I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 17, 2009

My Starz LG - 4 melangkah ke akhir

Nasrin-Peserta favourite yang bakal juara!


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my


HANYA empat peserta layak ke peringkat akhir program realiti, My Starz LG musim kedua yang akan berlangsung pada 22 Februari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Biarpun ada penonton yang berharap lima peserta yang bersaing pada minggu ke-12 pada malam kelmarin melayakkan diri ke akhir, penyingkiran seorang lagi peserta tetap dilakukan.

Antara Mohd Hairi Kenneith (Hairi) dan Mohd Azri Abdullah, keputusan bagaimanapun memihak pada Hairi untuk mengikut jejak langkah tiga rakannya iaitu Wan Nashrinie Zafri (Nashrin), Noriezuana Syed Shafudin (Wana) dan Cassandra Daniel Manja (Cassie) ke akhir.

Berbeza dengan persembahan minggu sebelumnya, kali ini lima peserta diminta membuat persembahan dengan bertemakan lagu penghargaan pada bintang legenda seperti Allahyarham Puan Sri Saloma, Sudirman Arshad, Rosli Khamis (Loloq), Abdul Samad Mian (Lefthanded) dan mendiang Loganathan Arumugam (Alleycats).

Sekadar persembahan nyanyian, tiada juri profesional memberi komen kali ini. Nashrin membuka persembahan dengan lagu Andalusia diikuti Wana (Terasing), Azri (Bila Kau Bercinta Lagi), Cassie (Gelora) dan Hairi (Seruan). Di akhir persembahan, pengacara Nazruddin Habibur Rahman dan Puteri Andreanna Syigim mengumumkan Azri tersingkir daripada program berkenaan.

Kata Azri, 21, walaupun kecewa tersingkir tetapi semangat untuk mencapai cita-cita sebagai penyanyi tetap diteruskan. Dia yang meminati genre muzik pop berharap perjalanan karier seninya selepas ini masih cerah dan mendapat sokongan peminat.

"Mungkin selepas ini saya memasarkan single sendiri berjudul Bagai Puteri. Sebelum ini, saya bersama peserta lain terbabit mencipta lagu sendiri dan ini peluang saya menempatkan diri sebagai penyanyi.

"Sepanjang dalam program ini, banyak pengalaman ditimba antaranya cara interaksi bersama penonton. Saya fikir saya sudah memberikan persembahan terbaik pada setiap minggu," katanya.

Juri tetap, Hattan yang turut hadir pada malam itu turut bersetuju dengan keputusan empat peserta yang layak ke akhir. Meskipun peserta ini masih mempunyai kelemahan tetapi mereka mempunyai kelainan dalam persembahan masing-masing.

"Apa yang saya lihat, peserta ini sudah bersedia untuk ke akhir tetapi ilmu dalam nyanyian perlu ditambah. Mereka nampak berani untuk bawa pembaharuan dalam persembahan. Juri sebenarnya tidak kisah jika cara nyanyian mereka berbeza kerana kami mahukan penyampaian lagu yang lain daripada penyanyi asal.

"Setiap penyanyi harus fokus pada satu genre saja dan ia adalah adil bila juri menilai sebanyak 70 peratus. Program ini sebagai platform tetapi ia bergantung pada peserta itu sendiri untuk berusaha hingga berjaya atau tidak. Mereka harus ingat, popular tidak semestinya berjaya.

"Sebolehnya mereka mempertingkatkan kemahiran diri dengan mencipta lagu sendiri dan jangan malu bertanya penyanyi lain yang lebih berpengalaman. Kita kekurangan pelapis terutama penyanyi solo lelaki. Saya mahu lihat artis kita cipta kejayaan lebih besar selepas ini," katanya.

Penerbit Eksekutif, Mohd Suffian Isa berkata persiapan konsert akhir rancak berjalan dan peserta diberi masa seminggu untuk membuat latihan. Menariknya, peserta kali ini berpeluang memilih artis kegemaran mereka untuk menyampaikan satu lagu duet. Setiap peserta dikehendaki menyampaikan dua lagu termasuk satu lagu solo.

"Kita harap empat peserta ini dapat memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti. Pemilihan artis dan lagu dibuat atas perbincangan bersama penasihat vokal, Lah Ahmad dan koreografer, Raimee Salleh. Tiga juri terbabit adalah Hattan, Liza Hanim dan Ajai.

"Memberi tarikan, persembahan peserta ini turut dimeriahkan kemunculan penyanyi jemputan iaitu Mawi, Faizal Tahir dan Rossa dari Indonesia," katanya.

