Majlis Khatamal Quran Beramai-ramai telah diadakan pada tanggal 22 November ’08 lepas yang bertempat di Dewan Masyarakat Sarikei. Program Khatam beramai-ramai seperti ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Abang Hj. Matahir di Sarikei. Seminggu sebelum majlis tersebut, para peserta telah menghadiri kursus untuk memperhalusi bacaan daripada guru-gura KAFA yang dilantik khas olah ahli jawantankuasa majlis.
Untuk tahun ini, anak saya Mohd.Daniel Haqeem dan anak saudara saya iaitu Norazwan Azmi berkesempatan untuk turut serta dalam program ini. Bagi Daniel , ini adalah majlis Khatam yang ke 3 yang dia sertai.
Malam sebelum majlis berlangsung, kami sekeluarga begitu sibuk menyediakan bunga telor dan pulut kuning untuk diagih-agihkan kepada tetamu sebagai cendera hati. Di Sarawak, apabila seseorang pelajar telah khatam, mereka akan memberi hadiah yang dinamakan SEMPERIT kepada guru Al Quran mereka. SEMPERIT ini terdiri daripada dulang yang dihias indah, pulut kuning, telor dan juga bendera. Ini adalah tradisi masyarakat Melayu Sarawak yang diamalkan berkurun yang lalu. Saya dan bonda merupakan guru mengaji Daniel. Sebenarnya beliau telah khatam sejak dari Tahun 2 lagi. Untuk menghalusi bacaan untuk majlis khatam ini Ustazah Hajjah Aluyah telah dilantik untuk menjadi guru kepada daniel dan peserta yang lain. Oleh itu, SEMPERIT akan dihadiahkan kepada beliau.
Majlis bermula seawal jam 7.oo pagi di mana semua peserta yang seramai 50 orang berkumpul di Masjid Bahagian Sarikei. Setelah taklimat, mereka telah diarak ke Dewan Masyarakat dengan paluan kompang dan bunga manggar. Sungguh meriah sekali. Setelah ahli kumpulan Zikir menamatkan bacaan, semua peserta membaca Surah Wadduha secara beramai-ramai diikuti dengan bacaan peserta secara bergilir-gilir. Syukur alhamdulillah Daniel & Azwan membaca dengan lancar .
Setelah semua peserta habis membaca, majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh Guru Besar SK Abg. Hj. Matahir; En.Zainalabidin Hj.Tajuddin selaku Pengerusi dan Pengelola majlis , diikuti pula oleh Ustaz Awang Norizal Hj.Awg.Kenit selaku wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Sarikei. Dan akhir sekali ucapan peuntup disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah, En. Abg. Furqan Abg.Budiman dan seterusnya melakukan istiadat menepung tawar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.
Selepas peserta menikmati jamuan, mereka dipertemukan dengan Guru Al Quran masing-masing untuk menyerahkan SEMPERIT dan sesi fotografi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya harap majlis seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila di masa akan datang.
Kepada pembaca blog yang mempunyai anak-anak, hantarlah anak-anak saudara mengaji Al Quran sedari kecil agar lidah mereka lembut, dan dapat membaca dengan betul. Di zaman ini jarang sekali kita melihat anak-anak muda yang berumur 10 tahun kebawah yang dapat menamatkan Al Quran, tidak seperti tahun-tahun 60an – 80an... dimana mereka dapat khatam Al Quran seawal umur 5 ke 6 tahun. Apa-apapun sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita berminat untuk mengaji dan mendalami Al Quran. Amin.

Ustazah sedang memberi taklimat. Bersiap untuk ke dewan tempat majlis di adakan.
Bunga Telur untuk cenderahati
Pulut kuning untuk diagihkan kepada tetamu.
Telor Emas untuk membuat SEMPERIT
SEMPERIT yang siap digubah indah
Bergambar kenangan di hadapan Masjid Sarikei
Bunga Manggar yg berwarni-warni memeriahkan suasana
Para Peserta diarak dari Masjid ke dewan
Kumpulan Zikir memulakan majlis
Daniel menunggu giliran utk ke pentas
Peserta berdiri tanda hormat kepada tetamuBarisan peserta lelaki
Barisan peserta perempuan berbaju "glamour"
Azwan menjadi peserta pertama
Daniel, peserta ke-14 memperdengarkan bacaannya
Daniel & Azwan menerima sijil, Al Quran & rehal dari Tuan D.O.
No comments:
Post a Comment