I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 30, 2008

Kaki Kikis ?




Oleh Serimah Mohd Sallehuddin / Bharian / 271108

Saat majlis pernikahan mereka semakin hampir pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap Ekin, buah hati pengarang jantung Bintang Paling Popular, MawiSEHINGGA ke saat ini, tohmahan masih lagi terus menghujani pasangan sensasi Mawi dan Ekin. Seolah-olah ada yang bagaikan kurang senang dengan kebahagiaan yang sedang dikecapi pasangan ini walaupun tinggal kurang sebulan lagi mereka bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Ada riak terkejut di wajah wanita yang dicintai Mawi ini tatkala tohmahan yang kali ini mengaitkan keluarganya diajukan. Kononnya Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Ashikin Rahmat, 29, mengikis harta Mawi sehingga bakal suaminya itu membelikan sebuah rumah jenis teres untuk bakal ibu mentuanya dan kereta mewah jenama Alphard untuk bapanya. Dalam nada terkejut, sempat dia menghela nafas panjang sambil mengucapkan kesyukuran kerana dirinya terus dilemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Alhamdulillah teruslah mengata saya: Ekin pasrah kerana baginya semakin banyak orang mengata semakin murah pula rezekinya
EKIN membantu bakal suaminya memilih sut yang sesuai.
“Tak apalah. Alhamdulillah teruslah mengata saya. Lagi banyak orang mengata semakin murah pula rezeki saya. Kasihan mak kita, macam sengkek sangat sampai tak mampu beli rumah sendiri,” kata Ekin yang kecewa kerana kali ini ibu bapanya pula turut dikaitkan. Ekin menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan dia dan keluarganya ingin mempergunakan dan mengikis harta Mawi. Kata Ekin menegakkan kebenaran, rumah teres di Taman Impian Mas, Johor Bahru itu dibeli hasil titik peluhnya bersama Aien dan bapanya yang mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dakwaan Mawi membelikan bapanya kereta mewah jenama Alphard juga kata Ekin adalah tidak benar. Sebaliknya, bapanya hanya menggunakan kereta Myvi, malah bapanya tidak pernah meminjam mahupun menaiki kereta berkenaan.
PEMILIKI Lord's Tailor, Robert Loh dan isteri, Loh Lee memadankan baju yang sesuai untuk Mawi bagi majlis persandingannya.
“Alphard memang ada tetapi itu kereta Mawi. Bapa saya hanya pakai Myvi saja dan dia selesa dengan kereta itu setakat ini. Saya semakin lali dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan pada saya. Sekarang ini kalau orang nak cakap apa saja, saya terima. “Saya tahu orang sukar menerima apa saja yang saya lakukan. Bagi saya, yang penting saya tidak menyakitkan hati mereka dan tidak kacau periuk nasi mereka,” katanya yang bakal membuka butik pakaian Muslimah di bawah syarikat Mawi World Sdn Bhd tidak lama lagi. Pasangan itu ditemui ketika mengedarkan kad perkahwinan di Balai Berita baru-baru ini. Tampil dengan pakaian sedondon warna kuning air lengan panjang, pasangan itu berkata mereka mengedarkan kad perkahwinan dari rona hijau untuk majlis di sebelah pihak pengantin perempuan dan biru gelap di pihak Mawi kepada media cetak dan elektronik serta saudara mara juga sahabat handai bermula minggu ini. Majlis hebat, gah untuk balas jasa peminat BERCERITA mengenai persiapan kahwin pula, pasangan yang memilih Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru untuk diijabkabulkan tanggal 20 Disember nanti