I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 29, 2009

Ulasan Konsert ke-3 AF7

Hafiz cemerlang buat kali ke-3


Konsert AF7 ke-3 berlangsung dalam suasana gelap pada setengah jam pertama semalam. Saya pun turut serta menyahut seruan kampen dunia untuk memadamkan lampu dalam tempuh 1 jam dari jam 8.30 – 9.30 malam. Sekali sekala seronok jugak bergelap, rasa macam dalam panggung wayang pulak.

Berbalik kepada konsert semalam, sememangnya ramai pelajar dapat menunjukkan peningkatan. Walaupun lagu-lagu yang mereka bawa tidak mesra telinga bagi mereka yang lahir selepas tahun 80an, namun mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan assignment yang diberikan oleh fakulti.

Saya setuju benar dengan komen Adlin, pelajar sepatutnya diberikan lagu2 yang benar2 mencabar mereka, lebih2 lagi di konsert yang ketiga. Kebanyakkan lagu adalah lagu santai yang tidak ada klimaks. Walaupun banyak unsur penceritaan tapi bukan itu yang penonton mahu. Apa yang penonton mahu adalah lagu2 yang memberi kesan dramatic atau yang memerlukan skil vokal yang tinggi. Contohnya lagi Rubisa, Aishah, Akim, Obri, Sidi, Claudia dan beberapa lagi, lagu mereka langsung tidak sesuai untuk dipertandingkan. Lagu2 sebegini lebih sesuai untuk dinyanyikan di majlis kenduri kawin, fun fair, konsert sukan rakyat malah konsert di sekolah!

Kesian dengan pelajar yang mendapat lagu sebegini. Bila dah menyanyi, kena hentam pulak dengan juri yang mengatakan tak ada impak, tak kreatif, tak cukup rasa, tak menjiwai dsbnya! Adilkah dengan pelajar? Sebaliknya pelajar yang mendapat lagu yang ada tarikan dan rancak seperti Yazid, Isma, Hafiz dipuji kerana dapat memikat penonton. Saya harap untuk konsert yang akan datang berilah lagu yang agak berat yang dapat menguji mental dan teknik vokal yang betul yang mereka pelajari di akademi. Kalau tidak, tiada gunanya mereka belajar etknik falseto, vibrato, soprano, Alto dan to- to yang lain; kalau setakat diberi lagu Gembala Kambing!!!


MENUJU PUNCAK


Seperti yang dijangka, persembahan Menuju Puncak secara acapella sungguh menakjubkan. Saya kira, ini adalah persembahan terbaik lagu Menuju Puncak sepanjang AF berlangsung dari AF1. Gabungan suara harmoni sungguh mengasyikkan. Tarian yang minimal tidak mencacatkan persembahan. Tahniah Cikgu Riz dan semua cikgu vokal yang memberi bimbingan yang cemerlang.



Berikut adalah penilaian saya untuk persembahan pelajar semalam ;



YAZID

Yazid agak beruntung kerana mendapat lagu yang lebih moden dari lagu2 lain dan dapat membuat penonton duduk diam dan menikmati persembahannya. Persembahan yang bagus, bertenaga dan jujur. Peningkatan yang jauh lebih baik berbanding minggu lepas. Yazid.. ‘You Rock!! ’.

5/10

ARIL

Wow… nyanyian Aril sungguh shahdu. Walaupun suara Aril masih belum matang namun Aril bijak menggunakan suaranya yang kebudak-budakkan. Penghayatan yang tinggi dan Aril berjaya menyampaikan lagu dengan baik hingga mendapat tepukan yang hangat dari penonton malah cikgu2 pun bersorak gembira. Tahniah Aril!

7/10

CLAUDIA

Semakin jelas wajah Claudia menyerupai Dayang! Stail rambut pun sama! Walaupun begitu, Claudia berjaya menonjolkan suaranya sendiri. Sayang sekali lagu yang di bawa tidak dapat memberi banyak impak. Salah seorang pelajar yang menjadi mangsa lagu!

6/10

RINI

Rini memberi persembahan terbaik dari 2 persembahan di konsert pertama dan ke-dua. Rini amat yakin, suaranya jelas dan lantang namun nasib tidak menyebelahi Rini apabila beliau tersingkir di akhir konsert. Mungkin sikap negatif rini yang dipertontonkan di diari menyebabkan rini tidak mendapat undi dari penonton. Sepatutnya rini lebih peka dan tahu setelah menyaksikan senior2 terdahulu yang mempunyai attitude problem yang menjadi cemuhan chatters di chanel@15. Apa-apapun Rini keluar dengan maruah!

