I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 08, 2008

Caruman KWSP dikurang 3% Januari

Oleh Hasnurul Mohamed
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus akan dibuat secara automatik mulai gaji Januari depan. Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, potongan gaji secara automatik yang dikurangkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus itu dilaksanakan selama dua tahun. ‘‘Langkah itu bagi memudahkan ahli dan melancarkan pelaksanaan pengurangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat mengumumkan kerajaan kan membenarkan para pekerja mengurangkan kadar caruman KWSP mereka sebanyak tiga peratus Julai Januari depan. Menurut Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri, langkah itu bertujuan menambah pendapatan boleh guna pekerja. Ketika ini, caruman majikan kepada KWSP adalah sebanyak 12 peratus manakala caruman pekerja pula 11 peratus. Nik Affendi menjelaskan, ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL). Jelasnya, borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Sehubungan itu, katanya, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru kepada pencarum. ‘‘Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dan Borang KWSP 17A (AHL) dari mana-mana cawangan KWSP. ‘‘Kaedah lain, mereka boleh memuat turun daripada laman web myEPF di www.kswp.gov.my mulai 1 Disember ini,’’ katanya.Sementara itu, menurut sumber pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pendapatan daripada pengurangan caruman tiga peratus itu tidak akan dikenakan potongan cukai.

No comments:

Post a Comment