Demi membuat liputan untuk blog jefbuj, saya sanggup turun ke Miri dengan menaiki Airasia pada hujung minggu lepas ( 25-26 Okt ). Saya rasa pemergian saya amat berbaloi kerana saya berpeluang untuk bertemu dengan selebriti2 yang terdiri daripada pengacara2 TV3, pelakon dan penyanyi secara langsung. Sememangnya amat payah untuk bertemu dengan mereka di satu tempat sebegini.
Sepanjang Jomheboh bertandang ke Miri, cuaca di Bandaraya Miri hujan sepanjang masa. Nasib baik di malam Konsert Kemuncak, cuaca amat baik sekali. Saya difahamkan jumlah penyertaan booth2 tahun ini agak kurang berbanding tahun lepas. Pun begitu kemeriahannya tetap sama. Tahniah orang2 MIRI! Warga Brunei juga turut sama memeriahkan pesta yang diadakan buat kali ke 3 di Miri. Walaupun hujan sepanjang pesta berlangsung namun pengunjung tidak berganjak dari tapak pesta semata-mata untuk menemui selebriti2 pujaan mereka.
Sepanjang pesta, booth yang menjadi tumpuan semestinya booth Hotlink kerana diadakan mini konsert setiap masa. Di samping itu Hotlink menawarkan pelbagai tawaran yang bisa memancing pengunjung untuk menjadi pelanggan mereka. Tahniah atas kerja keras Hotlink.
Selain itu booth Wanita Hari Ini, Gua dot com, Power roots turut menjadi tumpuan. Setiap booth pasti ada artis pujaan yang melayan pengunjung. Sesi fotografi bersama artis sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung. Kesian artis... terpaksa tersenyum sepanjang masa. Sememangnya mereka amat 'fiendly' dan 'happening' apabila bergaul dengan peminat.
Saya berkesempatan bertemu dengan bekas kawan sekampus saya ( ITM Shah Alam ) Saudara Muluk ( sekarang Chef Muluk ) yang telah menjadi selebriti Chef TV 3. Saya juga sempat berborak dengan Puan Dayang Soraya ( tuan punya Soraya's Kitchen ) yang merupakan emak kepada penyanyi HUJAN iaitu Noh! Sayang sekali kumpulan Top dari MIRI itu tidak ada bersama.
{rujuk gambar di atas}
Di Konsert Kemuncak, antara artis yang mengambil bahagian ialah Bob, Hattan, Misha Omar, Suki, Kumpulan Spider & Sofaz, Nurul, Aizat, dan acara finale mempersembahkan kumpulan terhangat masa kini iaitu One Nation Emcees yang merupakan Juara Gangstarz musim 2 ! Memang gempak giler konsert Jomheboh kali ini. Konsert ini diacarakan oleh DJ terhangat & melatop iaitu Ally Iskandar & Faizal Ismail!
Penonton Miri amat sporting dan happening sekali. Saya amat respect orang2 Miri kerana mereka begitu berdisiplin sepanjang konsert berlangsung. Mereka mendengar setiap arahan yang diberikan oleh penganjur kerana konsert tersebut disiarkan secara langsung di kaca TV seluruh negara. Contohnya penonton telah diminta untuk tidak memakai 'lampu berbentuk tanduk' yang diletakkan di atas kepala kerana takut akan memberi impak & persepsi yang buruk . Mereka akur dan tiada siapa yang kelihatan memakai lampu tanduk tersebut. Kalau dilihat lebih 25% penonton yang membeli dan memakai lampu tanduk yang berwarna biru & merah (yang menyerupai tanduk syaitan) yang dibeli semata2 untuk memeriahkan suasana konsert!
Sepanjang Jomheboh banyak gambar2 artis & selebriti yang saya ambil untuk tatapan pembaca blog saya. Namun tidak semua dapat saya masukkan disini. Semasa balik ke Kuching semalam, saya telah berborak sebentar dengan Faizal Ismail dan kesempatan yang singkat itu saya ambil untuk mengucapkan tahniah kerana rancangan HotFM kelolaan beliau menjadi saluran pilihan No.1 di Malaysia. Saya juga sempat memberi business card saya dan menyuruh beliau melusuri blog saya bila2 masa sahaja.
Dengar khabar tahun hadapan Jomheboh akan berlangsung di Kuching setelah 3 tahun bertapak di Miri. Untuk pengetahuan, Jomheboh Pertama & kedua dulu telah berlangsung di Kuching iaitu di Padang Merdeka & kawasan Stadium di Petra Jaya! Jumpa di Kuching di tahun depan !
No comments:
Post a Comment