Saya rasa memang ramai yang tengok c@15 setiap hari. Malah sejak dari AF musim ke-2 lagi (kalau tak silap) c@15 menjadi medan peperangan antara fanatik2 AF. Yang menjadi persoalan, kenapa ianya dihalalkan oleh pihak ASTRO? Saya tidak bermaksud tidak bersetuju dgn objektif channel tersebut diwujudkan, tetapi ianya harus dipantau oleh pihak ASTRO. Sepatutnya moderator memainkan peranan untuk menapis sms yang berbaur perkauman, kenegerian, kutukan melampau dan sebagainya.
Apa yang saya hiraukan, paparan tersebut dibaca oleh semua orang termasuk negara luar seperti Brunei. Cara chatters menulis amat memalukan. Ia menggambarkan betapa rendahnya mentaliti, maruah orang kita! Kutukan yang melampau, boleh mengaibkan pelajar AF dan kaum keluarga mereka.
Saya mendapat banyak komen dari teman2 yang berkunjung ke Malaysia terutama dari Brunei, Singapura dan Indonesia mengatakan kenapa chatters begitu biadap dan berani menghentam peserta sedemikan rupa! Sungguh menjengkelkan!
Bayangkan kalau terkena diri kita sendiri atau kaum keluarga kita, adakah kita akan berdiam diri?
Yang paling teruk kena bantai dlm c@15 tak lain tak bukan ialah MAWI. Sungguh kesian apabila beliau dituduh lupa diri, tinggal solat, makan dadah, mabuk, mengabaikan keluarga dan cacian2 yang tak perlu saya tuliskan di sini. Mereka seolah2 kenal dan bersama MAWI sepanjang masa. ASTRO patut memandang berat perkara ini. Jangan kerana imbalan dari sms yang di hantar, ASTRO lupa maruah orang yang telah dihina tanpa dibela!
Saya bukan mencadangkan ASTRO menghapuskan channel tersebut, tetapi, ASTRO wajib memantau dan menapis sms2 yang melampau demi menjaga reputasi ASTRO sebagai stesyen TV berbayar yang terulung di negara ini.
** Saida adalah diantara mangsa kutukan chatters di c@15 dalam AF6. ( gambar dipetik dari Berita Harian )
No comments:
Post a Comment