Hari ini merupakan Hari Kekasih! Hari Kekasih tidak semestinya dirayakan dengan kekasih tetapi juga dengan keluarga, kawan-kawan rapat dsbnya. Walaupun umat Islam tidak dibolehkan untuk merayakannya namun terpulang kepada masing2. Bak kata perpatah orang putih, 'You can like it. You can hate it but You never can ignore it ! '.
Saya memang tidak merayakannya namun kita tidak boleh mengelaknya lebih2 lagi bila kita berada di negara yang terdiri dari berbilang kaum, bangsa dan agama. Apa lagi kalau kita tinggal di luar negara. Kalau nak ikutkan banyak juga budaya barat yang telah kita warisi seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Wanita, Hari Guru, Tahun Baru Masihi dan banyak lagi hari2 istimewa yang tidak pula dipertikaikan. Dalam budaya Melayu bahkan Islam memang semua ini tidak pernah wujud . Hari Jadi umpamanya, saya pasti tak ramai yang celebrate hari jadi mereka mengikut Takwin Islam! Betul tak ? Tapi Hari Mati ( Hol ) pulak yang kita ikut bila nak buat kenduri arwah. Apa-apapun kita sendiri punya pendirian, nak ikut ke tidak terpulanglah
Apa-apapun saya nak kongsikan juga pengalaman2 saya masa zaman 'remaja' dulu. Semasa belajar di ITM Shah Alam tahun 80an sambutan Valentine's Day amat meriah. Bunga2 Ros pelbagai warna dan juga Carnession dijual di merata kampus terutama Fakulti saya, School of Hotel & Tourism Management atau lebih famous dipanggil HOTCAT. As the Hotcat's student bebudak Hotcat sibuk buat Valentine's Dinner di The Mines Cofee House yang terletak di school kami. Pelbagai western dishes disediakan malah valentine's cookies, cakes, dessert semua ada. Ini semua adalah assignment yang pihak HOTCAT bagi kepada students sebagai praktikal training terutama yang mengambil jurusan Hotel & Chef.
Selain itu jualan cenderamata seperti bunga rose & carnession dan gifts yg comel lote! Part ni budak dari School of Art & Design yang terror! Most of budak pompuan kat kampus memakai baju merah, tak kira lah baju kurung ke, t - shirt, kebaya... janji Merah! Meriahkan?
Bila balik asrama ( masa tu saya tinggal di Kolej Delima ) pintu2 saya penuh dilekat dgn bunga ros yg disarung dgn bungkus khas beserta kad ucapan. Actually bukan lah kata saya ni 'play boy' yang byk peminat tetapi yang hantar tu class mates, kakak angkat dan kengkawan yg gile2, saje nak meriahkan suasana... tersenyum jugak bila terkenang memori ITM dulu.
Pengalaman saya di bumi Jepun pulak lagi best! Semua shopping mall akan decorate bangunan mereka dgn tema Valentine's Day! Jepun yg terkenal dgn kreativiti mereka berani mencuba warna2 yang selain merah seperti 'pink' dan 'purple'. Wah cantik sungguh! Hampir semua kedai membuat dekorasi Valentine. Bila hari Valentine kita boleh lihat semua restoran penuh, even taman-taman bunga , taman tema seperti Tokyo Disneyland dsbnya semuanya dipenuhi pasangan tak kira tua atau muda! Terasa satu pesta pulak! Bandar besar Shinjuku, Shibuya, Harajuku, Ginza memang tempat yang paling 'happening' di Tokyo.
Masa tu saya secara tidak langsung pun terlibat sama tau! Paham2 jelah... kita kat 'overseas' dipanggil 'foreigner' tentu saham tinggi. Ramai juga yg saje suka2 offer kita pergi candle light dinner walaupun kita bukan pasangan kekasih. Sepanjang beberapa tahun di sana peristiwa yang paling saya tak lupa ialah bila saya 'date' dengan gadis dari Samoa!!! Jeng jeng jeng!
Actually bukan saya yang ajak, dia yang ajak. Dia sebenarnya my ex-class mate masa mula-mula saya belajar di Bunka Institute of Language di Shinjuku, Tokyo. Namanya Fiona Muava, comel orangnya dari Samoa. Tau tak Samoa kat mana? Area-area kat Fuji Island and New Zealand. Muka sebijik macam melayu! Kulitpun sawo matang. Lepas kita berpisah di kolej Bunka masing2 melanjutkan pelajaran ke Kolej masing2. Saya still stay kat Tokyo tapi Fiona ke Osaka. Dia mengambil jurusan Beautician.
Dipendekkan cerita, Fiona call saya dan ajak keluar makan malam. Yang bestnya sebelum dinner kami berdua pergi melihat konsert live Superstar Michael Jackson di Tokyo Dome. Wow bestnye!!! Tak sangka boleh tengok Michael Jackson secara live! Masa tu lagu 'Beat it' tengah melatop! Syok giler tengok mike menari.
Lepas konsert kita pergi candle light dinner. Tau tak apa saya dapat?? Fiona bagi saya kain bermotif abstrak mengikut corak tradisional bangsa Somoa yang dibawa khas dari Samoa. Cantikkkk! Tau tak, sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan. Yg lucunya saya tak bagi apa2 pun... yelah... tak terfikir pulak nak bagi apa2 ( lagi pun masa tu student lagi... mana ada duit! hehehe ). Sayang sekali saya tak sempat nak scan gambar kita pergi date tu... nak cari gambar yang dah berkurun tu satu hal.... tengoklah nanti. Akan saya usahakan. Sejak saya balik ke tanahair, sampai sekarang kami tidak pernah berhubungan.
Itulah cerita romantik yang sempat saya kongsikan pada pembaca semua. Saya pasti saudara semua pasti ada memori indah masing2 yang tidak akan luput sampai bila2.... Akhir sekali saya ucapkan Selamat Hari Kekasih kepada kawan-kawan yang merayakannya.... bahagiakanlah orang-orang yang anda sayang dengan curahankan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke akhir hayat........... Kita sebagai umat Islam, Hari Kekasih adalah setiap hari yakni setiap 5 kali sehari... jangan lupa tu! Itulah kasih sayang yang kekal hingga ke akhirat!
Jef I pun ada kenangan di ITM
ReplyDeleteSo share le story tu dlm blog u... seronok kan ! teringat cite dolu dolu!
ReplyDelete