I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 31, 2008

Koleksi Resepi Jefbuj

Pengumuman!!


Atas permintaan ramai, saya telah membuat blog baru, iaitu http://resepijefbuj.blogspot.com untuk memudahkan pembaca memilih resepi-resepi yang digemari untuk dimasak buat santapan keluarga.

( Sila klik pada Link di sebelah - Koleksi Resepi Jefbuj )


Selamat mencuba!!!!

Teka-teki terjawab

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my


AIDIL (kanan) dan Zaquan mahu terus tabur bakti di Negeri Sembilan.

TEKA-TEKI hala tuju pasangan kembar sensasi negara, Aidil Zafuan serta Zaquan Adha Abdul Radzak terjawab apabila mereka menandatangani kontrak bersama pasukan bola sepak Negeri Sembilan (NS) semalam. Kehadiran mereka dalam skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu pasti akan memantapkan lagi skuad Hobin Jang Hobin bagi mengharungi musim 2009 nanti.Wan Jamak berkata, beliau bersyukur apabila Aidil serta Zaquan mengambil keputusan untuk terus menyarung jersi Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, saya hanya akan merencana strategi membabitkan pasangan kembar ini apabila mereka pulang daripada menggalas tugas mewakili negara. “Pada musim baru ini juga, kebanyakan pemain-pemain yang mewakili Negeri Sembilan merupakan anak jati negeri ini sejajar dengan amanat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melihat pasukan diwakili anak tempatan,” katanya Majlis pada majlis menandatangani kontrak pemain di Klana Resort semalam.

Dalam pada itu, Zaquan berkata, dia dan abangnya, Aidil berjanji akan memberikan komitmen terbaik untuk memastikan Negeri Sembilan meraih trofi kejuaraan pada musim baru ini.“Saya berterima kasih kepada presiden PBNS kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk sekali lagi mewakili pasukan Negeri Sembilan. “Saya percaya skuad pada kali ini akan memberi persaingan lebih sengit kepada pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super nanti,” katanya.
Mengulas laporan yang mengatakan mereka sedia beraksi pada kempen Liga Slovakia, Aidil berkata, tumpuannya serta Zaquan ketika ini menggalas cabaran bersama Negeri Sembilan.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang berita daripada pihak Slovakia. “Tugas kami sekarang membantu Negeri Sembilan menempatkan diri dalam kelompok pasukan terkemuka dalam saingan Liga Malaysia musim depan. “Kami akan memberikan aksi terbaik setelah mendapat kepercayaan daripada pihak pengurusan dan tidak mahu menghampakan penyokong yang sentiasa berada menyokong skuad Negeri Sembilan,” katanya.

Nasihat Kehidupan



1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita > tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1.. DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB ( bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU ( bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK ( bila dibac! a dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS ( bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI.............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian ; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Thursday, October 30, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri @ Tourism Malaysia


3 jenerasi, En.Idris,( bekas Pengarah TM) En.Zuraimi( akan berpindah ke KL) En.Johanif ( Pengarah Baru )










































Semalam (Jumaat, 29 Oktober 2008) saya & staff telah dijemput untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tourism Malaysia di pejabat yang terletak di Bangunan Riverbank Suite. Majlis yang bermula jam 2.00 petang hingga 4.oo petang telah dihadiri oleh ramai rakan-rakan dari industri pelancongan & perhotelan dan tidak ketinggalan dari agensi kerajaan & swasta. Sepanjang majlis tersebut ramai kenalan saya yang sudah lama tidak saya temui menyebabkan keadaan bertambah meriah. Pelbagai lauk dihidangkan termasuk satay, kuah kacang, rendang ayam dan semestinya Laksa Sarawak & Kuih Lapis Sarawak.



Di majlis tersebut juga para tetamu telah diperkenalkan dengan Pengarah Negeri yang baru iaitu Encik Johanif yang menggantikan En. Zuraimi. Sungguh mengejutkan saya apabila bertemu dengan En.Johanif kerana beliau merupakan merupakan rakan satu fakulti dan sekampus semasa belajar di ITM Shah Alam 22 tahun yang lalu. Tidak banyak perubahan pada beliau, masih sama ( awet muda lah tu! ) dan seramah dahulu. Sebelum ini beliau telah bertugas di Stockholm, Sweden. Beliau akan bertugas di Sarawak untuk beberapa tahun sebelum bertukar ke tempat lain. Saya harap dengan segala pengalaman yang beliau ada, akan dapat dikongsi bersama dan sama-sama memajukan sektor pelancongan di Sarawak.




Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan Tourism Malaysia ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2008. Semuga Tourism Malaysia dapat terus memertabatkan industri pelancongan di Sarawak sebagai industri yang terulung di rantau ini dan dapat memberi manfaat kepada penduduk negeri Sarawak!

Peluang Cerah 4 Pasangan

Oleh Nurulhisham Abdul Latiffnurul@bharian.com.my

PESERTA merakam kenangan sebaik saja menyudahkan tarian masing-masing.

Khai, Rosma muncul calon pilihan dalam program Sehati Berdansa. SEKURANG-KURANGNYA empat pasangan dilihat berpeluang cerah merebut trofi kejuaraan Sehati Berdansa musim kedua apabila kesemua 10 pasangan menunjukkan keupayaan masing-masing pada sesi rakaman Malam Sehati Berdansa minggu pertama di Astro baru-baru ini. Pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada April lalu, Khai dan Rosma, muncul calon pilihan apabila mereka bukan saja mampu mempamerkan persembahan yang bersih, menarik lagi menghiburkan, malah keserasian kedua-dua artis muda ini jelas kelihatan sejak langkah pertama bermula.
(berita selanjutnya....)

Why it's important to be the BOSS ???


Shit flows downhill.


… any questions???

Wednesday, October 29, 2008

Mawi Mahu Siti & Rosa

NAMPAKNYA tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi, penyanyi lelaki popular, Mawi akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Ekin. Apa yang Papa dapat tahu Mawi dan Ekin kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dikatakan akan menjadi wedding of the year itu. Jangan ingat Mawi yang sentiasa sibuk itu tiada masa nak luangkan masa untuk memastikan perkahwinannya berjalan lancar.

Lagi satu berita baru yang Papa dapat tahu sewaktu menghadiri rumah terbuka kawan baik Papa hujung minggu lalu, khabarnya juga, majlis persandingan Mawi yang akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 11 Januari depan akan diadakan dengan cukup meriah dan gilang-gemilang sekali. Selain daripada beberapa nama tokoh ternama yang diundang oleh Mawi, khabarnya juga, Mawi mahukan Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi seberang, Rossa untuk menyanyi pada majlis persandingannya itu nanti.

Lagu apa yang akan dinyanyikan oleh dua orang penyanyi jelita itu masih belum diputuskan lagi.
Tapi Mawi bimbang seandainya Siti tidak dapat hadir pada majlisnya itu nanti kerana seperti yang kita semua sedia maklum, tarikh itu merupakan hari jadi Siti. Seperti mana yang Papa tahu, kalau sekalipun Siti mahu mengadakan majlis sambutan hari jadinya, dia selalu akan menyambutnya sehari sebelum tarikh hari jadinya. Jadi, rasanya, tiada masalah untuk Siti hadir dan menghiburkan tetamu pada majlis Mawi nanti.
petikan / Utusan Malaysia / 291008

Tuesday, October 28, 2008

Jomheboh@Miri














Demi membuat liputan untuk blog jefbuj, saya sanggup turun ke Miri dengan menaiki Airasia pada hujung minggu lepas ( 25-26 Okt ). Saya rasa pemergian saya amat berbaloi kerana saya berpeluang untuk bertemu dengan selebriti2 yang terdiri daripada pengacara2 TV3, pelakon dan penyanyi secara langsung. Sememangnya amat payah untuk bertemu dengan mereka di satu tempat sebegini.

Sepanjang Jomheboh bertandang ke Miri, cuaca di Bandaraya Miri hujan sepanjang masa. Nasib baik di malam Konsert Kemuncak, cuaca amat baik sekali. Saya difahamkan jumlah penyertaan booth2 tahun ini agak kurang berbanding tahun lepas. Pun begitu kemeriahannya tetap sama. Tahniah orang2 MIRI! Warga Brunei juga turut sama memeriahkan pesta yang diadakan buat kali ke 3 di Miri. Walaupun hujan sepanjang pesta berlangsung namun pengunjung tidak berganjak dari tapak pesta semata-mata untuk menemui selebriti2 pujaan mereka.