Bagi Wana, dia memilih Jamal Abdillah sebagai pasangan duet pada persembahan akhir nanti. Katanya, Jamal mempunyai kelebihan dari aspek penghayatan yang baik dan sering menarik perhatian ramai penonton.

"Dia mempunyai aura kuat pada penonton. Mungkin dia boleh membantu saya dalam persembahan akhir nanti. Saya juga perlu perbaiki kelemahan diri seperti pitching (nada suara) dan gemuruh atas pentas," katanya.

Nashrin pula memilih gandingan bersama Misha Omar atas faktor minat pada penyanyi itu. Berazam mahu memberikan persembahan terbaik bersama gimik, dia juga mahu memperbaiki kelemahan gemuruh ketika berhadapan penonton. Cassie yang memilih Sarah Raisuddin untuk lagu duet turut mahu memperbaiki kelemahan pitching dan penghayatan pada lagu. Menganggap Nashrin sebagai saingan paling dekat, dia berharap undian juri dan penonton seimbang dalam memilih juara.

Menjadi peserta terakhir dipilih ke akhir, Hairi tidak menyangka dan terkejut selepas berjaya mengatasi Azri. Memilih Fiq untuk lagu duet, dia yakin gandingan mereka dapat memberikan persembahan yang hebat. Dia yang meminati genre rock berharap dapat mengatasi masalah pitching dalam diri.

"Sejak mula, saya katakan pada diri, saya tidak akan terkeluar. Jika terkeluar sekalipun, saya tidak mahu berasa kecewa. Dalam membuat persembahan terbaik nanti, saya juga berharap juri dan penonton dapat memberikan undian yang seimbang," katanya.

Komen jefbuj

Melihat kepada persembahan konsert mingguan berikut adalah kedudukan mereka mengikut ramalan saya :

1. Nashrin

2. Wana

3. Hairi

4. Cassie

Apa-apapun kedudukan Hairi bergantung kepada persembahannya pada final nanti kerana beliau masih mempunyai masalah pitching. Cassie sememangnya bagus namun seperti biasa dalam pertandingan realiti TV peserta perempuan selalunya kurang popular. Kita tunggu & lihat! Apa komen anda?

2 comments:

  1. salam bro..
    saya rasa nashrin..
    itupon sbb ramai pengundi pompuan so akan berpihak pd lelaki like AF..
    tapi pada saya ke4-4 finalis takde yg menyengat..jd tak de pemenang kot..haha..
    suma nyanyi mcm men karaoke je..
    cassie sore hancor lor..wana ok laa..
    hairi pon susah..beter azri..
    hmm..

    p/s: terlampau byk sgt ptandingan realiti so penyanyi pon da xde kualiti harap rupa paras je..ekspress.. :p

    ReplyDelete
  2. man, abg memang sokong nashrin sbb tone suara dia very indonesian which abg appreciate very much. Actually yang tiga2 tu semua ok, yelah... bila pelajar tu tetap ada kureng nya. Even man tengok Hattan sendiri, takde lah bagus sangat kalau dibandingkan dgn penyanyi seangkatan dengan dia, dan juga Liza Hanim. Suara Hairi memang susah dapat kalau man amati dalam mana2 audition kan? Even Wana dia kecundang dalam AF masa prelude. Cassie takde lah hancur, dia penyanyi Club yg boleh bawak byk lagu dan ada album sendiri. Kat Sarawak & Sabah byk album tempatan yg tidak pernah dipasarkan di luar Borneo, cuma untuk pasaran borneo sahaja terutama kaum2 peribumi Sabah & Sarawak. Selain tu bagi abg kita tak boleh nak compare zaman 70-90an semasa belum ada realiti tv. Masa tu cuma ada berapa kerat je penyanyi dan 1 channel shj. Menang aje terus jadi penyanyi. Sekarang mana perginya juara2 Bintang RTM, Klasik dan mana2 yg menggunakan khidmat juri 100%. Takde yg menonjolkan? Tp bila kita tengok peserta realiti semua masuk carta. Muka lawa & kacak tetap pilihan rakyat malaysia... muka buruk sapa nak simpan letak dlm wallet atau tampal kat dinding. Itulah realiti mentaliti org malaysia. Contoh tepat Bob, Dina & Adibah nor. Langsung tak diappreciate bakat mereka. Tu yang abg tak paham selera rkyat malaysia.

    ReplyDelete