat 14 buah kampung yang telah mendapat pentauliahan. Hasil dari pengamatan saya, kampung-kampung tersebut telah menerima ramai tetamu dari merata tempat. Sehubungan itu pihak Kementerian Pelancongan telah memperuntukkan lebih banyak bajet untuk memperbanyakkan lagi projek homestay di seluruh Sarawak.

Untuk mengetahui lebih banyak info sila layari laman web www.right.sarawak.gov.my/homestay

Sekiranya kampung anda berminat untuk menyertai projek homestay, sila hantar permohonan kepada :

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BANDAR DAN PELANCONGAN SARAWAK
Tingkat 2 bangunan MASJA, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
( pegawai utk dihubungi : En. Akoi Ejau ) Tel : 082 319313 Fax : 441277