I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 31, 2008

Teka-teki terjawab

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my


AIDIL (kanan) dan Zaquan mahu terus tabur bakti di Negeri Sembilan.

TEKA-TEKI hala tuju pasangan kembar sensasi negara, Aidil Zafuan serta Zaquan Adha Abdul Radzak terjawab apabila mereka menandatangani kontrak bersama pasukan bola sepak Negeri Sembilan (NS) semalam. Kehadiran mereka dalam skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu pasti akan memantapkan lagi skuad Hobin Jang Hobin bagi mengharungi musim 2009 nanti.Wan Jamak berkata, beliau bersyukur apabila Aidil serta Zaquan mengambil keputusan untuk terus menyarung jersi Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, saya hanya akan merencana strategi membabitkan pasangan kembar ini apabila mereka pulang daripada menggalas tugas mewakili negara. “Pada musim baru ini juga, kebanyakan pemain-pemain yang mewakili Negeri Sembilan merupakan anak jati negeri ini sejajar dengan amanat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melihat pasukan diwakili anak tempatan,” katanya Majlis pada majlis menandatangani kontrak pemain di Klana Resort semalam.

Dalam pada itu, Zaquan berkata, dia dan abangnya, Aidil berjanji akan memberikan komitmen terbaik untuk memastikan Negeri Sembilan meraih trofi kejuaraan pada musim baru ini.“Saya berterima kasih kepada presiden PBNS kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk sekali lagi mewakili pasukan Negeri Sembilan. “Saya percaya skuad pada kali ini akan memberi persaingan lebih sengit kepada pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super nanti,” katanya.
Mengulas laporan yang mengatakan mereka sedia beraksi pada kempen Liga Slovakia, Aidil berkata, tumpuannya serta Zaquan ketika ini menggalas cabaran bersama Negeri Sembilan.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang berita daripada pihak Slovakia. “Tugas kami sekarang membantu Negeri Sembilan menempatkan diri dalam kelompok pasukan terkemuka dalam saingan Liga Malaysia musim depan. “Kami akan memberikan aksi terbaik setelah mendapat kepercayaan daripada pihak pengurusan dan tidak mahu menghampakan penyokong yang sentiasa berada menyokong skuad Negeri Sembilan,” katanya.

No comments:

Post a Comment