Sepanjang pesta, booth yang menjadi tumpuan semestinya booth Hotlink kerana diadakan mini konsert setiap masa. Di samping itu Hotlink menawarkan pelbagai tawaran yang bisa memancing pengunjung untuk menjadi pelanggan mereka. Tahniah atas kerja keras Hotlink.

Selain itu booth Wanita Hari Ini, Gua dot com, Power roots turut menjadi tumpuan. Setiap booth pasti ada artis pujaan yang melayan pengunjung. Sesi fotografi bersama artis sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung. Kesian artis... terpaksa tersenyum sepanjang masa. Sememangnya mereka amat 'fiendly' dan 'happening' apabila bergaul dengan peminat.
Saya berkesempatan bertemu dengan bekas kawan sekampus saya ( ITM Shah Alam ) Saudara Muluk ( sekarang Chef Muluk ) yang telah menjadi selebriti Chef TV 3. Saya juga sempat berborak dengan Puan Dayang Soraya ( tuan punya Soraya's Kitchen ) yang merupakan emak kepada penyanyi HUJAN iaitu Noh! Sayang sekali kumpulan Top dari MIRI itu tidak ada bersama.
{rujuk gambar di atas}
Di Konsert Kemuncak, antara artis yang mengambil bahagian ialah Bob, Hattan, Misha Omar, Suki, Kumpulan Spider & Sofaz, Nurul, Aizat, dan acara finale mempersembahkan kumpulan terhangat masa kini iaitu One Nation Emcees yang merupakan Juara Gangstarz musim 2 ! Memang gempak giler konsert Jomheboh kali ini. Konsert ini diacarakan oleh DJ terhangat & melatop iaitu Ally Iskandar & Faizal Ismail!

Penonton Miri amat sporting dan happening sekali. Saya amat respect orang2 Miri kerana mereka begitu berdisiplin sepanjang konsert berlangsung. Mereka mendengar setiap arahan yang diberikan oleh penganjur kerana konsert tersebut disiarkan secara langsung di kaca TV seluruh negara. Contohnya penonton telah diminta untuk tidak memakai 'lampu berbentuk tanduk' yang diletakkan di atas kepala kerana takut akan memberi impak & persepsi yang buruk . Mereka akur dan tiada siapa yang kelihatan memakai lampu tanduk tersebut. Kalau dilihat lebih 25% penonton yang membeli dan memakai lampu tanduk yang berwarna biru & merah (yang menyerupai tanduk syaitan) yang dibeli semata2 untuk memeriahkan suasana konsert!

Sepanjang Jomheboh banyak gambar2 artis & selebriti yang saya ambil untuk tatapan pembaca blog saya. Namun tidak semua dapat saya masukkan disini. Semasa balik ke Kuching semalam, saya telah berborak sebentar dengan Faizal Ismail dan kesempatan yang singkat itu saya ambil untuk mengucapkan tahniah kerana rancangan HotFM kelolaan beliau menjadi saluran pilihan No.1 di Malaysia. Saya juga sempat memberi business card saya dan menyuruh beliau melusuri blog saya bila2 masa sahaja.
Dengar khabar tahun hadapan Jomheboh akan berlangsung di Kuching setelah 3 tahun bertapak di Miri. Untuk pengetahuan, Jomheboh Pertama & kedua dulu telah berlangsung di Kuching iaitu di Padang Merdeka & kawasan Stadium di Petra Jaya! Jumpa di Kuching di tahun depan !

Monday, October 27, 2008

Be Careful While Eating Apples!!!




Pls don't eat the skin of the apple becoz it's coated with wax. Plz Plz Plz ... Check before you eat many of the fruits. WAX is being used as preservation Purposes and then cold stored. You might be surprised especially apples from USAand other parts are more than one year old, though it would look fresh. Becox wax is coated preventing bacteria to enter. So it does not get dry. Please Eat Apples after taking the wax as demonstrated. Please follow this and send it to others for their information too.

