I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 28, 2009

MEMORI DAN NOSTALGIA

Ayahanda Hj.Bujang ( 2 dari kanan )

Datuk Sulaiman Siong ( berseluar hitam )

Gambar keluarga sebelah ayah sememangnya senantiasa di dalam album peribadi saya. Ini adalah penting untuk mengingatkan asal usul saya. Datuk saya berasal dari Singapura yang berketurunan Cina ( Hakka ). Nama datuk saya ialah Mr.Chin Kin Siong dan setelah memeluk agama Islam, beliau menukar nama kepada Sulaiman Siong Abdullah.


Setelah berhijrah ke Sarawak, beliau telah berkahwin dengan nenek saya iaitu Puan Hindun binti Mat Arif yang berketurunan Melanau dari Matu, Sarawak. Mereka dikurniakan dengan 5 orang anak dengan nama yang unik iaitu Hajjah Umi Kalthom, Haji Bujang (ayah saya ) Haji Thamby, Jabli dan Haji Onn. Cuma ayah saya yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 69 tahun, lima tahun yang lalu. ( Al-Fatihah ).


No comments:

Post a Comment