Skrin Gergasi untuk tetamu yang jauh dari pentas utama untuk menyaksikan detik bersejarah.
Pada malam sabtu lepas, saya telah diundang oleh keluarga Datuk Sri Hj.Adenan Satem serta isteri untuk menghadiri majlis persandingan anak perempuan mereka Aziza Jasmi dengan Mohd. Khaidhir Hj.Daud yang berasal dari Selangor.
Majlis telah diadakan di Dewan Sarawak Chamber, Hotel Crown Plaza, Kuching. Kedua-dua mempelai telah bertemu semasa melanjutkan pelajaran di Australia dan perkenalan mereka telah membawa mereka ke jinjang pelamin pada 16 Ogos lepas.
Ramai tetamu VVIP dan tetamu dari luar negara yang datang. Bob bekas pelajar Akademi Fantiasa 3 telah diundang khas untuk mendendangkan lagu untuk menghibur tetamu. Merdu sungguh suara Bob. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari hadirin. Band group 'The Season' juga dijemput untuk menghiburkan tetamu sepanjang majlis berlangsung.
Saya minta maaf kerana gambar kurang jelas kerana kedudukan saya yang agak jauh dari pentas utama. Inilah yang dapat saya rakamkan untuk tatapan semua.