SABAN minggu peminat-peminat setia rancangan realiti One In A Million Musim 3 (OIAM 3) menyaksikan penyingkiran demi penyingkiran peserta berlaku. Penyingkiran peserta dalam program realiti ini bukan merupakan satu perkara yang baru, kerana memang begitu format OIAM ia diperkenalkan lagi. Berbeza dengan dua musim yang pertama, penyingkiran peserta di OIAM3 dilihat sedikit menarik apabila seorang demi seorang peserta wanita menjadi mangsa disingkirkan daripada program realiti yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta.
Bermula dengan penyingkiran Ayu, Han, Pija dan Anith, minggu lepas menyaksikan giliran Fifi mengikut jejak langkah kawan-kawannya yang lain apabila diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah sebelum persembahan minggu keenam berlangsung. Penyingkiran Fifi, menjadikan hanya tinggal dua orang lagi peserta wanita berjuang untuk merebut hadiah lumayan yang disediakan iaitu Ester dan Amylea.
Bagi juri tetap OIAM, Paul Moss, tidak terkejut dengan keputusan tersebut, memandangkan persembahan Fifi dengan lagu Pria Terhebat pada minggu sebelumnya paling kurang menyerlah berbanding peserta-peserta lain. Paul Moss juga tidak menafikan bakat yang ada pada Fifi, memandangkan Fifi pernah membuat persembahan yang boleh dibanggakan terutamanya pada minggu kedua dan ketiga. "Cuma mungkin persembahan minggu kelima agak kurang memuaskan seterusnya menyebabkan Fifi mendapat undian terendah," ujarnya.
Syafinaz juga turut sependapat dengan rakannya, Paul Moss, dan percaya bakat Fifi mampu mewarnai lagi dunia hiburan kelak. Ketika diminta mengulas sama ada penonton bias terhadap peserta lelaki berbanding wanita, Syafinaz berkata, banyak kemungkinan yang boleh dijadikan faktor penyingkiran peserta wanita. "Secara logiknya, peserta wanita kurang menonjol berbanding peserta lelaki. Apatah lagi, peserta lelaki sendiri menunjukkan persembahan yang lebih memuaskan di samping masing-masing mempunyai gaya tersendiri. "Hasilnya, pengundi-pengundi negara ini menterjemahkan keadaan tersebut dengan memberikan undian terendah kepada peserta wanita.
"Bukan tidak pernah kami ingatkan sebelum ini, namun ada lagi peserta yang tidak menunjukkan peningkatan daripada kualiti suara, gaya dan persembahan pentas serta terus selesa berada di zon selamat." kata wanita tinggi lampai itu. Bagi Syafinaz, setakat minggu tersebut, hanya Tomok dan Ester yang telah keluar daripada zon selesa mereka dan berani mengambil risiko bermain dengan muzik. "Persembahan kedua-duanya memang menunjukkan peningkatan dan mereka bijak dalam susun atur muzik yang bakal dinyanyikan. "Cuma kelebihan Tomok pada malam ini berbanding Ester ialah lebih bertenaga dan berani mengubah lagu Ingin Bersamamu kepada satu genre muzik yang baru.
"Persembahan Ester juga tidak kurang hebatnya, dan saya lebih menggemari melodi yang didendangkan oleh Ester berbanding lagu asalnya," tambahnya. Kenyataan Syafinaz disangkal oleh Paul Moss yang merasakan persembahan Ester kurang memberikan impak sehingga meninggalkan kesan mendalam untuk diingati penonton. Bersandarkan itu, Syafinaz, Paul Moss dan pengkritik jemputan, Francesca Peter sebulat suara memilih Tomok sebagai pemegang imuniti.
Minggu lepas juga menyaksikan Tomok sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Ingin Bersamamu dendangan pengkritik tetap OIAM, Syafinaz. Gusar sedikit dengan pilihan Tomok, namun ia dapat ditepis Tomok seawal persembahan sehingga usai. Nyata kelebihan penyanyi utama kumpulan New Boyz ini terserlah, bukan sahaja memiliki suara yang bagus, tetapi juga bijak berkarya mencorak persembahan. "Formula saya ialah saya kena menjadikan lagu tersebut seolah-olah milik sendiri terutamanya apabila melibatkan susunan muzik serta persembahan.
