I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 15, 2008

SICHIDA METHODS - OTAK KANAN

Otak Kanan - Teknik Jepun
"Rasanya ini satu cara untuk kita amalkan untuk anak-anak kita supaya lebih maju dan selebihnya kita kembalikannya kpd Allah ta'ala.Meh kita kongsi ilmu ini seadanya.
Shichida Methods
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yang dia antaq anak die 2 tahun pergi Sichida kelas. Yakni kelas yang diuruskan oleh Jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika juanna yang aku nak masukkan tahun depan tu costnye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sangat Cina yang pergi kelas tu untuk ajar anak-anak depa dan Melayu ***a setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staf melayu yang lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku, dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dan sebagainya. Sebab during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur-tidur ayam punya situation. Aku buat kak nana sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu dan ahad tu. kelemahan sikit lah..........
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dan sebagainya....guna English jangan guna Melayu........
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe... satu lagi cuba korang lukis gambar, contoh nye rama-rama, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi, ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Korang tau kenapa Cina, ngan Jepun pandai-pandai, sebab depa makan guna chopstik, chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jangan marah-marah atau tengking anak... sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri... kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die...
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa...kita pun bukan tak biasa merapu...
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam, bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dalam kotak tissue tu, ni semua untuk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat, semua game yang hangpa nak buat ngan dia tu ***a boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi cam wajib...he...he..
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks, tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...p/s; kita yang dah tua tak berapa tua ni tak tau lah leh diamalkan ke tidak.....buat para ibu bapa sesuailah ni kot...
Komen Jefbuj
Emel ni saya petik dari blog kawan karib saya Enche Lah orang kelate yg merupakan room mate saya masa belajar kat ITM dulu. Sekarang beliau bekerja di ITNM, KL.
Saya nak kongsi jugak pengalaman saya macamana nak bentuk otak & personaliti anak-anak kita sejak dia masih bayi lagi. Method ini telah saya aplikasikan kepada anak saya Daniel , dan hasilnya amat memberangsangkan.
1. Semasa tidur, bayi hendaklah ditelangkupkan ( meniarap )supaya bahagian otak nya dapat berkembang dengan baik. Sekiranya bayi tidur dalam keadaan terlentang, perkembangan otak agak lambat kerana beban kepala semasa tidur. Selain itu, apa bila bahagian dada bayi mencecah lantai/tilam, bayi akan sentiasa tenang dan tidak mudah terkejut.
2. Jangat takut melambung2kan bayi kerana ini mempercepatkan ransangan otak. Tapi janganlah lambung tinggi2 takut tercampak pulak. Sambil melambung jangan lepaskan tangan kita sambil kita nyayikan lagu rakyat seperti pok amai-amai, buai laju dsbnya.
3. Bacakan ayat-ayat suci semasa menidurkan bayi atau bercerita sebab semasa itu otak kanan nya berfungsi pada kadar optima, seperti span yang dapat menyerap air dengan banyak.
4. Walaupun bayi tidak boleh bercakap tapi otaknya seperti 'tape recorder'. Apa yang ada disekelilingnya akan dirakam. Bila mereka mula bercakap maka macam2 yang keluar dari mulut mereka tanpa kita duga. Sebab itu lah kalau kita bergaduh, berteriak, berleter jangan didepan anak2, sebab perkataan kesat yang kita gunakan akan terpancul dimulut mereka apabila mereka marah nanti.
5. Apabila anak2 kita tersandung atau terjatuh, jangan terus kita angkat, sebaliknya biar mereka cuba bangun sendiri dan suruh mereka berjalan ke arah kita. Tujuannya untuk memupuk semangat keberanian dan berdikari. Sekiranya mereka mengalami insiden itu sendirian, mereka tidak akan menangis dan akan sedaya upaya bangun sendiri dan baru mereka akan cari kita.
6. Biasakan anak2 kita minum air suam sekerap mungkin supaya mereka tidak ketagih memakan junk food atau minum air kordial yang manis. Ini untuk mengelakkan mereka mengalami obesiti dan reput gigi.
7. Berikan mereka barang permainan yang berbentuk ilmiah yang dapat menajamkan minda mereka seperti puzzle dll.
8. Semasa mengandung, sentiasa urut2kan bahagian perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan. Bapa pun memainkan peranan. Apabila bayi lahir, mereka akan mengenali suara ibu bapa dan akan ceria selalu.
Inilah sebahagian daripada tips yang saya pelajari dari kawan2 Jepun saya semasa saya tinggal di Tokyo selama 4 tahun. Hasilnya amat menakjubkan. Si Daniel mula berjalan semasa berumur 11 bulan. Mula bercakap seawal setahun lebih. Hasil bacaan ayat suci semasa bayi membuatkan Daniel 'terang hati' dan dapat Khatam Al Quran dalam usia yang muda. Malah adik saya Zurina telah khatam Quran seawal umur 6 tahun!!! Sekarang dia dah beranak 2 dan tinggal kat Labuan. Adik saya yang sorang lagi Zarinie, duduk di Banting Selangor, anak 3 dan Abang saya Azmi, di Kuching pun 3 anak. Alhamdulillah kesemua anak2 mereka cemerlang dalam akademik dan pengajian Al Quran.
Semuga tips ini dapat anda panjangkan kepada saudara dan rakan taulan. Wallahmualam.