I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 12, 2009

Linda digugur daripada AF7


KUALA LUMPUR - Bakal pengantin baru, Linda Jasmin (gambar) digugurkan daripada senarai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim ke-7 (AF7) yang bermula 7 Mac depan.
Linda sudah sinonim dengan AF apabila menjadi tenaga pengajar rancangan itu sejak ia bermula pada 2003.
Khidmat Linda sebagai Guru Koreografi akan digantikan dengan A. Aris A. Kadir yang juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang tarian dan juga seni teater.
Pengurusan Astro menjelaskan, keputusan itu hanya satu strategi biasa untuk menyuntik pembaharuan.
"Kita bukan buang Linda. Jasanya sudah terlalu banyak dengan AF, tetapi inilah masanya kita mencuba pula orang baru," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul di sini semalam.

Linda pula ketika dihubungi enggan mengulas lanjut pada masa ini kerana sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya.
Selain Aris, dua lagi muka baru dalam AF ialah pelakon Ida Nerina sebagai Guru Seni Persembahan dan Lakonan menggantikan Fauziah Nawi manakala Hashridz Murshim Hassim atau Acis selaku Pengarah Muzik menggantikan Ramli MS.
Pengacara AC Mizal juga kekal, begitu juga Sarimah Ibrahim yang mengacara program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF.

petikan : KOSMO/110209

No comments:

Post a Comment