I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 06, 2008

PERNAH MAKAN JELI INI?

Saya rasa ramai ibu bapa malah dikalangan kita sendiri pernah memakan jeli ini. Ianya menjadi kesukaan terutama golongan kanak-kanak.
Walaupun belum ada kesahihan akan kebenarannya namun kita harus mengelak terlebih awal supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Memang sejak akhir-akhir ini terlalu banyak produk yang selalu kita makan atau pakai mengandungi unsur-unsur babi, nauzubillah! Cuba anda bayangkan semasa tahun 50an - 80an dimana belum ada teknologi IT, kita tidak pernah tahu atau mendengar perkara-perkara begini.
Produk yang disangsi kehalalannya telah kita guna bertahun-tahun lamanya. Adakah semua informasi dari internet ini hanya rekaan semata-mata ? Wallahualam, hanya tuhan yg maha mengetahui.
Yang penting, kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Pastikan setiap produk yang kita makan dan pakai mempunyai logo 'halal' dari JAKIM. Insyallah anda tidak akan rasa was-was!