4.5/10

QHAUD

Persembahan yang agak teruk. Pitching out, flat & sharp di merata tempat. Walaupun dari segi teknik vokal teruk tetapi Qhaud berjaya memberi persembahan yang menghiburkan. Sebenarnya Qhaud ada aura tersendiri tetapi Qhaud harus mencari di mana kelebihan yang dia ada. Saya rasa Qhaud lebih terarah kepada lagu yang berkonsep tradisional. Ini dapat kita lihat di diari apabila Qhaud menyanyikan lagu sebegini amat bagus sekali dengan lenggok yang betul dan merdu.

3/10


AKIM

Akim memulakan lagu dengan agak baik walaupun nampak jelas muka Akim tidak suka dengan lagu yang dibawa. Perasaan nervous masih bermain di hati Akim menyebabkan tariannya tidak ada centre point. Suara nada tinggi agak baik dan persembahan yang energetic.

4/10



RUBISA

Memang tidak dinafikan Rubisa mempunyai bakat yang bagus serta suara yang versatile. Namun setakat suara sahaja yang bagus kalau tidak diiringi dengan sikap yang baik akan membunuh Rubisa sendiri. Memang jelas di diari Rubisa ni jenis yang banyak cakap, negatif, bermuka-muka dan tidak menghormati pelajar lain. Scene yang menunjukkan sikap tidak puas hati Rubisa dengan Aishah amat menjengkelkan. Walhal Rubisa pernah masuk dalam program realiti MystarzLG musim pertama dulu, sepatutnya lebih matang. Yang dimaksudkan ada Pakej adalah termasuk muka, penampilan, suara & SIKAP. Kalu sikap tidak bagus hancurlah karier seorang penyanyi. Good luck Rubisa!

4/10


ZIZI

Kalau saya berada di stadium semalam, saya akan memberi ’standing ovation’ kepada Zizi!!! Tahniah.... persembahan Zizi sungguh memukau! Suara serak2 tu yang membuat Zizi unik dari pelajar lain. Harap Zizi dapat lagu Ella di konsert yang akan datang. Ada sesuatu yang saya nampak dalam diri Zizi! Zizi boleh pergi jauh! Go Zizi!

7/10



SIDI

Sidi! Mana perginya suara emas sidi? Sidi antara pelajar yang mempunyai suara ‘jantan’ yang bagus sekali akan tetapi Sidi masih terikat dengan perasaan rendah diri. Dah kawin dan berumur dari pelajar lain menyebabkan Sidi takut untuk membuat ‘all out’. Persembahan Sidi biasa-biasa sahaja dan tidak memberi apa2 kenangan!

4/10



OBRI

Ini lagi satu contoh pelajar yang mendapat lagu bertaraf ‘fun fair’. Kesian Obri! Lagi jadi mangsa keadaan. Tidak dinafikan Obri boleh menyanyi tetapi kepandaiannya itu tidak teruji! Penat sudah hampIr sebulan di akademi (sejak terpilih t0p 20) lagu ini yang Obri dapat? Takpe Obri, bila dah jadi penyanyi nanti Obri boleh pilih sendiri lagu yang Obri suka! Semuga sukses di luar sana! Pelajar akan ‘missed’ abang yang baik seperti Obri.

3/10


AISHAH

Lagu Mata dendangan Noor Kumalasari menjadi badi kepada Aishah yang merupakan salah seorang pelajar favorite musim ini. Lagu Mata yang anti klimaks menyebabkan persembahan Aishah kurang menyerlah untuk konsert ke-3 ini. Low note ada masalah dan Aishah tidak bijak memberi nafas baru lagu ini. Seharusnya Aishah lebih kreatif untuk membentuk lagu boring ini kepada sebuah lagu yang lebih menarik. Sekali lagi kasut tumit tinggi telah membataskan pergerakkan beliau. Nampaknya Cikgu Aris & cikgu2 lain telah menolak cadangan Aishah, penonton & juri agar Aishah tidak memakai kasut tumit tinggi! Setakat 1-2 inci tak pa, ini dibaginya 5 inci untuk Aishah pakai! Budak tu kan baru lepas SPM, mana tau nak pakai kasut macam Principal Tiara!

4/10

ISMA

Tidak dinafikan pengalaman mematangkan seseorang. Isma walaupun belum bergelar artis rakaman namun pengalaman Isma menyanyi di pentas bersama artis menjadi kelebihan kepada beliau. Isma amat yakin, fokus, tahu apa yang dibuat, tahu bagaimana memikat hati penonton, bijak menguasai pentas dan kamera dan sebagainya. Lagak Isma seperti penghibur di atas pentas. Setakat pitching lari sikit2 tidak menjejaskan persembahan Isma. Alah, penyanyi professional pun buat silap, inikan pula pelajar! Tahniah Isma!

