Maya Karin bersama suaminya, Muhammad Ali Abdullah selepas majlis ijab kabul di Bellagio, Itali, malam tadi.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Aktres popular, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah dalam satu majlis di Villa La Corte del Lago di Bellagio, Itali, malam tadi.

Villa indah yang terletak di Lake Como itu menerima kehadiran lebih 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pengantin.
Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 5 petang semalam (11 malam waktu Malaysia).
Pasangan sama cantik dan sama padan itu dinikahkan oleh Imam Abdullah yang didatangkan khas dari Algeria.
Maya yang anggun menggunakan dress ciptaan pereka, Syaiful Baharim dan solekan oleh Khir Khalid, kelihatan tenang dan ceria melalui gambar kiriman e-mel kepada media di Malaysia.
Bagaimanapun, Maya hanya akan bercerita tentang majlis pernikahannya itu sekembalinya ke tanah air pada minggu depan.
Bagaimanapun, Maya hanya akan bercerita tentang majlis pernikahannya itu sekembalinya ke tanah air pada minggu depan.
"Terima kasih kepada pihak media dan peminat yang mendoakan kelancaran majlis perkahwinan Maya," kata pengurus aktres berkenaan, Azlin Abas.
Kawasan padang bola di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong, dipilih oleh pasangan tersebut untuk melangsungkan majlis persandingan mereka pada 29 Ogos ini.
PETIKAN : UTUSAN MALAYSIA / 160808