I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 05, 2008

Customer Service & Grooming Course

Pada 24 Mac yang lalu saya telah dijemput oleh YAYASAN SARAWAK untuk memberi kursus "Customer Service & Grooming Course' kepada kakitangan Yayasan Sarawak.

Kursus tersebut telah diadakan di Bangunan Yayasan Sarawak di Jalan Masjid, Kuching. Disebabkan jumlah staff yang ramai, mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Saya telah menceburi bidang perhotelan selama 15 tahun lebih, dan terlibat secara langsung dalam bidang khidmat pelanggan. Sebagai hotelier kami telah dididik untuk sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik disamping berpenampilan menarik setiap masa. Dari pengalaman2 ini lah saya kongsikan kepada para peserta sepanjang kursus tersebut.


Diantara topik2 yang saya kupas adalah :
1. What is Customer Service
2. Customer Service Quality
3. Telephone Etiquette
4. First Impression
5. The Communication Process
6. Body Language
7. Wardrobe Guidelines
8. Corporate Image
9. Skin Colours and Seasons
10. Appropriate Dress & Grooming for Man & Woman

Di dalam kursus tersebut, saya banyak memberi tips cara berpakaian dengan baik dan bagaimana untuk memberi perkidmatan yang cemerlang. Peserta2 sungguh teruja apabila saya memberi komen tentang cara mereka berpakaian, berjalan, duduk, berdiri dsbnya. Perkara 'the dos and don'ts' semasa mereka bekerja juga saya tekankan supaya mereka faham etika kerja yang sebenarnya.
Di akhir kursus tersebut Dato Hajjah Jamilah iaitu isteri kepada Datuk Adnan Satem Pengerusi Yayasan Sarawak, telah hadir untuk menyampaikan sijil kepada para peserta.

Sekiranya ada jabatan2, syarikat2 atau sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut, anda boleh menghantar emel kepada saya iaitu jefbuj@yahoo.com dan insyallah saya akan menghubungi saudara dan berbincang lanjut berhubung tarikh, bayaran dan sebagainya.