Sunday, October 26, 2008

PELAN PERKAHWINAN MAWI @ ASTRO


MENYEDARI bahawa populariti Mawi yang dikatakan mungkin menurun selepas berkahwin, Astro selaku pihak yang telah ‘melahirkan’ Mawi ke dunia seni mempunyai perancangan dalam memastikan penyanyi popular itu terus bertahan di hati peminat.Ditawarkan untuk berkecimpung dalam arena penyiaran, Mawi sudah tentunya bakal diketengahkan untuk menjadi seorang pengacara bagi sesebuah program.

Sementelah, Mawi juga pernah mengendalikan beberapa rancangan seperti Mawi Di Bumi Anbia di saluran Oasis (saluran 106, Astro).Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah berkata, bukan sahaja Astro, sememangnya niat untuk memasuki bidang penyiaran terdetik dari hati Mawi sendiri.“Ramai yang memperkatakan populariti Mawi akan menurun selepas kahwin.“Namun di Astro, kami akan tetap komited dalam memastikan karier Mawi terus maju dan bertahan.“Ini kerana, kejayaan Astro juga ada sedikit sebanyak disumbangkan melalui Mawi,’’ kata Zainir ketika ditemui pada sidang media pengumuman khas tarikh pernikahan Mawi-Ekin kelmarin.

Ujarnya, menerusi bidang penyiaran, Mawi tidak semestinya diserap sebagai pengacara.“Berkemungkinan pengacara, tetapi tidak semestinya pengacaraan sahaja,’’ jelasnya.Bagi Mawi pula, ketika diajukan soalan mengenai hal tersebut, dia secara ringkas memberitahu bahawa walaupun bergelar pengacara atau apa jua tugas di bidang penyiaran, dia tetap tidak akan melupakan bidang nyanyian.Kata Mawi, bidang nyanyian adalah bidang yang yang telah menaikkan namanya selepas bergelar juara Akademi Fantasia musim ketiga.
“Nyanyian masih utama namun kalau ada apa jua tawaran termasuk berlakon, saya tidak akan melepaskannya,’’ katanya.

Program nikah di Astro
Sementara itu, Zainir berkata, Astro yang menjadi penyiar rasmi majlis pernikahan dan resepsi Mawi akan menghidangkan pelbagai program menarik khusus untuk peminat penyanyi itu dan penonton Astro.Bermula dengan siaran langsung pengumuman khas Mawi mengenai tarikh pernikahannya di saluran Awani (saluran 501, Astro), program istimewa sempena majlis itu akan bermula pada 17 Disember ini.“Melalui saluran Oasis, kami akan menyiarkan kursus perkahwinan yang disertai Mawi dan Ekin dalam tiga bahagian dari Masjid Putrajaya, Putrajaya.“Ia kemudiannya disusuli majlis pernikahan, majlis resepsi, dokumentari khas kisah cinta Mawi-Ekin dan majlis resepsi istimewa.“Program-program ini disiarkan melalui tiga saluran iaitu Oasis, Ria serta Prima,’’ katanya.

Jelas Zainir, menyiarkan program menarik sempena pernikahan Mawi-Ekin sememangnya sesuatu yang mencabar kerana ia melibatkan banyak tenaga kerja dan sudah tentunya hal-hal berkaitan logistik.Sungguhpun begitu, hasil perbincangan yang diadakan hampir saban minggu antara Astro dan Mawi, ia pasti akan dapat dilaksanakan dengan lancar.“Sudah tentu ada pembahagian tugas dilakukan dan mendapat kerjasama yang baik daripada Mawi.“Mawi sendiri terlibat dalam perbincangan dan memberikan idea seperti penetapan tarikh serta konsep,’’ ujarnya.
Mawi dan RM5 juta

Dalam pada itu, Zainir menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya Mawi telah diberikan RM5 juta daripada Astro sebagai bayaran hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan.Kata Zainir, ia hanyalah satu spekulasi kerana sokongan Astro dalam penyiaran majlis itu merangkumi pelbagai perspektif.“Kami tidak membeli hak penyiaran tetapi ini adalah tanda kerjasama antara Astro dan Mawi.“Di Astro, sudah tentu kami gembira apabila Mawi dan Ekin akan bernikah. Untuk itu, kami akan lakukan yang terbaik dalam berkongsi kepada penonton mengenai perjalanan majlis pernikahan itu nanti,’’ tambahnya.

