I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 14, 2008

Padah Mulut Celupar di Mekah

BELIAU berusia 82 tahun. Namun, tenaganya sepanjang mengunjungi Tanah Suci Makkah dan Madinah, baru-baru ini cukup menakjubkan.Malah, sepanjang di Makkah, Abdullah Nordin mampu melakukan empat kali ibadah umrah. Pergerakan pantas ketika tawaf mengelilingi kaabah dan sae'i.

Malah, anggota rombongan lain panik selepas dia hilang dalam 'lautan manusia' ketika tawaf menyebabkan mereka berusaha mencarinya.Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Abdullah ditemui anak perempuannya sedang berehat berseorangan dalam Masjidil Haram.Abdullah ketika itu sudah selesai bertawaf dan melakukan sae'i tetapi tidak dapat mencari jalan keluar daripada Masjidil Haram ke hotel.Mengikut mutawif yang menjaga rombongan HPA Ilham Holidays, ustaz Khairul Anuar Ahmad, bukannya semua orang ditakdirkan menjadi tetamu Allah di Makkah."Kadang kala kita melihat orang kaya dan berwang tetapi tidak sempat menjadi tetamu Allah."Begitu juga ada yang sehingga penerbangan ditetapkan pada sekian hari tetapi terpaksa dibatalkan berikutan masalah visa," katanya.Mereka yang menjadi tetamu Allah di
Masjidil Haram amat bertuah kerana ibadat yang dilakukan menyamai 100,000 pahala berbanding di tempat lain.Malah, pahalanya jauh lebih besar daripada beribadat di Masjid Nabawi atau Masjid Nabi di Madinah yang bersamaan 10,000 pahala berbanding di tempat lain."Di Tanah Suci ini banyak tempat mustajab doa. Justeru, berhati-hati apabila melakukan sesuatu atau berbual-bual kosong di Tanah Suci."Saya pernah membawa satu rombongan dan salah seorang jemaah bersungguh-sungguh untuk meninggal dunia di Makkah."Dengan kuasa Allah, lelaki itu meninggal dunia di dalam bas ketika rombongan berangkat dari Makkah ke Madinah," katanya.Malah, ada jemaah yang menjadi baik dan sebaliknya apabila tiba di Makkah."Pernah seorang lelaki yang bertongkat dan berkerusi roda tetapi apabila tiba di Makkah, dia boleh tawaf dan sae'i tanpa tongkat atau kerusi roda."Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang untuk pulang, dia tidak dapat berjalan semula."Ada juga jemaah yang tiba di Makkah berubah niat daripada beribadat kepada melancong atau membeli-belah, semuanya kuasa Allah," katanya.
Di Makkah, penulis melawat tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Thur yang menjadi tempat Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi daripada dibunuh orang Quraisy.Kami turut melawat Padang Arafah dan Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas terpisah sebaik diusir dari syurga.Lawatan ke Masjid Hudaibiah mengingatkan sejarah tempat mesyuarat pendamaian antara Rasulullah dan pemimpin Quraisy.Tempat terakhir dilawati di Makkah ialah di Muzium Dua Masjid Suci yang menyimpan pelbagai kisah dan perkembangan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.Di Madinah pula, tarikan utama pastinya Masjid Nabawi yang tersergam indah kerana selain makan Rasulullah, Abu Bakar dan Umar al-Khatab di bawah kubah hijau yang juga kubah asal, pelbagai aspek lain berkaitan Rasulullah juga terdapat di situ.Antaranya ialah satu ruang antara makam Rasulullah dan mimbar asal Masjid Nabawi dinamakan Raudah atau Taman Syurga. Mengikut sejarah, Raudah adalah halaman rumah Rasulullah.Selain itu, terdapat juga tiang wangi yang menjadi kegemaran Rasulullah untuk bersandar.Di luar masjid ini pula, terdapat satu perkuburan cukup luas dikenali Perkuburan Baqi' yang menempatkan sembilan daripada isteri Rasulullah termasuk Saidinatina Aishah.Kami turut dibawa ke Bukit Uhud yang terletak Makam Saidina Hamzah, antara 70 syuhada Peperangan Uhud. Lawatan diteruskan ke Masjid Qiblatain yang terdapat dua Mihrab dengan menghala ke Kaabah satu lagi menghala ke Masjid al-Aqsa, sebelum ke Masjid Khandak yang terkenal kerana Rasulullah berdoa selama tiga hari di masjid ini ketika Peperangan Khandak.Kunjungan kemudian menghala ke sebuah ladang kurma. Pastinya, Tamar Ajwah atau kurma Nabi paling istimewa kerana asal usulnya ditanam oleh Rasulullah.Lawatan terakhir ialah ke kilang pencetakan al-Quran di Madinah yang juga mengeluarkan kira-kira 30 juta al-Quran setahun dalam 30 bahasa, termasuk Bahasa Melayu.
petikan :Hmetro/141108

No comments:

Post a Comment