AKIM
Satu/Buronan Cinta
Bila Nak Saksi/Lagu Untukmu
Akan Tiba/Ada Untukmu
Sembilu/ Wonder Woman
Selamat Ulang Tahun/Kukoo
Merawat Luka Terpendam/Asyik
Benar Benar/Robot
Aku Sindarela/Kiblatku
Lelaki Ini/Fikirlah
Wanita/ Ku Mahu
Cinta Ini Membunuhku/Toyol
ISMA
Jat Da Da Da/Hello
Konsert AF7 baru sahaja selesai semalam. Apa pandangan anda? Biasa2 sahaja ? Teruk atau meningkat? Pada pendapat saya perjalanan konsert amat lancar namun kurang menyengat, Cuma beberapa orang pelajar yang menunjukkan peningkatan dan menyerlah seperti Hafiz, Isma, Qhaud dan Claudia. Yang lain-lain lebih baik semasa berlatih di dalam diari daripada konsert sebenar. Contohnya Yazid, beliau yang mempunyai vokal yang baik, gagal memberi persembahan sepertti yang diharapkan. Sebaliknya Adila yang memberi persembahan yang jauh lebih baik dari Yazid disingkirkan. Inilah yang terjadi bila JARI MENJADI JURI. Mungkin Adila adalah seorang artis, penonton fikir tidak perlu untuk Adila menang ataupun penonton lebih memberi peluang kepada pelajar lain untuk mengejar cita2 mereka menjadi penyanyi. Ini pernah berlaku semasa rancangan OIAM musim pertama dulu di mana Dayang Nurfaezah disingkirkan sebelum melangkah ke konsert akhir.
Berikut adalah komen peribadi saya tentang persembahan pelajar2 AF7 sabtu lepas;
AKIM
Betul seperti kata Adlin, Akim nampak kongkang apabila menari. Pergerakan tak tentu hala menyebabkan Akim seperti hilang arah menyebabkan pitching berterabur, terutama apabila memulakan lagu ke-2. Walaupun suara Akim baik namun Akim tidak tahu bagaimana menggunakan kelebihan itu. Harap Akim tidak banyak main2 semasa kelas sepertimana yang dinyatakan oleh Cikgu Siti Hajar.
3/10
ADILA
Kelebihan sebagai penyanyi tidak disia-siakan oleh Adila. Adila membuat persembahan ‘all out’ terutama semasa membawa lagi dangdut. Persembahan yang bersahaja telah memakan diri sendiri. Tidak ada ‘x factor’ menyebabkan Adila gagal menambat hati pengundi.
4/5
YAZID
Amat kecewa, begitulah pendapat saya. Sepatutnya lagu Anuar Zain yang menjadi pengemudi carta2 di radio ini boleh dibawa dengan baik oleh Yazid. Sebaliknya tiada magic yang dilakukan oleh Yazid. Lagu berhantu ini seolah2 tiada istimewa. Nampak jelas suara Yazid tidak selari dengan muzik. Kalau benar Yazid tidak mendengar monitor bagaimana pula pelajar lain? Takut pulak Yazid seperti Faizal AF6 yang dikatakan pekak nada.
3/5
HAFIZ
Seperti yang dijangka, persembahan Hafiz tetap konsisten. Tidak mengecewakan. Hafiz tetap mengungguli carta Pengetua untuk minggu ke-2. Apabila Hafiz membawa lagu Toyol, jelas Hafiz mempunyai tone suara yang pelbagai. Lontaran vokal yang mantap telah membuatkan Juri Edry & Adlin memilih Hafiz sekali lagi sebagai persembahan terbaik malam itu. Tahniah Hafiz.
8/10
AISHAH
Tidak mengecewakan! Memang payah untuk membaaw lagu Faizal Tahir namun Aishah berjaya membawanya dengan gaya tersendiri. Aishah ni walaupun kecil tetapi bakat nya adalah besar. Beliau seperti minggu lepas tetap yakin di atas pentas. Cuma satu sahaja yang menjadikan Aishah nampak kurang selesa di atas pentas iaitu kasut yang bertumit tinggi. Walaupun Adlin pernah menegur kasut Aishah pada konsert pertama dulu namun cadangan itu tidak diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab menyediakan wardrobe.
