I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 10, 2009

Tiara Jacquelina Pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh

Budiey Blog

Selepas sebulan berteka-teki, Astro Ria mengumumkan Datin Seri Tiara Jacquelina, 41, sebagai pengetua program realiti paling popular Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh di sini malam ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, Jacquelina merupakan calon Pengetua AF7 yang sesuai dan berkelayakan berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang lakonan, tarian, penerbitan serta nyanyian.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa lima bulan untuk mencari calon pengetua yang sesuai berdasarkan kriteria ditetapkan.

"Antara kriteria itu ialah pengalaman calon, komitmen dan idea yang mampu dicurahkan oleh calon pengetua yang dipilih," katanya selepas majlis pengumuman tersebut di sini.

Pemilihan pelakon teater muzikal Puteri Gunung Ledang itu sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi jawatan Pengetua AF7 yang sebelum ini heboh diperkatakan.

Selain Tiara, nama-nama lain yang pernah disebut mengisi jawatan itu antaranya penyanyi Datuk Sheila Majid, Pengarah Urusan KRU, Norman Abdul Halim, pemuzik Acis dan komposer Farihin Abdul Fatah serta penyanyi, Anita Sarawak.

Tiara merupakan pengetua AF wanita pertama dalam program TV realiti itu di mana enam pengetuanya sebelum ini merupakan di kalangan lelaki.

Sementara itu, Tiara ketika ditemui berasa terharu dengan pemilihannya sebagai Pengetua AF7 yang akan memulakan siarannya selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Saya membuat keputusan menerima tawaran jawatan ini beberapa hari yang lepas dan saya terharu dengan pemilihan ini.

"Saya pernah berkata kepada media bahawa selepas pementasan Puteri Gunung Ledang, saya ingin menubuhkan akademi seni sendiri.

"Jadi, saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk saya mencurahkan pengalaman dalam bidang seni kepada para peserta program ini," ujarnya.

AF7 yang akan dihoskan oleh AC Mizal itu sudah menemui 14 peserta yang akan bertanding selama 10 minggu bagi merebut gelaran juara.

Konsert minggu pertama AF7 akan diadakan pada 14 Mac ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil di sini pukul 9 malam dan penonton yang menyaksikannya dikenakan tiket RM20.

Senarai Lagu Konsert Minggu Pertama AF7:

  1. Claudia - Sempurna (Andra & The Backbone)
  2. Isma - Sepi (Yuni)
  3. Adila - Di Bawah Pohon Asmara (Jac)
  4. Zizi - Molek (Elyana)
  5. Rubisa - Matahariku (Agnes Monica)
  6. Aishah - Dan Sebenarnya (Yuna)
  7. Rini - Elegi Sepi (Azharina)
  8. Akim - Hatiku Kau Luka (AlleyCats)
  9. Obri - Jeritan Batinku (Allahyarham P. Ramlee)
  10. Aril - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
  11. Hafiz - Lagu Kita (Aizat)
  12. Qhaud - Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)
  13. Yazid - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
  14. Sidi - Terima Kasih Cinta (Afgan)

komen jefbuj

Saya sungguh teruja apabila Tiara muncul dalam diari af7 semalam. Saya puas hati sebab saya amat yakin dgn kredibiliti Tiara sebagai Pengetua. Tengok saja Theatre Puteri Gunung Ledang! Bukan senang untuk mengurus sebuah produksi sehebat itu. Itulah 'transformasi' yang dijanjikan oleh pihak Astro. Harapan saya agar Tiara dapat men'transform'kan rancangan AF7 menjadi satu program realiti yang akan dikenang sepanjang masa seperti AF2 & 3.

Saya geram apabila chatters di c@15, belum apa-apa lagi pelbagai kutukan dan kata2 tak senonoh dilemparkan kepada Tiara. Apa ni???? Apa lagi yang dpt memenuhi nfsu serakah mereka? Ramli MS tak bagus, Roslan tak bagus, M.Nasir tak bagus semua tak bagus! Siapa lagi bagus??? Kadang2 malas nak layan tapi apa boleh buat benda dah terlepas masuk dalam carpet C@15.

Cadangan saya, elok pihak Astro & moderator menapis segala sms yang masuk supaya tidak mengaibkan pelajar & tenaga pengajar. Saya tahu, yang menghantar sms bodoh tu adalah terdiri dari budak sekolah yang belum matang. Pihak Astro seharusnya memantau sms2 yang dikirim sebelum disiarkan di kaca TV yang boleh dibaca oleh jutaan penonton. Jangan disebabkan coretan yang bodoh orang luar memandang rakyat Malaysia adalah warga yang kurang ajar! Renung2kanlah!


gambar : budiey.com

No comments:

Post a Comment