berkata, mereka masih lagi sibuk membuat persiapan terakhir. Sebanyak 75 peratus persiapan di rumah keluarga Ekin sudah pun dilakukan sementara di sebelah pihak Mawi pula baru saja mencecah 50 peratus. Walaupun riak wajah penyanyi yang juga Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali berturut-turut itu tampak selamba, namun dedah Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent, Norliza Illias, Mawi adalah orang yang paling risau mengenai kelancaran majlis itu nanti. Dari sebesar-besar perkara hinggalah kepada tugas memotong bawang, semuanya dirisaukan jejaka itu. Semuanya kerana memikirkan majlis perkahwinannya hanya diuruskan kakak dan adiknya saja. Bukan tidak kisah kata Liza, tetapi terlalu banyak majlis dilakukan dalam waktu terdekat menyebabkan Mawi sedikit keliru dan pening tetapi sebenarnya jejaka yang berjaya singgah di hati Ekin itu tidak sabar untuk melangkah ke dunia baru nan serba indah itu. Mungkin majlis perkahwinan mereka nanti bakal menjadi Wedding Of The Year lantaran tiga majlis akan diadakan sekali gus dalam tiga konsep berbeza iaitu pada 20 Disember, diikuti 28 Disember dan 11 Januari yang dikhaskan untuk VVIP. Lantaran tiga majlis yang berbeza, ada yang mula melabelkan si Raja SMS ini berhabis-habisan menyambut kehadiran suri hatinya. Perkara yang menjadi persoalan ialah helikopter yang bakal dinaiki dari Johor Bahru hingga ke Felda Taib Andak. Mawi tidak pernah melenting dengan kata-kata orang. Gelaran selebriti menuntutnya untuk mengadakan majlis sedikit gah, bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ia dilakukan demi peminat juga. “Kami tidak terfikir hendak mengadakan majlis hebat. Hanya yang terlintas di fikiran saya sekadar untuk menghargai orang yang banyak menolong menaikkan kerjaya dan mereka yang banyak bekerjasama dengan saya. Lagipun peminat banyak berkorban untuk saya sepanjang tiga tahun dalam industri ini, jadi apalah salahnya saya pula berkorban untuk mereka. “Helikopter itu sebenarnya langsung tidak termasuk dalam rancangan perkahwinan kami tetapi ia adalah tajaan seorang teman baik. Dia tidak tahu hadiah apa yang ingin diberikan lalu menawarkan khidmat helikopter selama 10 minit dari Johor Bahru ke tempat saya. “Tidak ada apa yang hendak dibanggakan, ini bukanlah kali pertama saya menaiki helikopter di kampung halaman saya. Sebelum ini saya pernah menaiki helikopter untuk menghadiri persembahan mengejut di Kelantan, jadi orang kampung saya sudah tidak hairan lagi,” katanya. Bertuahnya badan apabila bergelar selebriti, ramai pihak yang bermurah hati untuk menaja. Apatah lagi dengan statusnya sebagai penyanyi lelaki nombor satu negara. Selain sahabat yang sudi menaja helikopter, Mawi juga bakal ditaja Lord’s Tailor yang akan menaja sehelai sut untuk digayakan pada majlis memotong pulut kuning di rumah pengantin perempuan nanti. Pengarah Pasaran dan Jualan Lord’s Tailor, Loh Lee Lee berkata, mereka sut buat seorang selebriti lebih menyeronokkan kerana dia bebas bereksplorasi terutama bab warna. Tidak perlu terikat dengan protokol. Katanya, untuk acara memotong pulut kuning nanti, sehelai sut dari rona krim dan keemasan dipilih untuk juara Akademi Fantasia musim ketiga itu. Dia yang pernah beberapa kali menaja untuk Mawi juga bakal menaja sepasang kasut dari rona keemasan untuk dipadankan bersama
sut itu nanti.