5/10
CLAUDIA
Lagu Dato Siti dibawa dengan cara tersendiri. Akan tetapi kelemahan Claudia ialah, dia tidak sustain note dengan baik. Sebab itu setiap bait lagu terputus-putus dan nampak kurang kemas. Masalah ini mula nampak sejak Claudia membawa lagu Sempurna konsert pertama dulu. Mungkin apa yang diajar oleh Cikgu tidak dipraktikkan semasa konsert. Harapan saya Claudia belajar dari kesilapan lalu. Pun begitu Adlin suka dengan persembahan Claudia sehingga beliau minta maaf pada Claudia apabila memilih Hafiz sebagai pelajar terbaik bukan Claudia.
6/10
ISMA
Pengalaman menjadi sandaran Isma untuk memberi persembahan yang memukau. Namun suara Dato Siti tetap menghantui persembahan vokal Isma. Harap Isma dapat mencari identiti sendiri, mungkin dengan membawa lagu yang jauh dari pengaruh Siti. Persembahan yang energetic.
7/10
AIRIL
Tone suara memang sedap tetapi Airil gagal membawa lagu Adam dengan baik. ‘Over do’ itulah yang dikatakan Adlin menyebabkan banyak pitching ke laut. Ekspresi wajah adalah sama walaupun Airil membawa 2 buah lagu yang berlainan genre. Airil juga sepatutnya menari lebih baik untuk lagu Robot memandangkan Airil seorang shuffler.
4/10
QHAUD
Qhaud berjaya membawa lagu dengan baik walaupun di kritik hebat oleh Juri. Persembahan beliau mantap. Agak terkejut apabila beliau dipilih menjadi Pelajar Terbaik oleh Tenaga Pengajar sedangkan persembahan Hafiz & Isma jauh lebih baik dari beliau. Mungkin peningkatan yang ketara dari konsert pertama membuatkan beliau mendapat credit dari tenaga pengajar.
5/10
RUBISA
Persembahan Rubisa agak biasa walaupun beliau
5/10
OBRI
Tiada apa yang menarik dari Obri kecuali keberanian beliau di atas pentas. Suara lantang namun banyak placement yang salah. Lucu jugak apabila beliau dikatakan puppet dan AC menyuruh Obri duduk di atas riba nya dan berlakon sebagai Puppet. Lawak bodoh lah! Apa ingat ini Raja Lawak ke?
4/10
ZIZI
Wow! Suara minah rock ni amat memukau, cuma kurang stamina. Begitu bijak mengawal ruang pentas. Nampak macam Superstar!
6/10
SIDI
Pemilik suara jantan ini memukau apabila menyanyi pada peringkat permulaan. Namun sayang Sidi tidak bertenaga sampai ke akhir persembahan. Riak takut di wajah Sidi masih kelihatan.
5/10
RINI
Tidak ada perubahan ketara kalau dibandingkan dengan persembahan rini minggu lepas. Sikap keras kepala rini menyebabkan pengundi rasa jelek untuk mengundi beliau ( dari chat2 di c@15 ). Saya harap rini dapat mengubah persepsi pengundi dengan mengubah sikap lebih positif di hari yang mendatang.
3/10
- Hafiz 11%
- Isma 10%
- Aril 9%
- Aishah 8%
- Akim 7%
- Zizi 7%
- Yazid 7%
- Rubisa 7%
- Claudia 7%
- Sidi 6%
- Qhaud 6%
- Rini 6%
- Obri 6%
- Adila 4% Tersingkir
Carta jefbuj
Hafiz 8/10
Isma 7/10
Zizi 6/10
Claudia 6/10
Aishah 5/10
Rubisa 5/10
Sidi 5/10
Qhaud 5/10
Adila 4/10
Obri 4/10
Airil 4/10
Akim 3/10
Rini 3/10
Yazid 3/10
hye...
ReplyDeletemy fav still
AKIM (nice vocal... i know he can shine)
ARIL (like d husky voice... sesuai jd artis2 KRU dimana attitude&showmanship lebih penting)
ISMA (like her vocal )
AISHAH (d voice is something... nice)