I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 19, 2009

Chef Rahman ( ADABI ) @ Kuching

Chef kagum dengan pelbagai jenis sayur yang segar dan tidak kedapatan di Semenanjung


Singgah di Gerai Yudi yang menjual pelbagai Kek Lapis Sarawak

Pelanggan sedang memilih Kek Lapis yang pelbagai dengan nama2 yang unik

Chef membeli beberapa biji kek untuk dibawa pulang ke KL

Gerai Yudi terkenal di kalangan pelanggan2 dari Semenanjung Durian Sarawak, lemak & manis

Rambutan pun ada

Buah Dabai yang amat terkenal di Sibu

Langsat Manis Indonesia

Semasa lunch di Serapi Cafe di Bt.7 kami terserempak dgn staff MTPN dan Matic KL.

Kenal tak? Zuhairi (pelakon drama) berbaju hitam

Ex-staff saya Neng & Rizal dari MTPN

Bulan lepas teman baik saya Chef Selebriti iaitu Chef Raman dari ADABI Kuala Lumpur telah berkunjung ke Kuching atas urusan kerja. Kesempatan itu Chef ambil untuk menghubungi saya dan bertemu di hotel beliau.

Untuk pengetahuan, saya telah mengenali Chef sejak dari tahun 1989 lagi iaitu semasa saya melanjutkan pelajaran di Tokyo, Jepun. Semasa itu Chef telah membuka sebuah restoran Malaysia yang dinamakan ONLY MALAYSIA RESTAURANT di bandar Shibuya, Tokyo. Chef telah mempelawa pelajar2 Malaysia termasuk saya untuk bekerja secara 'part time' dengan beliau. Itulah peluang yang amat baik untuk kami sebab kami dapat makan di restoran yang halal.

Sebenarnya sepanjang hidup saya ketika itu, saya tak pernah masuk dapur, jadi apabila dioffer kerja sebagai Cook saya takut jugak! Yelah kita masak ni bukan utk makan sendiri tetapi untuk dimakan pelanggan yang rata2nya masyarakat Jepun dan warga luar ( foreigner ). Saya beranikan jugak & saya terima offer dari chef yang lebih mesra dipanggil Bang Aji.

Bila masok dapur, wah.... byk nya kerja. Pada mulanya saya cuma diajar asas memasak dalam masa seminggu dan lepas tu restoran terus beroperasi. Masa tu saya setakat membantu sahaja tetapi lama kelamaan saya telah diamanahkan untuk memasak sepenuhnya !!! Tak sangka ye rupa-rupanya saya ada bakat dalam masak memasak ni!

Dipendekkan cerita, restoran kami amat maju dan terkenal seantero bumi jepun. Yelah untuk mendapat makanan halal memang susah. Kita import barang semua dari Malaysia seperti serai, daun kari, rempah ratus, daun pisang, belacan dsbnya. Payah kan?? Tapi demi mengharumkan nama Malaysia kami nekad utk bersaing dengan restoran2 halal yg lain.

Paling sibuk apabila ada musim perayaan seperti Hari Raya , kami kena masak untuk 500 orang di Kedutaan Malaysia di Tokyo. Ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa sibuknya kami, cabarannya apabila bahan tidak mencukupi. Kalau dapat dibeli di pasar tak apa juga tetapi kena order di Malaysia. Apabila selesai... lega betul! Yang bestnya masa tu semua rakyat Malaysia akan datang ke kedutaan Malaysia untuk bersama2 menyambut hari raya bersama tak kira kaum malah kami juga menjemput masyarakat Jepun utk sama2 merayakannya.

Setelah lebih 15 tahun meninggalkan Jepun kami masih berhubungan. Seperti Bang aji, yang kini telah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak yg comel; kami sentiasa menghubungi antara satu sama lain sehingga kini.

Berbalik kepada trip bang aji di Kuching, beliau sungguh teruja apabila melihat sayuran segar di Pasar Minggu Satok. Sayur yg dijual jauh berbeza daripada apa yang ada di semenanjung. Mana tidaknya, penduduk Sarawak terdiri dari pelbagai kaum maka makanan pun pelbagai. Macam2 benda pelik yang bang aji tidak pernah lihat! Bang aji sempat membeli kueh lapis dan bahan makanan yang lain.

Walaubagaimanapun, bang aji terkilan sebab tidak dapat bershopping di Serikin iaitu sempadan Sarawak & Indonesia kerana dilanda banjir. Tak pe next trip k.. bang aji.

Masa lunch di Serapi Cafe, kami terserempak dgn staf Matic dari KL dan bekas staff saya di MTPN Sarawak. Langkah kanan, saya dan bang aji dibelanja makan bersama! Terima kasih Neng & Rizal!

6 comments:

  1. Terima kasih Jeff kerana berkongsi cerita dan gambar ni. Memang ditunggu2 sangat! Dapat bayangka Abang Aji excited tengok sayur2 yg pelik2 kat Pasar Satok tu.. Dia tak beli Ikan Terubuk Masin ke?

    ReplyDelete
  2. Mesti le... itu yang utama org semenanjung beli bila turun Kuching. Kak Limah dah merasa ke? U tau le mulut bg aji tu bila tengok sayuran segar & pelek..." Ya Allah jeff... sgar2nya... best nye... kalau bg aji dok kuching bg aji nak duduk kat satok jelah...." komen bg aji. Dia kata rebung sarawak lebih sedap dr kat sana , rasa nya manis, putih & lembut. Tak tau pulak i. Nantilah , kalau kesempatan i akan scan gamba2 kita kat tokyo & buat cerita! Tp x janji lah boleh buat sekarang sbb i sibuk banget dgn tugas seharian.

    ReplyDelete
  3. Ikan terubuk masin dah makan dah.. mmg sedap.. susah nak explain kesedapannya! kat sini ada juga org jual, bawak dari Sarawak katanya.. tapi yg pasti, dah tak berapa segar macam kat Pasar Satok. Banyak lagi ke simpan gambar2 masa kat Tokyo dulu? Akak punya dah tenggelam kat laut.... kapal yg bawak parcel2 masa balik ke sini dulu,karam! macam cerita dongeng la pulak...

    ReplyDelete
  4. Ye ke? Nantilah kalau i turun JB i bawak 4 u k! Kapal karam? Rasa2 I ada dengar tragedi tu. Bertahun dah kes tu kan? Sbb tu lah masa i hantar balik barang i dari tokyo, i hantar batch by batch, so selamatlah. Gambar i byk lagi, malah satu pun tak hilang sbb i simpan baik2. Mahal memori tu.

    ReplyDelete
  5. Alamak.. dah kecur liur ni.. anyway, terima kasih banyak2. Bukan saje barang2 Akak, barang FauziAnna pun sama.. kami berdua tak ada gambar dan barang dari Jepun, semua lupus dalam laut. Pemegang amanah yg Akak lantik pulak, dah buang semua negatif2 gambar yg Akak suruh simpan (siapa lagi kalau bukan si Nizam@Wong sengal tu!). Nasib badan la tu..

    ReplyDelete
  6. Takpe... dah suratan. Mungkin tuhan nak hapuskan segala memori duka masa kat jepun tu. Memori indah sentiasa kat hati kan? Nantilah.. kalau ada kesempatan I akan scan gambar2 kite masa kat tokyo dan tulis cerita sekali ek... tak janji bila lah... wait & see... sabarrrrrrr Si Zah pun dah banyak kali tanya. Sibuklah kak limah... nak belek gambar satu hal..... nak scan lagi satu hal, nak tulis satu hal & nak posting satu hal... hai tak tau le bila.

    ReplyDelete