Saturday, November 29, 2008

Mohd. Saiful Bukhari Azlan Jatuh Sakit, Lumpuh, Penyakit Kelamin Adalah Fitnah


Saiful sihat dan segar bugar. Berita yang kata dia tak sihat dan mengidap sakit kelamin tu adalah tak benar dan fitnah. Semoga yang benar akan tampak jelas pada manusia yang hatinya telah digelapkan dengan barang material yang mendustakan.
Desas-desus mengenai dakwaan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sakit sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab semalam.
Mohd. Saiful, 23, menyangkal tohmahan yang dibuat ke atas dirinya seperti yang tersebar dalam laman web serta khabar angin yang menyatakan dirinya terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin serta meninggal dunia baru-baru ini.
“Itu semua tidak benar dan merupakan fitnah serta satu pembohongan besar yang direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya ingin tegaskan keadaan kesihatan saya sangat baik tidak seperti yang difitnahkan dan sentiasa berdoa kehadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.
Beliau dilihat hadir ke pejabat Jawi kira-kira pukul 11 pagi semalam sambil ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim serta peguam, Zamri Idris. Mohd. Saiful memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok kemudian dilihat memasuki pejabat Jawi sebelum keluar dan mengadakan sidang akhbar. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan kehadirannya ke pejabat itu, sebaliknya hanya ingin menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan selama ini.
Dan ini pula laporan dari
Mstaronline:
Selepas lebih dua bulan mendiamkan diri, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dirinya selama ini terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin.
Di dalam kenyataan media yang dibaca oleh Saiful di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, dia menganggap tohmahan itu adalah satu fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat terhadap diri saya yang tersebar di laman-laman web serta cakap-cakap yang mengatakan kononnya saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan menghidap penyakit kelamin hingga ke tahap saya telah meninggal dunia. Itu semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Saiful.
Tambahnya, dia kini berada di dalam keadaan yang baik dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak terbabit.
“Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya sentiasa berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan. Saya masih berehat dan menenangkan fikiran dari kekusutan yang berlaku. Saya juga mengurangkan masa membuka laman web bagi mengelakkan stres,” katanya apabila menjawab sebab dia tidak mengemaskini blognya.
Diaju tentang bila dia akan berkahwin dengan tunangnya, Janna Shariza Mohd. Zaki, kata Saiful: “Tengoklah kalau ada jodoh.”
Saiful keluar membacakan kenyataan itu setelah 25 minit berada di dalam pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan JAWI, namun kembali semula menuju ke pejabat tersebut selepas itu. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kehadirannya di situ pagi ini.
“Saya tidak akan mengulas lanjut tujuan saya ke sini. Hanya perbincangan dengan pegawai dan ia tiada kaitan dengan isu qazaf,” katanya. Dia juga enggan memberi komen berhubung ura-ura mengatakan dia sedang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.
Katanya, dia juga sudah bersedia untuk menunggu hari perbicaraan kes liwat itu nanti walaupun berasa sedikit kecewa dengan kelewatan tarikh perbicaraan itu.
“Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk memberi keterangan dan menegakkan kebenaran pada hari perbicaraan itu nanti,” katanya.
Terdahulu, Saiful dilihat tiba di JAWI pada jam 11.10 pagi dengan dikawal rapi oleh tiga lelaki. Turut hadir mengiringi Saiful ialah bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus. Menurut sumber yang memberitahu mStar Online semalam, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu. Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.
Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos. Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit. Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.
Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI pagi ini mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.
“Saiful perlu hadir di JAWI esok (hari ini). Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu.

Friday, November 28, 2008

Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Thursday, November 27, 2008

Majlis Khatamal Quran @ Sarikei


Majlis Khatamal Quran Beramai-ramai telah diadakan pada tanggal 22 November ’08 lepas yang bertempat di Dewan Masyarakat Sarikei. Program Khatam beramai-ramai seperti ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Abang Hj. Matahir di Sarikei. Seminggu sebelum majlis tersebut, para peserta telah menghadiri kursus untuk memperhalusi bacaan daripada guru-gura KAFA yang dilantik khas olah ahli jawantankuasa majlis.

Untuk tahun ini, anak saya Mohd.Daniel Haqeem dan anak saudara saya iaitu Norazwan Azmi berkesempatan untuk turut serta dalam program ini. Bagi Daniel , ini adalah majlis Khatam yang ke 3 yang dia sertai.

Malam sebelum majlis berlangsung, kami sekeluarga begitu sibuk menyediakan bunga telor dan pulut kuning untuk diagih-agihkan kepada tetamu sebagai cendera hati. Di Sarawak, apabila seseorang pelajar telah khatam, mereka akan memberi hadiah yang dinamakan SEMPERIT kepada guru Al Quran mereka. SEMPERIT ini terdiri daripada dulang yang dihias indah, pulut kuning, telor dan juga bendera. Ini adalah tradisi masyarakat Melayu Sarawak yang diamalkan berkurun yang lalu. Saya dan bonda merupakan guru mengaji Daniel. Sebenarnya beliau telah khatam sejak dari Tahun 2 lagi. Untuk menghalusi bacaan untuk majlis khatam ini Ustazah Hajjah Aluyah telah dilantik untuk menjadi guru kepada daniel dan peserta yang lain. Oleh itu, SEMPERIT akan dihadiahkan kepada beliau.