7.5/10

HAFIZ

Apalagi yang patut saya komen kalau ke tiga-tiga juri mengiktiraf Hafiz sebagai juara di Konsert ke-3! Dewan bagai nak pecah dengan sorakan penonton. Barisan tenaga Pengajar pun menjerit bagai nak rak melihat persembahan mantap dari Hafiz. Kalau dilihat dari segi lagu, bukanlah lagu yang mesra telinga tetapi apabila berada di tangan Hafiz... satu keajaiban telah berlaku. Hafiz berjaya menghidupkan lagu tersebut! Suara lantang dan bertenaga telah memukau semua juri dan seluruh dewan pada malam itu. SOALAN SAYA, ADAKAH NASIB HAFIZ AKAN MENJADI SEPERTI BOB DI AF2? Dengan persembahan yang memukau hingga meremangkan buku roma Juri Farihin dan menggugurkan airmata Kutsia, Bob hanya berada di tangga ke 5! Fikir-fikirlah sendiri!

8.5/10

Anggun

Sementara menunggu keputusan penyingkiran, Anggun penyanyi bertaraf antarabangsa kelahiran Indonesia telah mempersembahkan sebuah lagu 'Jadi Milikmu '. Walaupun santai namun aura ’international’ beliau jelas terpancar dari persembahannya.




Carta Selepas Konsert


Isma 16%
Hafiz 13%
Aishah 8%
Aril 7%
Akim 7%
Claudia 7%
Zizi 7%
Qhaud 7%
Rubisa 6%
Sidi 6%
Yazid 6%
Rini 6%

Obri 5%



PELAJAR TERSINGKIR

Seperti yang dijangka, Rini & Obri merupakan 2 pelajar yang tersingkir untuk minggu ini. Keputusan ini tidaklah mengejutkan. Kalau dibandingkan dengan Rini, Sidi lebih layak untuk disingkirkan memandangkan persembahan yang suam-uam kuku untuk ketiga-tiga konsert.



Carta Jefbuj

1. Hafiz 8.5/10

2. Isma 7.5/10

3. Aril 7/10

4. Zizi 7/10

5. Claudia 6/10

6. Yazid 5/10

7. Rini 4.5/10

8. Aishah 4/10

8. Rubisa 4/10

9. Akim 4/10

10. Sidi 4/10

11. Qhaud 3/10

12. Obri 3/10



Komen2 blogger tentang Hafiz

1.Badrul Hashim / Murai.com

Selepas tiga persembahan di konsert mingguan yang langsung tidak mengecewakan, I am a Hafiz Fan! Lagu nih pun tak mencabar sangat keupayaan vokal Hafiz tetapi dia ada nilai artistik yang tinggi dan dikeluarkan sepenuhnya dalam persembahan. Nyanyian dan persembahan Hafiz nampak effortless! Tiga minggu berturut-turut membuatkan Akademi Fantasia jadi konsert Hafiz Fantasia. I can't wait to watch the final concert, just for me to be able to watch Hafiz perform live on the stage. As far as I'm concern, Hafiz is MY champion in AF7. Sebab, menang atau tidak, I akan support dia. Kalau dalam konsert seterusnya nanti persembahan Hafiz tetap hebat macam nih, I'm going to change from just a fan to a die-hard fan! In my humble opinion, kalau nak bawa artist ke pentas antarabangsa, Hafiz is the one!

Note to myself: I should start kumpul duit dari sekarang to buy Hafiz's album, to go to his concerts, or even beli tiket kapalterbang tengok dia perform kat pentas antarabangsa (muhahaha)

2. Mr.Manager.blogspot

Three weeks in a row this boy has nailed his performances CONSISTENTLY. Now that is what I call PROFESSIONAL and worth RM20 if you bought a ticket to watch the show live at Dewan Seri Putra every week. Hafiz has created ANTICIPATION. What I mean by this is EVERY WEEK both you and I wait to see what he will be DELIVERING. And that is COMMERCIAL. No, I am not being biased. I am telling it how it is. He is the only student so far to actually deserve the high percentage of votes he is getting. Wide vocal range, natural use of his resonators, very wide open throat, strong support and excellent projection. You think that's easy? Plus, cool moves and a stage presence to match. Please Hafiz,stay.humble.


note : gambar dari mrmanager.blogspot.com

1 comment: