Saiful sihat dan segar bugar. Berita yang kata dia tak sihat dan mengidap sakit kelamin tu adalah tak benar dan fitnah. Semoga yang benar akan tampak jelas pada manusia yang hatinya telah digelapkan dengan barang material yang mendustakan.
Desas-desus mengenai dakwaan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sakit sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab semalam.
Mohd. Saiful, 23, menyangkal tohmahan yang dibuat ke atas dirinya seperti yang tersebar dalam laman web serta khabar angin yang menyatakan dirinya terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin serta meninggal dunia baru-baru ini.
“Itu semua tidak benar dan merupakan fitnah serta satu pembohongan besar yang direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya ingin tegaskan keadaan kesihatan saya sangat baik tidak seperti yang difitnahkan dan sentiasa berdoa kehadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.
Beliau dilihat hadir ke pejabat Jawi kira-kira pukul 11 pagi semalam sambil ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim serta peguam, Zamri Idris. Mohd. Saiful memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok kemudian dilihat memasuki pejabat Jawi sebelum keluar dan mengadakan sidang akhbar. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan kehadirannya ke pejabat itu, sebaliknya hanya ingin menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan selama ini.
Dan ini pula laporan dari Mstaronline:
Selepas lebih dua bulan mendiamkan diri, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dirinya selama ini terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin.
Di dalam kenyataan media yang dibaca oleh Saiful di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, dia menganggap tohmahan itu adalah satu fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat terhadap diri saya yang tersebar di laman-laman web serta cakap-cakap yang mengatakan kononnya saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan menghidap penyakit kelamin hingga ke tahap saya telah meninggal dunia. Itu semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Saiful.
Tambahnya, dia kini berada di dalam keadaan yang baik dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak terbabit.
“Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya sentiasa berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan. Saya masih berehat dan menenangkan fikiran dari kekusutan yang berlaku. Saya juga mengurangkan masa membuka laman web bagi mengelakkan stres,” katanya apabila menjawab sebab dia tidak mengemaskini blognya.
Diaju tentang bila dia akan berkahwin dengan tunangnya, Janna Shariza Mohd. Zaki, kata Saiful: “Tengoklah kalau ada jodoh.”
Saiful keluar membacakan kenyataan itu setelah 25 minit berada di dalam pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan JAWI, namun kembali semula menuju ke pejabat tersebut selepas itu. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kehadirannya di situ pagi ini.
“Saya tidak akan mengulas lanjut tujuan saya ke sini. Hanya perbincangan dengan pegawai dan ia tiada kaitan dengan isu qazaf,” katanya. Dia juga enggan memberi komen berhubung ura-ura mengatakan dia sedang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.
Katanya, dia juga sudah bersedia untuk menunggu hari perbicaraan kes liwat itu nanti walaupun berasa sedikit kecewa dengan kelewatan tarikh perbicaraan itu.
“Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk memberi keterangan dan menegakkan kebenaran pada hari perbicaraan itu nanti,” katanya.
Terdahulu, Saiful dilihat tiba di JAWI pada jam 11.10 pagi dengan dikawal rapi oleh tiga lelaki. Turut hadir mengiringi Saiful ialah bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus. Menurut sumber yang memberitahu mStar Online semalam, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu. Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.
Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos. Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit. Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.
Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI pagi ini mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.
“Saiful perlu hadir di JAWI esok (hari ini). Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu.

No comments:
Post a Comment