I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 23, 2009

Kursus Operasi & Pengendalian Homestay @ Sibu








Saya memohon berbanyak maaf kerana tidak update blog ini sejak Isnin lepas sebab saya ‘traveling’ ke Sibu dari 18 – 22 Mac. (Baru je balik semalam.) Sebenarnya saya telah dijemput menjadi fasilitator untuk Kursus Operasi & Pengendalian Homestay bertempat di Premier Hotel Sibu. Kursus tersebut adalah anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Mukah.

Peserta kursus terdiri daripada pengusaha Homestay di Kampung Senau, Oya yang terletak di Dalat, Mukah. Seramai 11 orang Tuan Rumah telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut. Walaupun mereka telah menjalankan perniagaan hampir 10 tahun namun masih banyak kelemahan yang perlu diatasi terutama bahagaian operasi, pemasaran dan pengurusan kewangan.


Bagi saya, ini adalah kumpulan yang paling kecil yang pernah menghadiri kursus yang saya ajar. Biasanya 25 orang sehingga ke 350 orang! Bagi saya, saya lebih suka kumpulan kecil sebegini sebab lebih senang untuk handle berbanding kumpulan yang besar.

Antara Modul yang saya ajar adalah :


1. PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN HOMESTAY

2. KHIDMAT PELANGGAN

3. PROSIDUR & PERSEDIAAN MENYAMBUT TETAMU

4. TIPS PENYEDIAAN

5. PERANCANGAN MENU,KOS PERBELANJAAN & PERANCANGAN MENU

6. PERANCANGAN AKTIVITI HARIAN & PERANCANGAN ATURCARA

7. PEMASARAN DAN JUALAN

8. ASAS PEMANDU PELANCONG

9. PENGENDALIAN HOMESTAY

10.PENYEDIAAN PAKEJ

11.PROSIDUR TEMPAHAN &STATISTIK & REKOD JUALAN

12.PENGURUSAN KEWANGAN


Di dalam modul2 tersebut, banyak kertas kerja yang perlu peserta bentangkan dan juga ‘role play’ yang sungguh mencuit hati !


Kursus bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga ke 10.30 malam. Memang agak memenatkan kerana saya terpaksa bercakap selama 12 jam sehari namun saya puas kerana semua pelajar bersemangat dan memahami apa yang saya ajar.


Di akhir kursus tersebut, sijil penyertaan telah disampaikan kepada semua peserta oleh Pegawai dari KPSU, Putra Jaya iaitu En. Nur Azmi Ahmad. En. Abdah Arbi Wakil dari LKIM Wilayah Mukah turut dijemput untuk memberi ucapan penutupan. Selain itu En. Awangku Omar, Pengurus Besar LKIM Mukah, Cik Liana, Pegawai LKIM Mukah, En.Azmi & Puan Suzana dari LKIM Kuala Lumpur turut hadir untuk memastikan kursus berjalan dengan lancar.


En.Azmi telah menyarankan saya untuk memberi kursus di Pantai Timur iaitu Kelantan, Trengganu & Pahang dan akan menghubungi saya dalam masa yang terdekat. Insya Allah, jika tidak ada aral saya menerima tawaran tersebut dan bersedia berkhidmat untuk mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman tidak kiralah di mana sahaja.


No comments:

Post a Comment