Cinta antara Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah disatukan pada petang Sabtu lalu (8 November) di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta sekitar jam 4 petang Sabtu lalu dengan mas kahwin berbentuk anting-anting berlian seberat 1.5 karat serta 25 dulang hantaran.
Dengan sekali lafaz saja, Ashraf yang mengenakan baju rekaan Brutus, sah menjadi suami yang sah kepada Bunga yang anggun mengenakan baju rekaan Anna Avantie.Pada majlis pernikahan tersebut, dengan sekali lafaz, Ashraf sah menjadi suami Bunga sambil disaksikan hampir 50 orang rombongan daripada pihak lelaki. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pejabat Agama kawasan Tanah Abang, Ashras Syahroni.
Anting-anting bertatahkan berlian 1.5 karat dipilih sebagai mas kahwin selain 25 dulang hantaran. Memilih Kepulauan Maldives sebagai lokasi berbulan madu mereka, Ashraf mengharapkan agar perkahwinan ini melenyapkan segala gosip liar berkaitan mereka sebelum ini. Di majlis pernikahan tersebut busana Minang rekaan Brutus dan Anne Avantie bagi Ashraff dan Bunga telah dipilih.
Sehari selepas itu majlis resepsi pihak perempuan berlangsung di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta menyaksikan Bunga tampil menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu bersama Ari Lasso tanda kasih dan cintanya kepada Ashraf.
Malah Afgan, Vina Panduwinata dan Krisdayanti juga hadir menghiburkan khalayak.Demi membuktikan perasaan cintanya yang sebenar, artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari Sinclair akan menyampaikan sebuah lagu berjudul Aku Dan Dirimu yang menampilkan Ari Lasso buat suami tercinta, Ashraf Daniel Sinclair. Disampaikan dalam majlis persandingan mereka menggunakan konsep adat Minang di Grand Ballrom Hotel Sultan, Jakarta.Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 14 November ini di The Saujana Kuala Lumpur dan 15 November di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.
“Saya sangat gembira dengan apa yang telah terjadi dan syukur ke hadrat Ilahi akhirnya semuanya berlangsung dengan baik. Saya amat berharap agar perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” jelas aktor tampan berusia 29 tahun ini selepas majlis pernikahannya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Hits.Menyingkap kisah cinta mereka, terang pelakon Gol & Gincu ini, bukanlah seindah biasa.Ini kerana, kisah percintaan mereka pernah dilanda kontroversi apabila gambar-gambar percutian mereka berdua sedang bercumbuan pernah diedarkan di Internet sekitar Ogos tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu pelbagai lagi spekulasi melingkari perjalanan cinta mereka sehinggakan Ashraf hampir lelah dengan percintaan tersebut.Namun seperti yang telah tertulis, akhirnya cinta mereka berdiri teguh dengan restu Ilahi.
petikan : http://www.budiey.com/
No comments:
Post a Comment