Program-program istimewa Astro sempena pernikahan Mawi-Ekin
*17 Disember 2008 (Rabu) - 9.30 malam
Oasis (saluran 106, Astro)
Kursus kahwin Mawi-Ekin (bahagian 1)
*18 Disember 2008 (Khamis) - 9.30 malam
Oasis (saluran 106, Astro)
Kursus kahwin Mawi-Ekin (bahagian 2)
*19 Disember 2008 (Jumaat) - 9.30 malam
Oasis (saluran 106, Astro)
Kursus kahwin Mawi-Ekin (bahagian 3)
*20 Disember 2008 (Sabtu) - 11 pagi
Oasis (saluran 106, Astro)
Siaran langsung majlis pernikahan Mawi-Ekin
*28 Disember 2008 (Ahad) - 11 pagi hingga 6 petang
Prima (saluran 105, Astro)
Siaran langsung majlis resepsi keluarga Mawi dari Felda Taib Andak, Johor
Dokumentari kisah cinta Mawi-Ekin
*11 Januari 2009 (Ahad) - 6 petang
Ria (saluran 104, Astro)
Dokumentari persiapan persandingan Mawi-Ekin
*11 Januari 2009 (Ahad) - 7.30 malam
Ria (saluran 104, Astro)
Siaran langsung majlis resepsi istimewa Mawi-Ekin dari Hotel Palace Of The Golden Horses

KRONOLOGI MAWI

FEBRUARI 2005-
Pertunangan Mawi dan Nor Diana Mohd Naim berdasar suka sama suka selepas beberapa tahun berkenalan.

MEI 2005-

Mawi terpilih dalam senarai peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).- Walaupun menjadi antara beberapa peserta yang tersingkir menerusi Konsert Prelude namun Mawi disenaraikan semula dan menyertai 12 peserta akhir. Komposer terkenal M Nasir sebagai pengetua ketika itu. Mawi dinobat juara AF3 pada pertandingan akhir yang berlangsung pada Ogos 2005.

NOVEMBER 2005-
Timbul gosip Mawi bermalam di rumah tunangnya ketika sambutan Aidilfitri
APRIL 2006-
Mawi dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Diana Rafar.
- Kisah memancing bersama pelakon itu ternyata menimbulkan kontroversi sehingga Mawi terpaksa memberi penjelasan apabila aktiviti berkenaan dilakukan beramai-ramai.
JULAI 2006-
Mawi dan Nordiana Mohd Naim memutuskan pertunangan mereka pada 10 Julai OKTOBER 2006- Mawi dikaitkan menghantar rombongan merisik seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis. Difahamkan, gadis yang menetap di Kampung Batu Gajah, Perak menjadi pilihan juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu bagi menunaikan hajat arwah bapanya, Allahyarham Ani Ahmad, 66, (Pak Atan) sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.
NOVEMBER 2006-
Mawi menafikan dakwaan berkawan dengan Nor'Asikin Rahmat atau Ekin walaupun heboh ketika itu gambar Mawi berkunjung ke rumah pelakon drama bersiri Kawan itu heboh disiarkan akhbar dan tersebar di internet.
JULAI 2007-
Mawi turut dikaitkan dengan gosip hubungannya dengan beberapa binatang Akademi Fantasia seperti Nur Heliza Helmi atau Heliza AF5. Namun desas-desus berkenaan hanya sementara.
OGOS 2007-
Mawi sekali lagi menjadi mangsa kontroversi apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja
MAC 2008-
Mawi akhirnya membuat pengumuman dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Nor'Asikin Rahmat atau Ikin.
OKTOBER 2008-
Mawi mengumumkan majlis pernikahannya bersama Ikin.