Majlis bermula seawal jam 7.oo pagi di mana semua peserta yang seramai 50 orang berkumpul di Masjid Bahagian Sarikei. Setelah taklimat, mereka telah diarak ke Dewan Masyarakat dengan paluan kompang dan bunga manggar. Sungguh meriah sekali. Setelah ahli kumpulan Zikir menamatkan bacaan, semua peserta membaca Surah Wadduha secara beramai-ramai diikuti dengan bacaan peserta secara bergilir-gilir. Syukur alhamdulillah Daniel & Azwan membaca dengan lancar .

Setelah semua peserta habis membaca, majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh Guru Besar SK Abg. Hj. Matahir; En.Zainalabidin Hj.Tajuddin selaku Pengerusi dan Pengelola majlis , diikuti pula oleh Ustaz Awang Norizal Hj.Awg.Kenit selaku wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Sarikei. Dan akhir sekali ucapan peuntup disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah, En. Abg. Furqan Abg.Budiman dan seterusnya melakukan istiadat menepung tawar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.

Selepas peserta menikmati jamuan, mereka dipertemukan dengan Guru Al Quran masing-masing untuk menyerahkan SEMPERIT dan sesi fotografi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya harap majlis seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila di masa akan datang.

Kepada pembaca blog yang mempunyai anak-anak, hantarlah anak-anak saudara mengaji Al Quran sedari kecil agar lidah mereka lembut, dan dapat membaca dengan betul. Di zaman ini jarang sekali kita melihat anak-anak muda yang berumur 10 tahun kebawah yang dapat menamatkan Al Quran, tidak seperti tahun-tahun 60an – 80an... dimana mereka dapat khatam Al Quran seawal umur 5 ke 6 tahun. Apa-apapun sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita berminat untuk mengaji dan mendalami Al Quran. Amin.


Sesi rehearsal sebelum majlis bermula
Ustazah sedang memberi taklimat. Bersiap untuk ke dewan tempat majlis di adakan.
Bunga Telur untuk cenderahati
Pulut kuning untuk diagihkan kepada tetamu.
Telor Emas untuk membuat SEMPERIT
SEMPERIT yang siap digubah indah
Bergambar kenangan di hadapan Masjid Sarikei
Bunga Manggar yg berwarni-warni memeriahkan suasana



Para Peserta diarak dari Masjid ke dewan
Kumpulan Zikir memulakan majlis
SEMPERIT diletakkan di hadapan pentas utk hiasan

Daniel menunggu giliran utk ke pentas
Peserta berdiri tanda hormat kepada tetamu
Barisan peserta lelaki
Barisan peserta perempuan berbaju "glamour"
Bonda Hjh.Shuda tersenyum bangga dgn pencapaian cucu2nya.
Azwan menjadi peserta pertama
Daniel, peserta ke-14 memperdengarkan bacaannya
Daniel & Azwan menerima sijil, Al Quran & rehal dari Tuan D.O.
Daniel mengangkat SEMPERIT untuk diserahkan kpd. guru
Saya menyerahkan SEMPERIT kepda Ustazah Hajjah Aluyah

Kak Norma (ibu Azwan)
Gambar kenangan dengan Cikgu Sujanah ( Mak Su saya ) yg berbaju coklat. Beliau yg banyak bertungkus lumus utk menjayakan majlis ini.
Abang saya Azmi serta keluarga
Lapar ke Daniel? Jangan gelojoh ye!
Makanan untuk para tetamu
Bergotong royong seperti ini masih diamalkan di Sarikei
Para tetamu menikmati jamuan yg disediakan

Beatiful of Mathematic

Take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:
If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If: H-A-R-D-W-O- R- K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close,
and Attitude will get you there,
It's the Love of God that will put you over the top!

Wednesday, November 26, 2008

Makanan Dalam Tin - Haram !!!


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc..

