HASIL kegigihan kakitangan Hot FM dan Fly FM, kedua-dua stesen radio itu kini berjaya mendominasi bidang penyiaran negara. Menerusi kajian terbaru yang dijalankan Nielsen Media Research, stesen radio milik Rangkaian Radio Media Prima itu menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan.
Paling membanggakan, Hot FM berjaya merekodkan peningkatan pendengar secara konsisten dan kini bergelar stesen nombor satu negara bagi pendengar secara purata. Juga menjadi stesen nombor satu untuk lingkungan pendengar bawah umur 34 tahun dan stesen nombor satu negara bagi pasaran di bandar-bandar utama secara terkumpul seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh.Menurut kajian terbaru Nielsen Media Research (NMR), Hot FM kini berjaya mencatatkan kenaikan daripada 2.9 juta pada 2006 ke 4.3 juta pendengar.Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar, berkata, persaingan sihat dan sengit di kalangan radio tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila Hot FM AM Krew kini menjadi program radio nombor satu negara dengan mencatatkan jumlah kenaikan sebanyak 19 peratus dari kajian lalu. Program itu dihoskan Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. “Fly FM pula berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen nombor dua bagi radio berformatkan bahasa Inggeris untuk lingkungan umur bawah 34 tahun dan juga bagi kumpulan sasaran pelajar.“Stesen radio itu juga mendahului stesen radio lain bagi sasaran golongan isi rumah berpendapatan terkumpul dan angka yang tercatat adalah angka tertinggi berbanding pesaing utama stesen itu.“Hasil kajian yang memberangsangkan ini berjaya dicapai atas usaha berterusan serta inisiatif (MPRN) dalam memenuhi keperluan dan cita rasa pendengar yang sentiasa berubah mengikut gaya hidup mereka. Kenaikan yang membanggakan oleh kedua-dua stesen radio ini juga adalah hasil dedikasi serta pengalaman kakitangan secara keseluruhan,” katanya.Tambah Izham, mereka di Media Prima sangat gembira dengan kejayaan diraih stesen radio itu apatah lagi Hot FM muncul sebagai radio nombor satu dalam jangka waktu pendek.
“Ia berkemungkinan menjadi rekod dunia. Banyak komen positif yang saya dengar mengatakan Fly FM yang berada di kedudukan nombor dua bagi lingkungan umur bawah 34 kerana kesesuaian corak muzik yang ditampilkan stesen itu.
“Secara peribadi saya bangga dengan perjalanan stesen radio di bawah naungan Media Prima. Ini menunjukkan dedikasi yang tidak pernah padam terhadap muzik dan seni penyiaran radio serta kehadiran anak muda yang tidak pernah kering dengan idea yang kreatif serta innovatif menjadikan apa saja yang mustahil menjadi kenyataan.“Rangkaian Radio Media Prima menggunakan pelbagai cara untuk mendekati pendengar mereka. Dengan mengintergrasikan semua platform yang ada, seperti melalui 'on-air', 'on-ground', 'online' dan secara mobil, ia dapat memberi pengalaman berbeza kepada pendengar.“Setiap acara yang dijalankan diimplementasi dan diukur mengikut cita rasa pendengar kedua-dua stesen itu. Mereka bukan saja dapat mengikuti perkembangan saluran radio itu menerusi Hot FM Viva Zoomerz dan FLY FM MyVi Trooperz, malah Rangkaian radio Media Prima juga akan tampil agresif setiap bulan dengan memaparkan rangkaian acara yang lebih besar.“Sejauh ini, kedua-dua stesen radio itu sibuk mengelilingi seluruh negara dengan membawa pelbagai acara besar antara lain Hot FM Big Jam, Hot FM Mini Jam, Fly FM Fly-niversary dan Fly FM Campur Chart kepada serata pendengar mereka.“Terima kasih kepada setiap tenaga di belakang tabir Hot FM dan Fly FM, kepada pihak pengurusan kanan Media Prima atas sokongan mereka yang tidak pernah padam serta paling utama kepada semua pendengar kami yang memberi peluang menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka,” katanya.Pengurus Besar Rangkaian radio Media Prima, Seelan Paul pula berkata, bidang penyiaran radio kini sangat kompetitif dan itu menjadikan setiap pendengar penting buat kedua-dua stesen radio itu.“Bagi memastikan kami adalah sebahagian daripada hidup pendengar ia tugas yang amat sukar dan mencabar. Maka tahniah kepada setiap orang yang berjuang untuk memastikan kejayaan ini dikecapi. Saya sesungguhnya mata berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah ini,” katanya. Pencapaian memberangsangkan yang di capai Hot FM dan Fly FM menjadi rekod dalam sejarah radio kerana dalam jangka masa dua, tiga tahun masing-masing berjaya mengumpulkan sejumlah hampir 5 juta pendengar. Jelas terbukti dengan fokus dan memberikan respons terhadap keperluan pendengar radio tempatan menjadi elemen penting dalam mencapai kejayaan demi kejayaan.
komen jefbuj
Tahniah Hot FM ! Saya adalah pendengar setia radio ini. Tanpa Hot FM kereta saya macam tak boleh bergerak. Sudah tentu gandingan Farah Fauzana & Faizal Ismail yang menjadi pemangkin keberadaan Hot FM di Malaysia! Usikan mereka berdua begitu mencuit hati... Populariti dan AURA Si Drum Stick & Hidung Besar ini juga boleh mengalahkan selebriti pelakon & penyanyi! Siapa tak kenal mereka???? So, Fafau, Faizal keep up the good work, begitu juga team2 yang lain. Omedeto gozaimasssssssss ( Congraulations ! )
No comments:
Post a Comment