Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
AWEERA tersenyum bangga apabila dipuji pengkritik OIAM 3 sambil diperhatikan pengacara, Marion dan Awal. Aweera menerima imuniti selepas Esther dan Amylea. |
Persembahan kebanyakan peserta One In A Million dapat pujian pengkritik
Malah kehadiran juara Malaysian Idol pertama, Jaclyn Victor sebagai juri undangan turut menampakkan graf membanggakan apabila prestasi peserta terus menghangatkan program realiti yang sudah bersiaran musim ketiga ini. Tidak keterlaluan andai dikatakan peserta lelaki, Aweera, Tomok, Nine, Simon dan Rizu yang lebih menyerlah berbanding peserta wanita yang ada.
Peserta dari Utan Aji, Perlis iaitu Aweera yang menerima kritikan paling pedas pada minggu kedua hingga mengundang kontroversi apabila terpacul perkataan ‘menyalak’ daripada Syafinaz berjaya menerima imuniti kesan persembahannya menyanyikan lagu Gemilang dengan cara ‘rock’ tersendiri.
Bagaimanapun, Syafinaz menafikan yang pemilihan Aweera mengikuti jejak Esther dan Amylea untuk menerima pengecualian daripada diundi minggu seterusnya sebagai usaha menebus keterlanjurannya mengkritik peserta yang ingin memperjuangkan irama rock ‘kapak’ itu.
“Secara keseluruhannya saya boleh tersenyum puas apabila peserta yang tinggal melakukan persembahan yang bagus jika mahu dibandingkan persembahan minggu kedua yang agak teruk. Cuma, ada dua, tiga orang daripada mereka yang tidak menyerlah. cerita selanjutnya....
No comments:
Post a Comment