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
Di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.
Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT .......... tolong sebarkan

Tuesday, November 25, 2008

Nescafe 3 in 1 boleh merosakkan buah pinggang@ melemahkan jantung

My friends..Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelakitahun akhir.Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untukdiselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagaiAhmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukanmasalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatandirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membacatiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengandahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyangpun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari danjikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agakjarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehinggasatu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiatpermakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya punmemberikan penjelasan "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda,jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah keranaengkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik danmerosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuranini sangat merosak jantung.Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat darikelapa sawit (non dairy creamer)
"Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang danelakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu(non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairycreamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selainsusu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dansegala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalamair kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan danmakanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau punbelilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak dikedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agarnasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yangsudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam. _,'sharing is caring....'rgds..
nieza zamri

Monday, November 24, 2008

Dunia CAMELIA




Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my

Gaya dan wajah wanita kelahiran Kuching ini pernah memikat hati jurugambar di Paris ketika berada di kota fesyen ituTIADA siapa yang mampu menidakkan kecantikan penyanyi yang cukup sinonim dengan gelaran ikon fesyen dan 'fashionista' ini, apatah lagi dia pernah disenaraikan sebagai antara wanita tercantik di dunia. Setiap keping gambar yang mengabadikan wajah wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini begitu mempesonakan dan menambat hati. Gaya dan liuk lintuk Dayang Nur Camelia Abang Khalid, bagaikan peragawati hebat, namun celah Camelia dalam nada bergurau, dia tidak cukup tinggi untuk mempertimbangkan hasrat bergelar model.


Lalu tidak hairanlah, tidak semena-mena dan paling membuai hatinya hingga kini apabila kejelitaan semula jadi Camelia mampu menambat minat seorang jurugambar bernama Luc Furnol yang sudi mengambil gambarnya sebanyak tiga kali ketika berada di kota fesyen, Paris. Sayangnya, menurut Camelia, jurugambar itu sudah pun meninggal dunia. Itu menjadi antara kenangan paling indah pernah tersemat di dalam hidup pemenang kategori Selebriti Wanita Paling Bergaya Anugerah Stail EH! 2008 ini. Ketiga-tiga gambar itu dibingkaikan dan menjadi hiasan di kediamannya.

Mungkin tuah Camelia kerana dianugerahkan raut wajah menawan diimbangi dengan akal yang bijak, lalu bukanlah sesuatu yang asing dia sering dilamar sebagai jurucakap mempromosikan produk dan kempen kecantikan. Terbaru, Camelia kini bergelar duta dan jurucakap Innershine Prune Essence selama dua tahun. Bertemunya awal November lalu di kediaman yang didiaminya sejak hampir tiga tahun lalu, Hip jelmakan Camelia dalam dua sisi berbeza. Paling istimewa, Camelia menunjukkan sisi maskulinnya menerusi gaya rock chic dengan solekan sederhana melalui padanan topi fedora. Hiasan dalaman rumahnya termasuk koleksi lukisan yang melatari kediamannya menjadi ruang bereksperimentasi. Bercerita mengenai produk kecantikan dalaman itu, Camelia didekati pihak itu sejak Julai lalu. Lucunya, kata Camelia, ibu dan sanak-saudaranya yang terlebih dulu menggunakan produk itu dan Camelia pernah mencubanya.


“Saya mencuba produk itu (Innershine Prune Essence) sebelum puasa dan terbukti ia sangat berkesan, memberi tenaga dan menyegarkan. Tak sangka, tiba-tiba saya dihubungi Maggie Abang Saufi (pengurusnya) memaklumkan yang pihak itu berminat untuk menjadikan saya sebagai jurucakap. Kalau ibu saya sendiri menggunakannya, kenapa tidak saya menggunakannya juga sebagai makanan tambahan,” ungkapnya ringkas. Hati wanita berusia 34 tahun ini tidak pernah ralat apabila ramai pihak yang lebih mengagumi dirinya sebagai sosialit fesyen yang hebat bergaya, berbanding kerjayanya sebagai penyanyi. Percaya kepada prinsip muzik dan fesyen saling memerlukan dan berdiri di satu paksi yang sama, Camelia yakin ia adalah satu perkara organik dan semula jadi. Bagaimanapun, bukan bermakna Camelia ingin terus melupakan kerjaya nyanyiannya kerana bidang ini masih menjadi keutamaan dan keghairahannya yang tidak pernah ada batasan. Menurut Camelia, dia sedang mengusahakan ‘sesuatu’ tapi belum mahu berbincang lanjut mengenainya. Ia satu kejutan Camelia buat semua. “Biarlah apa yang saya sedang usahakan ini menjadi rahsia dulu, hingga ia benar-benar menjadi. Saya tidak mahu cakap selagi ia belum menjadi realiti. Dunia nyanyian masih menjadi nadi kepuasan di dalam kehidupan kerana saya suka berinteraksi dengan penonton dan peminat.

