Penumpang keletihan setelah penerbangan delay beberapa jam
Pramugari tekun melayan penumpang
Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari puncak bukit
Meja yang dilekatkan di dinding menarik perhatian saya
Sayur manis Sabah di Restoran Nelayan
Semuanya fresh & sedap !
§ Percutian yang menyeronokkan walaupun beberapa masalah teknikal yang berlaku sepanjang percutian.
§ Bermula dari flight Airasia yang ‘delay’ menyebabkan saya sampai di KK pada jam 1.30 pagi!!!
§ Dari airport terminal 2 ( kira macam LCCT KL lah) saya dijemput oleh adik ipar saya Yaman yang turut bercuti bersama keluarga terus ke Tune Hotel di 1 Borneo. ( Yaman memandu kereta dari Labuan sbb dia & adik saya Zurina bekerja di Labuan ).
§ Sebelum ini saya tidak pernah tinggal di rangkaian Tune Hotel jadi pengalaman pertama amat mengejutkan saya. Harga bilik murah je tapi everything kena bayar. Nak ‘on’ tv dalam bilik kena bayar, Air cond, tuala, sabun mandi, semua kena top up duit. Last2 harganya cecah RM100 lebih jugak. Dah lah tidur cuma 4 – 5 jam saja sbb check out awal pagi utk ke Kundasang, rasa tak berbaloi. Ingat nak menumpang di bilik adik malangnya bilik sempit hingga tak ada ruang untuk berjalan.
§ Dari KK kami ke Kundasang yang memakan masa hampir 2 jam. Singgah sebentar sarapan di restoran tepi jalan. Wow sedap Soto nye, ada pilihan soto ayam, daging, perut dsbnya.
§ Dalam perjalanan ke Kundasang, kami menikmati pemandangan yang sungguh indah! Kehijauan, gunung ganang, air terjun dan yang paling best suhu sejuk ( lebih kurang 17 -20 °c.) Teringat masa duduk kat Jepun dulu.
§ Di satu posisi yang strategik saya dapat melihat dengan jelas puncak Gunung Kinabalu yang begitu cantik yang diliputi awan.
§ Sempat juga ambil gambar tapi kurang jelas sebab kabus tebal.
§ Sampai di pekan Kundasang kita boleh nampak deretan gerai yang menjual berbagai jenis buah2an, sayuran dan bunga persis seperti di Cameron Highlands.
§ Oleh kerana saya fasih berbahasa Limbang, dan adik saya fasih berbahasa Labuan, jadi tiada masalah utk berkomunikasi dengan orang Sabah sebab bahasa mereka lebih kurang sama.
§ Sempat singgah di Masjid Kundasang untuk solat zohor. Aduh! sejuk nya air bila ambil wuduk!
§ Selepas membeli sayuran segar, buah2an dan kuih muih, kami terus ke Ranau yang terletak 28 km dari Kundasang.
§ Teringat pulak dengan LINDA NANUWIL bintang AF3 yang berasal dari Ranau. Patutlah kulit Linda putih & gebu, suhu di Ranau sejuk!
§ Di Ranau kami terus ke Poring Hot Spring. Punyelah ramai manusia, hingga nak rendamkan kaki kat kolom air panas tu pun takda ruang.
§ Tiba2 hujan lebat, kami bertempiaran lari mencari tempat berteduh. Sebelum tu sempat juga makan nasi ( beras wangi bukit ) yang dibungkus dalam daun dan di makan dengan ayam kicap & sambal lada putih hati ayam. Sedap nye !!!!
§ Memandangkan hujan tak berhenti kami mengambil keputusan utk balik terus ke KK dan check in di Promenade Hotel & Apartment.
§ Di apartment, kami rasa selesa sbab disediakan bilik yang luas dan dilengkapi dengan dapur.
§ Untuk makan malam kami ke sebuah restoran. Saya memesan makanan laut ; Sup ikan, sayur manis sabah & udang sambal. Bila minta bil, wow mahalnya ! RM 52.00 . Cuma 3 lauk. Kalau di Kuching dalam RM 25.oo je.
