I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 23, 2009

Wana Juara My Stars LG

Yea.... aku menang sorak! Nashrin... kesian, tapi gua caya lu!

gambar ; kredit dari budiey.com. TQ



KUALA LUMPUR: Peserta Noriezuana Syed Shafudin atau Wana diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program realiti, My Starz LG musim kedua yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.Wana, 22, menyampaikan lagu Ku Pendam Sebuah Duka yang pernah dipopularkan Khadijah Ibrahim dan Ku Telah Jatuh Cinta (Agnes Monica) pada segmen pertama, manakala lagu duet Kehebatan Cinta bersama Jamal Abdillah untuk segmen kedua berjaya memikat hati tiga juri profesional iaitu Hattan, Liza Hanim dan Ajai serta penonton yang mengundi menerusi SMS. Sebanyak 70 peratus markah diberikan juri profesional manakala SMS mewakili 30 peratus.Kemenangan Wana selaku juara diumumkan pengacara Nazruddin Habibur Rahman bersama Puteri Andreanna Syigim berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 di samping kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan TV LCD 42 inci tajaan LG.

Tempat kedua dimenangi Wan Nashrinie Zafri dari Pulau Pinang menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM20,000 dan TV LCD 32 inci LG.

Wana yang ditemui selepas majlis berakhir berkata dia tidak menyangka muncul sebagai juara walaupun mendapat komen pujian daripada tiga juri berkenaan. Peserta berasal dari Skudai, Johor mahu memberi sepenuh tumpuan pada karier nyanyian selepas ini.“Malam ini rezeki untuk menang. Kemenangan ini menjadi pendorong pada saya memperbaiki kelemahan dan memberikan fokus kepada nyanyian selepas ini,” katanya.Empat peserta berentap pada pertandingan akhir kali ini yang disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Peserta dari Kuching, Sarawak iaitu Cassandra Daniel Manja menduduki tempat ketiga membawa pulang hadiah telefon bimbit LG, Renoir dan peserta Mohd Hairi Kenneith di tempat keempat dengan hadiah penghawa dingin LG.Hadiah juara dan tempat kedua disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarah Perhubungan Korporat LG Electronic Asia, MF Chin.

komen jefbuj
Semua tekaan saya meleset ! Semalam saya meneka 1. Nashrin 2. Wana 3. Hairi 4. Cassie. Itulah keputusan muktamad semalam. Sebenarnya saka kurang puas hati dgn keputusan tersebut. Bagi saya Nashrin sepatutnya juara kerana apabila melihat daripada persembahan Nashrin, ia jauh lebih memukau dari Wana. Wana menang sorak & sms! Bukanlah nak katakan suara Wana tak sedap tapi bak kata Ajai semalam, suara wana biasa sangat di pasaran. Memang ada kebenarannya. Bagi saya kalau Wana menyanyi dalam radio, orang tak akan dapat tangkap suara siapa sebab suara dia biasa sahaja.
Berlainan dengan Nashrin, suara beliau yang ala 'indonesia' lebih mesra telinga! Semasa Nashrin berduet dgn Misha Omar.. pehhhhhhh sedap giler,macam penyanyi professional. Dahlah muka Nashrin ada mirip penyanyi Indon si Marcell, mungkin org ingat mereka saudara. Ditambah lagi dgn aura Misha, saya rasa detik itu tidak akan dilupakan sampai bila2. Bagi Wana, gabungan suara dgn Jamal seolah2 tidak menjadi. Suara Jamal macam tak bersemangat ( last minute le tu ) dan Wana pulak too excited. Malah ketiga-tiga juri memberi komen terhadap nyanyian Wana. Tapi persembahan Wana diselamatkan oleh lagu solo beliau yang begitu energetic!
Namapun pertandingan, tidak semestinya yang menang tu juara di luar. Tengok apa jadi dgn Suki OIAM, Ayu OIAM, Faizal AF4, Vince, Zahid, mereka semua tenggelam dibandingkan peserta yang dapat no.2 dan tersingkir. So Nashrin jangan bimbang, rezeki Nashrin melimpah di luar sana.
Berbalik cerita konsert semalam, saya rasa pelek, kenapa Hairi & Cassey dibiarkan begitu sahaja apabila 2 nama pemenang telah dihebahkan? Pengacara langsung tidak menyebut nama mereka. Mereka berdiri terpinga2 macam tak tau nak buat apa. Sepatut nya nama mereka disebut juga & diberikan hadiah bersama2 Nashrin & Wana. At least appreciatelah usaha mereka hingga ke final tu!
Selepas My Starz LG melabuhkan tirainya, kita akan ada Mentor & AF 7 pulak! Hai... terpacak depan TV le gamaknya nanti!

3 comments:

  1. saya SANGAT SANGAT setuju dengan awak!!! saya rasa NASHRINlah lebih layak menang..bukan nak kater wana xde kualiti tapi, she was trying a bit too hard..tgk macam lagu ku telah jatuh cinta tuh, tarian wana nampak cam dibuat2 n a bit over the top, semata2 nakkan sorakan,n saya memang kurang suka aksi aksi 'seksi' perempuan atas stage macam tuh, macm x manis sgt, cuz boleh buat tanpa perlu melampau batasan kan? agnes xde pun mcm tuh bler perform, tapi we can still feel her energy.. tapi kalau bandingkan tarian nashrin masa gadis ayu tuh nampak natural n COMEL!!!saya memang minat giler kat NAshrin tuh n, betol cam awak kater, saya harap sgt nashrin akan murah rezekinyer..lagipun malaysia nih kurang penyanyi lelaki yg berbakat..kalau perempuan tuh melambak...performance nashreen malam tuh very natural, he looked relaxed and so confident, tapi sayangnyer x menang..kalaulah nashrin bacer nih(ade ker possibility?)saya nak die tau yg saya akan sentiasa sokong dier!!!

    GO NASHRIN!!!

    ReplyDelete
  2. Well Sally, dah takdir org kata. Anyway saya pasti Nashrin boleh 'jual' bila dah jadi artis nanti, cuma harap2 dia bijak pilih lagu utk album dia. Bagi saya Nashrin harus membawa lagu ala ala Indon atau muzik si Aizat ! Suara dia begitu sempurnakan? Takut pulak kena paksa lagu rock.. nanti hancusss... slack le pulak kan? Kalau Nashrin ada fan club nak join tak??? :>

    ReplyDelete
  3. salam...xpa..bak kata orang sarawak,tuah manok nampak di kaki..tuah wana, alhamdulillah pada bakatnya..wana ka, nashrin ka,dua2 da bakat masing2.cuma rezeki wana pada malam ya.ni tauk Nashrin akan ada lagu n menang dalam anugerah juara lagu suatu hari kelak.amin..wana tu orangnya baik tau..believe me.Wana,akak sokong wana..

    ReplyDelete