“Tak dinafikan memang saya suka berfesyen dan saya sukakannya. Bukan setakat industri hiburan saja mementingkan gaya dan fesyen, industri lain juga seperti sektor korporat juga ingin nampak hebat. Kalau di permaidani merah sekalipun, orang lebih ingin tahu apa yang dipakai selebriti, berbanding anugerah yang dimenanginya,” katanya yang pernah mengacarakan program Casa Impian. Tak mahu terpalit kontroversi MENYUSUR kisah peribadinya, Camelia diakui sangat berahsia orangnya dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu membicarakan lanjut soal cinta biarpun kisah cinta yang mengaitkan dengan seorang anak kenamaan yang khabarnya sudah terputus di tengah jalan sebelum ini. Bijak menangani kontroversi secara ‘diam’ yang sedikit sebanyak melatari kehidupannya, Camelia terus tegar dan kuat mengharungi dugaan dan cabaran kehidupan yang belum tentu hujung pangkalnya. Ironinya hingga kini Camelia masih terus bersendirian sejak rumah tangga yang dibina bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Edruce, gagal dipertahankan. Mereka berkahwin atas dasar cinta pada 17 Disember 1994 dan bercerai pada 13 November 1999. Biarpun pernah gagal dalam perkahwinan, Camelia tidak pernah menoleh ke belakang lagi dan terus bahagia meniti kehidupan mendatang. “Saya minta simpang dan dijauhkan daripada cerita kontroversi yang kurang enak. Jika kita melakukan sesuatu yang baik, Insya-Allah ia akan kembali dengan baik juga. Saya lebih selesa membuat hal sendiri daripada terus larut dengan kisah yang tidak berfaedah. Tiada resipi untuk saya terus kekal begini, cuma kita yang menentukan hala tuju perjalanan ini. “Sebagai manusia biasa, saya yakin kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dicapai dan sentiasa ingin melakukan pembaharuan. Saya sendiri ingin meneroka pengalaman dan sisi baru dengan berjumpa orang baru di negara orang. “Kita yang memberi sari warna dalam kehidupan ini dan semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa. Untuk itu kita tidak boleh terus statik dan sentiasa kena rajin berusaha dalam misi mencapai apa juga yang diingini. Saya bersyukur ada keluarga yang sangat menyokong dan merekalah menjadi nadi kekuatan saya. Kedua, ialah kerjaya dan ketiga barulah soal cinta,” ungkap Camelia yang pernah meledak dengan lagu Rindu Padanya.

Melihat kepada susun atur dan letak hiasan di rumah Camelia, ternyata wanita ini cukup mencintai apa juga subjek yang bersifat seni. Kata Camelia, mungkin dia seorang yang gemar duduk di rumah jika tiada sebarang aktiviti. “Saya sendiri yang mengubah susun atur dan letak hiasan di rumah ini. Ia memberi saya ketenangan dan kegembiraan yang tidak terkata. Di rumah saya bebas menjadi diri sendiri apatah lagi dengan melakukan kerja mengemas dan menghias rumah. “Jika kita menghias rumah untuk rasa menarik, demikian juga dengan apa yang kita pakai dan gayakan demi untuk kelihatan hebat,” kata Camelia yang gemar berjamming di studio mini di rumahnya pada masa senggang.

EKSPRESI: Camelia
Cinta: Sangat Berkuasa
Rumah: Ibarat rumahku syurgaku.
Gambar dan lukisan: Luahan peribadinya.
Seni: Cinta
Tips kecantikan: Jadilah dan sayangilah diri sendiri. Cintailah kehidupan dan sulaminya dengan gelak ketawa.