§ Saya dapat tahu dari teman2 di Sabah, bahan mentah memang murah seperti udang, ikan, ayam dsbnya, akan tetapi apabila jadi lauk, harganya menjadi mahal. Mungkin dek kerana pelancong kot! Tapi tak pulak berlaku di Kuching.
§ Hari ke-2 saya menghabiskan masa di 1 Borneo Shopping Mall. Apa yang saya tengok tak lah besar sangat kalau nak dibandingkan dgn shopping mall di KL, biasa saja.
§ Selepas itu kami ke City Mall, shopping lagi! Saya beli 3 helai T shirt yang kebetulan sale sampai 70%. Berbaloi juga lah, jauh2 kita datang.
§ Untuk makan malam, kami makan di Restoran Nelayan yg merupakan tempat makan yang eksklusif.
§ Bangunan restoran terapung di tengah tasik. Sesuai dengan nama, Restoran Nelayan menghidangkan makanan laut yang segar.
§ Kita boleh nampak akuarium yang banyak dan besar di sekeliling restoran. Ikan, siput, ketam, lobster & udang, semuanya masih hidup! Kira fresh lah! Saya dapat rasakan tentu mahal harga makanan di sini. Tapi tak kisah lah, sekali sekala! Kalau berkala tu bungkuslah!
§ Kami memesan udang masak telur asin, ketam masak sos, tahu stim, sayur manis Sabah, ikan kerapu goreng berkuah dan siput. Yummy! Sedap giler! Yelah... fresh kan!
§ Sambil makan kami dihiburkan dengan persembahan tarian peribumi Sabah seperti Sumazau, Daling-daling, Buluh dan tarian Singa yg kebetulan hari tu adalah Tahun Baru Cina.
§ Bab pembayaran, tu yang berdebar! Masing-masing meneka berapa ringgit. Rata2 kami bertiga meneka kurang RM 200 atau mungkin RM 200 lebih. Lagipun kami tak order minuman Cuma teh cina yang diberi secara FOC.
§ Dapat bil, mak datok! RM 340.00. Mahalnya…. untuk 3 orang makan! Seperti saya nyatakan di atas tadi kalau di Kuching harganya kurang dari RM 200.00.
§ Saya masih ingat 3 minggu lepas, saya bersama teman sepejabat makan seafood di Kuching, 4 orang dengan 12 jenis lauk termasuk 2 jenis ikan, udang, sayur, ayam, sup, 2 jenis masakan sotong, 2 jenis sayur, Ambal (siput laut ) dan daging rusa. Teka berapa? Cuma RM 155.00 sahaja.
§ Apa-apapun saya tak kisah, nasub baik sedap. Perpatah berkata, alah membeli menang memakan!!!! Sedap sangat!
§ Hari ketiga adik saya balik ke Labuan sebab kena kejar ferry ke Labuan. Flight saya pukul 5.10pm so sempat lagi jalan2 beli buah tangan. Nasib baik saya ada teman baik ,saudara ADAD iaitu Pegawai JPJ yang bertugas di KK. Adad budak Miri. Kita dah kenal lebih dari 15 tahun.
§ Dia membawa saya ke Pasar Besar untuk membeli Kopi Tenom & Belacan Papar. Sedap tau!
§ Makan tengahari di Rainforest Restaurant , saya makan kari ikan… yummy.
§ Lepas makan kami jalan2 di sekeliling bandaraya KK dan pergi ke Look Up Point untuk melihat banadaraya KK dari atas bukit. Cantik sungguh pemandangan KK yang di kelilingi oleh gunung ganang dan menghadap laut yang membiru… sungguh mendamaikan!
§ Selepas tu kami terus ke Airport untuk flight balik ke Kuching pukul 5.10 petang. Terima kasih saya kepada Adad kerana meluangkan waktu cutinya untuk saya.
§ Sampai di Kuching, hujan turun dengan lebat seolah2 mengingatkan saya suasana sejuk di Kundasang & Ranau.
§ Apa yang dapat saya katakana, percutian ini sungguh bermakna walaupun seketika cuma!!! Selamat bertemu kembali KK !
No comments:
Post a Comment