INI lagi satu berita hangat yang Papa terima minggu lalu. Sekarang ini bukankah orang tengah sibuk bercakap pasal Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang akan memulakan siarannya tidak berapa lama lagi.
Antara perbincangannya ialah mengenai kerusi panas yang sering ditunggu-tunggu setiap tahun iaitu siapakah yang bakal menjadi pengetua AF.
Sejak kebelakangan ini, nama Datuk Sheila Majid yang menjadi sebutan di kalangan media dan peminat hanya kerana suaminya, Acis dilantik menjadi pengarah muzik untuk musim ini.
Namun begitu, sumber Papa memberitahu, Sheila kemungkinan besar tidak akan menerima tawaran itu atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Selepas daripada itu, beberapa nama lagi singgah di telinga Papa dan di antaranya adalah Datin Seri Tiara Jacquelina, Ramli M.S, Aznil Nawawi dan juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.
Namun, nama yang satu ini cukup menarik perhatian Papa apabila dia juga menjadi sebutan sebagai calon pengetua AF7. Orang yang dimaksudkan adalah orang kuat KRU Studios iaitu Norman Abdul Halim.
Apa yang menguatkan lagi alasan Norman dipilih adalah apabila sumber Papa memberitahu pihak Astro sudah pun memilih pengetua AF7 yang merupakan seorang lelaki.
Adakah ini bermaksud Norman akan menerajui AF7 kali ini? Kalau Norman dipilih sekali pun, Papa rasa bukan satu masalah kerana Norman apa yang Papa tahu memang bijak dalam hala tuju seorang artis itu.
Lihatlah bagaimana dia dan adik-beradiknya membentuk Adam AF2 dan Dafi AF5 menjadi seorang penyanyi yang dikenali dengan imejnya yang tersendiri.
Papa sendiri tidak sabar untuk menunggu siapakah yang akan menjadi pengetua AF7? Apa-apa pun, sama-samalah kita tunggu nanti ya.
** gambar: budiey.com ,TQ
No comments:
Post a Comment