I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 14, 2008

DUTA PRODUK KE-13


Petikan : Harian Metro/Norhayati Nordinyati@hmetro.com.my/ 140808

NAMA Asmawi Ani atau Mawi cukup gah di pentas nyanyian, namun siapa sangka Raja SMS ini turut hebat di dapur. Walaupun, sekadar menjadi pembantu chef menyediakan resipi berasaskan aiskrim tetapi nyata Mawi me nunjukkan minat mencuba.

Menggunakan aiskrim Wall’s Fantasia sebagai bahan utama, Mawi bersama chef Zaidah Mohd Noor tampil dengan empat menu lazat seperti web of fantasie’s iaitu Wall’s Fantasia ditenun ke dalam roti jala serta crispy yam dream (Wall’s Fantasia diapit antara keladi).Tidak ketinggalan, hidangan chocolate velvet fantasy berupa Wall’s Fantasia dibungkus dalam krep coklat dan bananarama (Wall’s Fantasia dilipat dengan apom pisang).

Menikmati juadah ringkas ini, pastinya enak dan digemari peminat aiskrim.Mawi berkata, Wall’s Fantasia adalah produk ke-13, dia dilantik sebagai duta. Malah, kontraknya sebagai duta produk aiskrim terkenal itu terikat selama dua tahun. Justeru, kata Mawi, jadualnya bertambah padat dengan aktiviti promosi disediakan.“Mengikut jadual diterima, Ogos ini saya akan muncul di beberapa lokasi siri jelajah promosi Wall’s Fantasia bermula di Kompleks Star Parade, Alor Star. Diikuti, Hua Thai, Tampoi, Johor Bahru pada 9 Ogos dan Pasar Raya Pantai Timor, Kota Bharu, Kelantan (23 Ogos).“Justeru, saya amat berharap peminat aiskrim tidak me lepaskan peluang hadir di lokasi berkenaan untuk menikmati rasa sebenar Wall’s Fantasia.

Selain itu, kemungkinan pelbagai program menarik turut dirancang kepada orang ramai yang menjayakannya nanti,” kata Mawi.Selain Mawi dan Zaidah, hadir sama pada majlis pelancaran rasmi ais krim Wall’s Fantasia yang diadakan baru-baru ini ialah Pengurus Jenama Kanan, Wall’s Ice Cream, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Ashlee Ng dan pemenang peraduan Wall’s Fantasia, Nurul Emidiana.Bukan saja berhubung soal kerjaya, Mawi turut diasak dengan pelbagai pertanyaan berbaur peribadi. Dihimpit gosip tarikh perkahwinannya, menjadi tunangan orang, isu banglo mewah dan campur tangan kekasih hati, Mawi tenang menjelaskan segalanya.Kata anak jati dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini, semua yang dihebohkan itu tidak benar. Katanya, ia gosip yang perlu dihadapi seorang artis sepertinya.

Disebabkan itu, Mawi akur dan sebolehnya tidak mahu terlalu melayan dan membiarkan saja.“Apa hendak buat, itulah lumrah hidupku sebagai insan seni. Saya tidak boleh mengelak daripada gosip yang tersebar melainkan menghadapinya dengan cara sendiri. Justeru, terpulanglah kepada wakil media untuk menulis dan men tafsirkan.

“Cuma, dalam soal Ikin (Nora’ Asikin Rahmat) saya tidak tahu mengapa orang begitu memandang negatif padanya. Mereka melemparkan pelbagai tohmahan dengan menga takan dia campur tangan dalam segalanya berkaitan diri saya, biarpun perkara itu tidak berlaku.

“Seperti soal banglo, pelbagai cerita kurang manis di hebohkan. Berapa kali saya mahu jelaskan bahawa Ikin tidak pernah masuk campur. Bahkan, dia juga tidak tahu bila saya membelinya kerana rumah adalah aset masa depan,” ka tanya.Pemuda berusia 27 tahun itu turut mempersoalkan, takkan dia tidak boleh membeli rumah daripada hasil titik peluhnya sendiri. Kata Mawi, takkan sudah penat bekerja, tiada satu pun dibeli sebagai jaminan pada hari tua. Justeru, apakah salah dia membelinya?“Sebenarnya, perancangan membeli rumah sudah lama saya buat sebelum kami berkawan lagi. Tetapi, entahlah orang tetap anggap buruk. Pada hal, ceritanya tidaklah seperti dise barkan,” kata Mawi yang jelas terkilan dengan tuduhan dilemparkan kepada Ikin.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Kian itu, selain Ikin, dia juga kurang senang dengan cerita mengenai bang lonya. Akui Mawi, selama ini pun dia tidak pernah membuka mulut bercerita mengenai aset dibeli, namun akhirnya kecoh juga.Seperkara lagi, kisah Ikin mengikutinya ke lokasi peng gambaran. Mawi tenang menjelaskan, itu bukanlah satu kes besar. Katanya, tidak wajar ia cuba dijadikan isu kerana ikut tidak semestinya mengganggu. Malah, tegasnya, dia masih boleh berlakon dengan baik.“Hanya ikut ke lokasi saja, apa masalahnya. Lagipun, suka hati saya hendak bawa siapa. Setakat ini, kehadiran Ikin tidak pernah menyusahkan sesiapa. Kehadirannya sekadar melihat saya bekerja dan memberi sokongan,” katanya menjelaskan keadaan.
komen jefbuj
Saya yg merupakan peminat no 1 Mawi memang mengikuti perkembangan Mawi sejak beliau tamat belajar di Akademi Fantasia lagi. Banyak keratan akhbar, majalah, iklan dsbnya saya simpan. Selama ini saya tidak pernah fanatik dengan penyanyi lelaki, tetapi Mawi telah mengubah persepsi saya. Saya melabur ratusan ringgit untuk Afundi Mawi masa AF3 dulu. Berbaloi ke? Bagi saya, ya! Sbb dah minat nak buat camne?
Saya cukup geram apabila orang mengutuk lebih2 terhadap Mawi. Kalau kritikan membina tu takpe lah, tapi kalau dah sampai mengaibkan Mawi, tu lah yang buat saya geram! Tak minat takpe tapi jgn sampai menjatuhkan maruah beliau.
Tapi tuhan maha adil.... orang teraniaya selalu mendapat balasan baik dari Allah. Tengoklah kehidupan Mawi sekarang...... rezeki melimpah ruah, insyallah rezeki kahwin akan menyusul tak lama lagi. Apa-apapun saya doakan agar Mawi tabah menghadapi dugaan, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan!