I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 16, 2008

SAIFUL CABAR ANWAR


Petikan : Harian Metro /Iskandar Shah Mohamed/160808

KUALA LUMPUR: “Kini sudah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dia yang mengakui bersembunyi selama ini untuk mencari kekuatan, memilih jam 6.15 petang semalam mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam berhubung dakwaan liwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini dengan ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim.Dalam upacara yang dijalankan selama 15 minit itu, Saiful yang memakai songkok dan berbaju Melayu coklat melafazkan sumpahnya dengan memegang senaskah al-Quran di tangan kiri dan teks sumpah di tangan kanan sambil duduk di hadapan mimbar masjid serta menghadap kiblat. Saiful yang kemudian mengadakan sidang medianya berkata, dia melakukan upacara sumpah itu dengan rela hati bertujuan menegakkan kebenaran Islam, sekali gus membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini.


“Saya amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan ciptaan saya, maka saya akan dilaknat dan ditimpa malapetaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selamanya oleh Allah.


“Saya bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengikut cara dituntut agama Islam seperti dinasihatkan dan tunjuk ajar para ulama serta mufti, saya diliwat Anwar Ibrahim,” katanya.Dia mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008. Hadir sama pada sidang media berkenaan peguambelanya, Zamri Idrus. Saiful berkata, upacara sumpah itu dianggap jalan terbaik bagi mendapatkan keadilan di dunia dan akhirat selain mengembalikan maruah serta harga dirinya.“Dengan ini, saya mencabar Anwar supaya bersumpah dengan cara sama untuk menafikan dakwaan saya tidak benar.“Saya menyembunyikan diri selama ini kerana ingin mengumpul kekuatan sebab difitnah serta ditohmah dan hari ini (Jumaat) adalah hari terbaik untuk melafazkan sumpah,” katanya. Ketika ditanya mengenai keputusannya bersumpah ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang pencalonannya ditetapkan hari ini, Saiful berkata, ia bukan sebab politik dan hanya secara kebetulan semata-mata.Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful di Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.Anwar bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan itu.