Saturday, October 25, 2008

Ekin teman ketika duka - Mawi


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

YANG pasti kini Mawi dan Ekin menanti penuh debar tarikh keramat 20 Disember yang akan menyatukan dua hati menjadi satu. –
TARIKH 21 Oktober 2008 pastinya akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh Mawi dan buah hati pengarang jantungnya, Ekin apabila segala-galanya tentang perkahwinan mereka dirungkaikan kepada pihak wartawan dan juga peminat yang menyaksikan sidang media mereka yang disiarkan menerusi saluran Awani, Astro.
Menurut Mawi, jika diikutkan kata hati, mahu sahaja dia melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang cukup sederhana.
Tetapi, beliau sedar, dengan statusnya sebagai penyanyi popular, agak mustahil untuknya berbuat demikian. Katanya, bimbang ada pula yang berkecil hati.
Namanya pun Mawi. Jadi, mahu atau tidak, beliau harus melangsungkan perkahwinannya dalam suasana yang agak berbeza dengan apa yang diidamkannya selama ini.
Itulah penangan dan harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang yang popular seperti Mawi.
Apa sahaja gerak-gerinya akan sentiasa mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai.
Luah Mawi dengan jujur, beliau mahu hari bersejarahnya itu kelak dikongsi bersama mereka yang banyak membangunkan karier seninya sepanjang tiga tahun bergelar artis.
“Saya cukup faham kalau buat kerja kahwin ini bukanlah satu kerja yang mudah. Nanti kalau kita buat besar-besaran, kita akan dikatakan cuba menunjuk-nunjuk dan riak. Tapi, kalau buat secara sederhana atau kecil-kecilan, lain pula yang dikatakan oleh orang luar seperti kedekut dan sebagainya.
“Jadi, selepas perbincangan dibuat dengan keluarga masing-masing dan juga Astro, jadi, inilah apa yang saya perlu lakukan demi menjaga hati semua pihak terutama peminat saya yang akan dapat menyaksikannya menerusi kaca televisyen. Saya mahu mereka sama-sama meraikan hari bersejarah saya,” kata Mawi sambil dipersetujui oleh Ekin.
Diminta untuk menceritakan tentang lamaran kepada buah hati pengarang jantungnya itu, Mawi sendiri tidak menyangka perkara itu (lamaran) akan terpacul daripada mulutnya saat ketika itu dia berada di Syria untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang hos.
“Saya masih ingat lagi ketika itu pada tarikh 30 April dan waktunya pula adalah pada pukul 12 tengah malam. Saya duduk di tepi tangga di hotel penginapan saya dan saya pun menghubungi Ekin.
“Biasalah, kalau jauh di mata, rindu pasti menyala dan membara (ketawa). Entah bagaimana, saya tanya kepada dia apa kata kalau kita kahwin bulan 12 nanti?
“Selepas daripada itu, orang pertama yang tahu adalah kakak saya dan kami pun menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Ekin pada bulan Jun lalu. Hasil daripada perbincangan kedua belah keluarga, kami menetapkan tarikh perkahwinan kami adalah dalam tempoh enam bulan daripada tarikh merisik,” cerita Mawi lagi.
Bagaimanapun, jelas Mawi, wang hantaran masih belum ditetapkan kerana keluarga Ekin tidak menetapkan sebarang harga untuk Mawi memberikan kepada kekasihnya itu.
“Saya ada bertanyakan kepada ibu Ekin berapa wang hantaran yang ditetapkan. Namun, apabila ibunya memberikan jawapan terpulang kepada saya untuk menetapkan sendiri, saya menjadi bingung (ketawa).
“Jadi, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan apa yang pasti, ia bukanlah senaskhah al-Quran,” kata Mawi sambil merujuk kepada soalan yang diberikan oleh pihak media.
Bagi Ekin sendiri, beliau tidak pernah menyangka Mawi akan melamarnya menerusi telefon dan berhasrat untuk menyuntingnya menjadi isterinya.
“Bila saya dengar dia berkata demikian, saya memang terperanjat kerana tidak menyangka itu yang keluar dari mulut Mawi yang saya kenal sebagai seorang yang gila-gila, happy go lucky dan kadang-kala bagaikan tiada perasaan apabila berbicara dengannya. Inilah yang dikatakan jodoh,” jelas pemilik nama sebenar Nora’ashikin Rahmat ini sambil mengerling manja kepada Mawi.
Berpacaran dengan bintang popular seperti Mawi, implikasinya memang memberikan tamparan yang cukup hebat buat Ekin.
“Ada ketikanya saya mahu menyerah kalah dan hampir putus asa dengan hubungan ini. Apatah lagi, kata nista dan cercaan yang dilemparkan kepada saya di awal perkenalan saya dengan Mawi, ia secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya.
“Namun, saya serahkan kepada takdir dan saya mengharunginya dengan penuh kesabaran. Sokongan daripada Mawi juga banyak membantu saya berdepan dengan cabaran ini.
“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah,” ujar bekas pelakon drama bersiri Kawan ini lagi.
Mawi akan menikahi Ekin pada 20 Disember ini di sebuah masjid yang masih belum ditetapkan lagi di Johor Bahru.
Pada sebelah malamnya, resepsi pihak pengantin perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru berkonsepkan moden kontemporari.
Untuk majlis tersebut, Ekin akan mengenakan busana rekaan Putra daripada Cosry.
Pada 28 Disember pula, majlis sambut menantu akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak, Kulai, Johor, dengan mengetengahkan konsep Jawa seperti mana yang dikehendaki sendiri oleh Mawi dan rekaan pakaian pengantin serta pelamin adalah ilham Zulfazli Suhadi dan Arma Couture.
Menariknya, malam sebelum itu, Mawi akan mengadakan sebuah konsert percuma di Padang Felda Taib Andak untuk para peminatnya yang akan menyaksikan dirinya membuat persembahan bersama bintang-bintang Akademi Fantasia serta artis-artis lain yang masih belum lagi diputuskan.
Kemuncak kepada majlis perkahwinan yang dianggap sebagai wedding of the year ini adalah majlis resepsi istimewa yang bakal diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 11 Januari 2009 dengan mengambil tema Malam Arab atau Arabian Night.
Untuk tema Malam Arab itu nanti, pereka terkenal, Rizalman Ibrahim dan Bon Zainal telah dipilih untuk mereka pakaian pengantin dan juga pelamin.
Malah, merpati dua sejoli ini akan menghadiri kursus kahwin eksklusif hanya untuk mereka berdua sahaja pada 4 November ini di Masjid Putrajaya.
Melihatkan perancangan yang telah dilakukan, dapat disimpulkan perbelanjaan untuk merealisasikan perkahwinan empunya nama penuh Asmawi Ani ini sudah pasti melibatkan kos yang besar.
Malah, ada yang mengatakan Mawi telah menerima peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menyiarkan hak eksklusif kepada Astro sempena perkahwinannya kelak.
“Ingin saya jelaskan di sini, segala spekulasi dan khabar angin yang mengatakan saya menerima sejumlah wang yang dikatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Tidak mungkin perkara itu akan terjadi,” ujar Mawi lagi.
Melihatkan riak wajah Mawi pada majlis sidang akhbar tersebut, sememangnya terpancar rona bahagia di wajahnya. Mungkin Mawi sendiri tidak pernah bermimpi untuk berdepan dengan situasi yang sebegini.
Lupakan sahaja kisah lampau yang telah memberikan impak yang bukan sedikit kepada diri anak muda berusia 27 tahun ini.
Apa yang pasti kini, dia mempunyai seorang sahabat yang sanggup bersusah senang bersamanya yang akan menjadi suri hidupnya.
“Ekin hadir dalam hidup saya tatkala saya memerlukan seseorang untuk mendengar keluhan dan rintihan saya di kala saya berduka. Dia seorang pendengar yang setia dan saya bertuah mempunyai seorang sahabat yang akan menjadi isteri saya.
“Malah, selepas berkahwin nanti, saya tidak akan menyekat aktiviti seninya malah, memberikan sokongan padu untuknya,” ujar Mawi tersenyum manis.
Mengecapi hidup sebagai seorang anak seni yang disanjung dan dipuja telah banyak mematangkan Mawi dalam setiap perkara yang mendatangi dirinya.
Untuk itu juga, dia begitu optimis dengan dirinya apabila diajukan soalan tentang popularitinya yang akan jatuh merudum apabila bergelar suami kelak.
“Rezeki semuanya ditentukan oleh Allah. Saya sebagai seorang artis akan sentiasa bekerja keras untuk terus menjadikan diri saya lebih baik daripada sebelumnya. Apa yang saya pinta kepada semua pihak terutama peminat saya, teruskan memberikan sokongan dan doakanlah kebahagiaan kami,” kata Mawi penuh harapan.