"Saya tidak meletakkan sepenuh keyakinan tentang gosip ini, sebaliknya saya sedar ada lagi karyawan seni lain yang boleh menjadi pengkritik, selain saya sendiri" – NURUL
GOSIP penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Huda Ab. Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul, bakal dilantik menjadi pengkritik tetap rancangan realiti, Akademi Fantasia 7 (AF7), kini semakin hangat diperkatakan.
Begitupun, tuan empunya badan hanya mampu tertawa kecil saat mendengar khabar angin, bakal duduk di kerusi 'panas' pengkritik tetap rancangan AF7.
Tidak dinafikan, ada riak terkejut pada mulanya apabila kisah itu dibentangkan. Namun Nurul pantas bertukar riak selamba semula, sambil bersikap profesional dengan gosip yang terus dijaja oleh peminat dan individu tertentu dalam lapangan seni.
Bagi Nurul sendiri, kalau ada kebenarannya tentang gosip dia bakal menjadi pengkritik tetap AF7, maka sudah pastilah dia menjadi orang pertama paling teruja.
"Kalau dapat, saya bersyukur sangat," sahut Nurul tergelak kecil semasa ditemui pada sesi merakam lagu terbarunya di Execellent Studio milik Sharon Paul di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Petaling Jaya minggu lalu.
Beritahu Nurul, dia bagaimanapun tidak menganggap gosip bakal dilantik sebagai pengkritik tetap AF7, menjadi satu masalah besar untuk dirinya.
"Saya suka sangat apatah lagi dapat bekerjasama dengan pihak produksi AF7 di empat buah lokasi yang berbeza di seluruh negara baru-baru ini.
"Saya dipilih untuk menjadi juri dan membuat tapisan para peserta di beberapa buah tempat antaranya adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah.
"Penerbit dan seluruh warga kerja AF7 kelihatan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing demi mahu mencari bakat baru untuk diketengahkan dalam industri.
"Secara jujurnya, boleh dikatakan hampir keseluruhan warga kerja AF7 merupakan orang-orang yang berbeza, kalau ingin dibandingkan dengan enam musim sebelum ini.
"Rasa seronok dapat kerja dengan mereka yang bersifat gila-gila, namun mereka tetap bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak Astro.
"Mereka mengetahui apa yang dimahukan termasuk mencari bakat-bakat baru di seluruh negara, malah mereka sentiasa berahsia dalam segala hal yang berkaitan AF7, supaya tidak diketahui umum.
"Itulah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan sikap warga kerja AF7," luah Nurul tanpa berselindung.
Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata lagi, setelah gosip yang bertiup kencang mula menerima perhatian masyarakat, namun seluruh warga kerja AF7 tidak sesekali mendedahkan apa jua maklumat.
"Mereka buat tidak tahu, malah berdiam diri sahaja tentang gosip saya bakal dilantik menjadi pengkritik tetap AF7. cerita selanjutnya ....
komen jefbuj
Saya amat kurang bersetuju sekiranya beliau terpilih sebagai Pengetua AF7. Beliau belum membuktikan apa-apa kredibiliti sebagai peneraju sesebuah rancangan yang gah lebih-lebih lagi Akademi Fantasia. Beliau cuma pernah menjadi Mentor dalan rancangan Mentor TV3 dan itu tidak mencukupi. Bagi saya , yang lebih layak adalah :
1. Anita Sarawak
2. Shiela Majid dan
3. Datin Seri Tiara
Kredibiliti mereka memang tidak boleh dinafikan. Saya ingin sekali melihat angin perubahan sekiranya Pengetua terdiri daripada seorang wanita! Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment