I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 27, 2008

Kursus Lanjutan Homestay @ Tebakang, Serian

En.Osman dijemput untuk merasmikan kursus.


Para peserta sedang berbincang membuat kertas kerja
Kesian, kena dera membuat Rekod Jualan & Statistik Pelancong
En.Akoi mewakili Kementerian, sedang memberi taklimat
Puan Pauziah selaku Pengerusi Majlis

Sedang tekun mendengar tips memasak dari saya


Harum bau masakan!

Udang Mentega Daun Kari
Ayam Kerisik Ala Tebakang
Ikan Tiga Rasa Sri Serian
Sedia untuk di makan!
Inilah dia resepi ciptaan istimewa untuk pelancong
Kami sedia menjamu anda!!!
Makan malam bersama keluarga angkat
Maaf kerana tidak update blog saya sejak Jumaat lepas. Sebenarnya saya telah mendapat jemputan untuk memberi Kursus Lanjutan Homestay di Kg.Melayu Tebakang (KMT), Serian yang terletak kira-kira 80 KM dari Bandaraya Kuching. Kursus ini adalah lanjutan dari Kursus Asas Homestay yang diadakan di Penview Inn, Kuching bulan lepas.


Kursus yang telah diadakan pada 25 & 26 Ogos, iaitu Isnin & Selasa lepas telah dirasmikan oleh En.Osman Hj.Ismail iaitu Ketua Seksyen Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Sarawak. Turut hadir ialah Cik Lo Ling Sang - Penolong Pengarah Pejabat Daerah Serian, En.Wahab Royani & En Richard Tegang - Penolong dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi, Puan Fauziah Hail - Pegawai Penyelia Koperasi Serian, En.Akoi Andrew - Kementerian Pembangunan Bandar & Pelancongan, En.Hanapi - Ketua Kaum Kg.Melayu Tebakang, En.Abg.Husaini - Pengerusi Homestay KMT dan beberapa org AJK Homestay KMT.

Di dalam Kursus Lanjutan ini, peserta telah diajar untuk mengurus dan mengendali operasi Homestay di KMT. Peserta juga diajar tentang membuat tempahan, brosur, menyediakan Laporan Statistik pelancong, Laporan Jualan harian & bulanan dan yang paling menyeronokkan bagi peserta ialah kelas memasak. Sepanjang kursus, mereka telah diberi 5 kertas kerja untuk perbincangan. Di akhir kursus, saya telah melawat sambil memeriksa rumah peserta disamping memberi tips & tunjuk ajar serta persediaan untuk menyambut pelancong ke rumah mereka.


Untuk kelas memasak, mereka di ajar 4 resepi yang 'yummy' iaitu, Ayam Masak Kerisik, Ikan Tiga Rasa, Udang Mentega dan Sup Ketam! Tengok gambar di atas! Nampak sedapkan? Tapi memang sedap pun. ( sorry angkat bakul ). Bagi sesiapa yang berminat dengan resepi2 itu, rajin2lah melusuri blog saya k!
Sepanjang kursus ini, saya telah tinggal bersama keluarga angkat saya iatu En. Abg.Husaini Abg. Gabil & Puan Rohana Abd. Manan dan 5 orang anak teruna mereka. Layanan mereka sungguh baik sekali menyebabkan saya rasa tinggal di rumah sendiri. Semalaman kami berborak sekeluarga.... hingga tidur lewat malam. Masakan makcik & anak sulung mereka sungguh lazat menyebabkan saya lupa diri sekejap! mmmmm

Kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Kak Pauziah yang bertungkus lumus untuk menjayakan kursus ini. Tak lupa juga kepada keluarga angkat saya yang memberi layanan yang baik, insyallah tak akan saya lupa sampai bila2. Insyallah raya nanti saya akan datang ke KMT. Juga terima kasih saya panjangkan kepada semua penduduk kampung yang terlibat dalam program ini.
Saya berdoa semoga projek Homestay Kampung Melayu Tebakang akan berjaya.