Tenku Mia Silver
Tenku Tommy Emran
Pagi tadi seperti biasa saya akan ke kandang Tommy & Mia Silver untuk memberi makan & mencuci tandas mereka. Apabila sampai ke kandang mereka, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kandang mereka kosong!!! Dengan perasaan panik saya terus meninjau di sekeliling rumah saya dan saya dapati pagar rumah saya telah dibolosi oleh manusia yang tidak berperasaan. Kesan lubang yang di potong di pagar rumah saya yang terletak di corner lot memberi jawapan kepada saya, Tommy & Mia DICURI !!! Saya terkedu, terpaku & terduduk apabila melihat kesan bulu Tommy & Mia bertaburan di sisi kandang mereka. Walaupun pintu kandang yang sebesar 4' X 4' tidak rosak kerana mangga yang kuat namun PENCURI tetap berjaya menyentap badan mereka melalui celah pintu kandang yang agak renggang! Yang sedihnya apabila meliahat bulu-bulu Tommy & Mia yang masih terlekat di celah pintu tersebut.
Semasa saya bercuti ke KK minggu lepas, saya tidak menghantar mereka untuk boarding ke Pet Shop atau ke rumah teman baik saya kerana kesuntukan waktu. Lagipun saya cuma pergi 3 malam sahaja, namun tidak pula pencuri pecah masuk ke kawasan rumah saya.
Akan tetapi, semalam saya berada di rumah sepanjang malam. Saya rasa kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi ke 4 .30 pagi sebab saya tidur agak lewat. Seperti biasa saya bangun jam 5 pagi untuk solat subuh. Biasanya selepas solat saya akan terus menonton TV hingga jam 7 pagi. Selepas menonton Berita Pagi saya akan terus ke kandang Tommy & Mia untuk membersihkan tandas mereka dan memberi makan.
Mungkin sudah nasib mereka, saya redha. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Tommy berumur setahun & Mia 7 bulan . Seperti mana kucing parsi yang lain, Tommy & Mia begitu manja dengan tuannya. Mereka seperti anak saya sendiri. Untuk memelihara kucing baka baik seperti mereka sudah tentu kos penjagaan mereka amat tinggi. Kos makanan yang diimport khas, ubat-ubatan, perkakas untuk grooming, syampu, conditioner dsb nya mencecah ratusan ringgit. Malah mereka juga mempunyai baju masing-masing, selain barang permainan yang di beli di kedai2 pet shop di dalam & di luar negara.
Yang amat saya sedih, sekiranya pencuri tersebut memelihara Tommy & Mia, mereka tidak tahu apa jenis makanan yang mereka makan kerana kucing2 parsi amat cerewet & fussy dengan apa yang mereka makan. Sekiranya kita bagi mereka makanan yang tidak biasa mereka makan, mereka sanggup tidak makan walaupun untuk beberapa hari. Tandas mereka juga harus selalu dibersihkan. Walaupun seketul najis mereka didalam tandas khas tidak dibersihkan mereka tidak akan membuang air sembarangan. Saya tidak boleh bayangkan, apakah pengalaman yang bakal mereka tempuh di tempat baru asing nanti.
Saya telah menghubungi kedai2 Pet Shop dan teman2 yang memiliki persian cat akan kehilangan kucing2 saya. Manalah tahu pencuri itu menjual kucing2 saya kepada mereka. Ini telah terjadi kepada kawan baik saya satu ketika dahulu. Pencuri telah menjual kucing yang dicuri kepada kawan dia sendiri!
Apa-apa pun saya harap kucing2 saya akan berada di dalam keadaan terjaga sekiranya ada orang yang membelinya. Buat masa ini saya tidak ada rancangan untuk membeli yang baru. Cuma saya akan jaga elok2 kucing Siam baka biasa yang bernama Prince Excell agar tidak menerima nasib yang sama. Mungkin melihat Excell tidak berbulu lebat, pencuri tidak berminat untuk mencurinya.
Nasihat saya, berhati2lah kepada sesiapa yang membela kucing Parsi kerana 'possibility' kecurian amat tinggi. Untuk Tommy & Mia saya doakan mereka akan selamat dan sihat selalu.
aih ha ilang indah
ReplyDelete