Lagu FRIEND dari kumpulan Anzen Chitai merupakan lagu yang meletup di Jepun sekitar tahun 80an. Semasa saya mula menjejakkan kaki di Tokyo tahun 1988, lagu ini lah yang mula-mula saya dengar dan terus melekat di minda saya hingga ke hari ini. Lagu Kanashi mini sayonara juga menjadi siulan anak muda masa itu, termasuklah saya yang ketika itu berumur 21 tahun.
Kumpulan anak muda ini telah menjadi kegilaan remaja di Jepun pada masa itu. Saya hafal lagu ini dan semestinya apabila ada sesi karaoke di majlis, saya akan membawa lagu ini. Banyak lagi lagu2 yang sedap dan saya akan cuba mencarinya di youtube dan berkongsi dengan anda semua. Selamat mendengar.
No comments:
Post a Comment