INFO: Camelia
** Selain mewakili produk Innershine Prune Essence, Camelia juga dilantik sebagai duta projek perumahan mewah, Ara Hill, yang dibangunkan Sime Darby Property di Ara Damansara, Petaling Jaya.
** Ditabalkan sebagai Selebriti Wanita Paling Bergaya di majlis Anugerah Stail EH! 2008.
** Suka melihat negara orang kerana banyak boleh kita pelajari kerana melihat sesuatu yang baru.
** Menerima Anugerah Essenze Artis Wanita Terbaik pada Majlis Makan Malam Gala Penerbitan Market Source di Pulau Pinang pada tahun 2007. Anugerah itu diberikan oleh majalah berbahasa Inggeris itu.

PROFIL: Camelia
Nama Penuh: Dayang Nur Camelia Abang Khalid
Umur: 34 tahun
Tarikh Lahir: 20 Jun 1974
Asal: Kuching, Sarawak
Kerjaya: Penyanyi, Model Iklan, Ikon Fesyen, Hos TV dan Jurucakap Produk
Album: Camelia (1997), I,II,III (1998), Memori, Mimpi & Kompilasi (1999), Untukmu (2003) dan Mysticam (2007)
Iklan/Produk: L'oreal, Epson, Nescafe, Ara Hill (Sime Darby Property)
Program TV: Casa Impian (Astro Ria)
Pencapaian Terbaik: Artis Baru Terbaik/Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Industri Muzik Malaysia 1998)

Sunday, November 23, 2008

YOGA DIHARAMKAN


Oleh HELMI MOHD. FOAD / UtusanMalaysia/231108

PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.
‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.
Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.
Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.
‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.
‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.
Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.
Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.
‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,'' katanya.

Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson Peluk Islam

petikan : Berita Harian/221108

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini. Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips. "Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru. Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu. Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.

Friday, November 21, 2008

Jenazah Imam Samudra


LAMONGAN - Suasana haru menghiasi kediaman orang tua kedua mujahid yang Insya Allah telah syahid, Amrozi dan Ali Ghufron di Tenggulun. Ditambah dengan datangnya tiga burung hitam yang berputar-putar di atas rumah. Lebih dari tujuh menit burung tersebut berputar-putar, seakan memberikan persaksian bahwa mereka adalah para syuhada. Istri dari Ali Ghufron, Ustdzh. Paridah Abbas menambahkan, dia melihat langit membentuk kalimat Allah saat ketiga burung tersebut datang. Sejak semalam, sekitar pukul 22.20 lapangan yang direncanakan menjadi helipad untuk helikopter pembawa jenazah kedua syuhada (Insya Allah), Amrozi dan Ali-Ghufron, dijaga ketat oleh puluhan polisi. Tepat pukul 23.53, ketiga mujahid akhirnya syahid (Insya Allah) di tangan toghut la'natullah. Begitulah pesan yang diterima redaksi Arrahmah.com langsung dari Ust. Ali Fauzi. Saat helikopter hendak mendarat, di kediaman ibu dari kedua mujahid (Amrozi dan Ali Ghufron) telah mengadakan prosesi persiapan penyambutan jenazah. Pintu-pintu rumah selain akses depan di tutup rapat.


Wartawan tidak diperbolehkan masuk kecuali dua orang keluarga yang boleh menggunakan kamera.Di dalam rumah, kakak tertua, Ust. Khozin memberikan nasehat. Sesuai dengan wasiat kedua mujahidin, tidak boleh ada yang menjerit, melakukan nihayah, boleh menangis tetapi tidak meraung-raung atau sampai tersedu. Koresponden Arrahmah yang berada di Tenggulun mengatakan, dia berada di shaf terdepan saat menyalatkan jenazah berjamaah dengan istri-istri kedua mujahid. Bau harum semerbak bertebaran dalam ruangan. Kedua mujahid terlihat tersenyum dan wajahnya bersih, sangat bersih, serta jauh lebih tampan. Allahu Akbar! (Hanin Mazaya/Arrahmah.com) -

Thursday, November 20, 2008

How to look happy at work

As of today all personnel will be expected to look happy at work.
Rubber bands and paper clips will be provided at no cost .
* Workload getting to you?
* Feeling stressed?
* Too many Priority 1 assignments?
Here is the new low cost way to cope with multiple Priority 1 assignments!
Take 2 paperclips and rubber bands.



Fig 1

Assemble them as shown on the picture.


Fig. 2


Apply as shown in fig 3.

Enjoy your day.
This new office equipment will help you to reach the end of the day with a smile on your face!