I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 30, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri @ Tourism Malaysia


3 jenerasi, En.Idris,( bekas Pengarah TM) En.Zuraimi( akan berpindah ke KL) En.Johanif ( Pengarah Baru )










































Semalam (Jumaat, 29 Oktober 2008) saya & staff telah dijemput untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tourism Malaysia di pejabat yang terletak di Bangunan Riverbank Suite. Majlis yang bermula jam 2.00 petang hingga 4.oo petang telah dihadiri oleh ramai rakan-rakan dari industri pelancongan & perhotelan dan tidak ketinggalan dari agensi kerajaan & swasta. Sepanjang majlis tersebut ramai kenalan saya yang sudah lama tidak saya temui menyebabkan keadaan bertambah meriah. Pelbagai lauk dihidangkan termasuk satay, kuah kacang, rendang ayam dan semestinya Laksa Sarawak & Kuih Lapis Sarawak.



Di majlis tersebut juga para tetamu telah diperkenalkan dengan Pengarah Negeri yang baru iaitu Encik Johanif yang menggantikan En. Zuraimi. Sungguh mengejutkan saya apabila bertemu dengan En.Johanif kerana beliau merupakan merupakan rakan satu fakulti dan sekampus semasa belajar di ITM Shah Alam 22 tahun yang lalu. Tidak banyak perubahan pada beliau, masih sama ( awet muda lah tu! ) dan seramah dahulu. Sebelum ini beliau telah bertugas di Stockholm, Sweden. Beliau akan bertugas di Sarawak untuk beberapa tahun sebelum bertukar ke tempat lain. Saya harap dengan segala pengalaman yang beliau ada, akan dapat dikongsi bersama dan sama-sama memajukan sektor pelancongan di Sarawak.




Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan Tourism Malaysia ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2008. Semuga Tourism Malaysia dapat terus memertabatkan industri pelancongan di Sarawak sebagai industri yang terulung di rantau ini dan dapat memberi manfaat kepada penduduk negeri Sarawak!

No comments:

Post a Comment