I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 15, 2008

Tuah Siti Nurhaliza




SEKARANG ini heboh orang bercakap tentang penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dikatakan mula berjinak-jinak menceburi bidang lakonan. Sejak biduanita muda ini menjadi penyanyi hampir 13 tahun lalu, rasanya semua penerbit di negara ini mahukan Siti berlakon di dalam produksi mereka. Namun, Siti menolak dengan baik dan memberitahu dia tidak bersedia untuk bergelar pelakon. Sampai ada satu ketika sekitar tahun 1999, Siti telah ditawarkan RM1 juta untuk membintangi sebuah filem yang mahu menggandingkan beliau dengan pelakon popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.


Bukan itu sahaja, Papa juga masih ingat lagi apabila watak Laila yang dilakonkan oleh Fazura dalam filem Qaisy & Laila sebenarnya dicipta khusus untuk Siti oleh penerbitnya, Habsah Hassan. Namun, Siti tetap juga menolaknya. Kini, apabila Siti dikatakan akan menjadi seorang pelakon, ramai yang mencuba untuk menawarkannya untuk berlakon. Mungkin sudah menjadi rezeki Siti. Siapa kata apabila Siti berhijrah imej, ia akan menyekat peluangnya dalam bidang seni tetapi yang berlaku sebaliknya pula.


Apa yang Papa dengar, sutradara kreatif, Mamat Khalid sudah pun melamar Siti untuk memegang watak dalam filem terbarunya tetapi bukan sembarangan filem okey. Filem terbaru abang Mamat kita kali ini merupakan sebuah filem animasi yang berjudul Kelip-Kelip yang kini berada di peringkat pra produksi. Bukan sekadar menyumbang suara untuk salah satu watak dalam filem berkenaan, malah, Siti juga dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu tema filem berkenaan apabila ditawarkan Mamat.


Bukan itu sahaja, ada sumber yang berbisik ke telinga Papa mengatakan Siti juga ada menerima lamaran untuk menyanyikan lagu tema untuk siri televisyen antarabangsa. Khabar yang sampai ke telinga Papa menyebut, Siti diberi pilihan untuk menyanyikan lagu tema drama bersiri Heroes musim ketiga atau drama terhangat masa kini, 90210 yang akan menemui penonton sekitar November nanti.


Wah, bertuahnya Hajjah Siti.
Kalaulah ia menjadi kenyataan, maka, Siti bolehlah diletakkan sebaris dengan Nidji yang pernah menyanyikan lagu tema Heroes pada musim terdahulu. Papa pasti hasilnya tidak akan mengcewakan kerana mengenali Siti, lagu yang tidak sedap pun akan menjadi sedap apabila dia mengalunkan vokal magisnya itu.


Kepada Siti, kalau sudah mengesahkan pembabitannya, jangan lupa telefon Papa okey.
Boleh Papa kongsi berita gembira itu dengan pembaca-pembaca Papa dan peminat Siti pula.


petikan : Utusan Malaysia 15/10/08

No comments:

Post a Comment