"Pemilihan lagu juga penting. Kita perlu menanggung risiko dengan lagu yang dipilih, sama ada ia bakal disukai penonton atau tidak. "Saya bersyukur kerana mendapat imuniti pada minggu ini dan ia juga berada di luar jangkaan saya," ujar Tomok sambil tersenyum kerana percaturannya berjaya. Mengimbau kembali persembahan Tomok sepanjang enam minggu ini, Tomok kelihatan lebih selesa membawa lagu yang rancak dengan suntikan elemen rock. Percubaannya membawakan lagu balada seperti minggu lepas nyata tidak berjaya menarik perhatian pengkritik.
Tomok yang bimbang dilabel sebagai penyanyi yang hanya boleh membawa satu genre lagu, berjanji akan terus cuba mempelbagaikan persembahan pada minggu-minggu akan datang. Selain Tomok (mempersembahkan lagu Ingin Bersamamu) dan Ester (I Don't Love), lima peserta lain terus berjuang merebut gelaran jutawan baru OIAM 3 ialah Simon (Eternity), Rizu (Naluri Lelaki), Aweera (Enter Sandman), Amylea (Satu Dalam Sejuta) dan Nine (Nakal).
SUDAH masuk minggu ketiga, peserta rancanganrealiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) belum menunjukkan kematangan sebagai penyanyi, malah jauh panggang dari api sekiranya mahu diangkat menjadi penghibur bertaraf antarabangsa.
Pada saat peserta rancangan realiti corak sama, sudah mampu menyusun kembali lagu mahu didendangkan, peserta AF7 adalah sebaliknya apabila ada antara mereka masih gagal untuk mengenal vokal sendiri dan menyanyi mengikut nota lagu.
Dua jam menyaksikan konsert yang berlangsung di Stadium Sri Putra, Bukit Jalil, malam kelmarin terasa amat menyesakkan. Persembahan peserta membosankan dan lebih penting ada antara mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan di atas pentas.
Sewaktu sidang akhbar sebaik konsert tamat, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina menyatakan pihaknya memilih lagu bertemakan 80-an pada minggu ini.
Sistem pembelajaran turut mengalami 'transformasi' apabila peserta mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan Ida Nerina terlebih dulu sebelum melakukan kelas vokal dan persembahan, bagi membolehkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.
Apa yang dijelaskan Tiara, ternyata tidak berlaku di pentas apabila hampir semua peserta tidak memahami apa yang dinyanyikan. Mereka kelihatan kurang selesa dengan gerak nampak terlalu mekanikal. Ia tidak organik atau dalam erti kata lain persembahan peserta tidak telus dan jujur.
Sebagai bukti apabila pengkritik tetap Adlin Aman Ramli bertanya kepada peserta berasal dari Johor Bahru, Johor, Afiq (Akim) Hakim Ahmad mengenai maksud senikata HA! HA! Oo! Oo! dalam lirik lagu Anak Pengembala, dia berkata ia tanda 'gembira' sedangkan Adlin menjelaskan ia tanda pengembala menghalau ternakannya.
Ia jelas menunjukkan pelajar tidak faham apa yang dinyanyikan, dan Adlin menyelar sikap peserta ini yang disifatkan kurang serius kerana walaupun menjalani latihan selama tiga hari tetapi apa yang dipersembahkan ibarat persediaan dibuat dalam masa tiga jam saja.
Pengkritik jemputan Profesor Madya Khiril Johari Johar pula menegur beberapa peserta termasuk Akim, Ahmad (Obri) Sobri Hasmuni, Mohd Qhauhd (Qhaud) Abdul Rashid dan Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi) yang gagal menyanyi dengan baik.
Sebaik buka mulut ada antara nada suara mereka lari dari tempo, penyampaian kurang jelas dan persembahan tidak konsisten. Rata-rata persembahan mereka tidak ubah seperti menyanyi di pentas sekolah sempena sambutan akhir tahun atau berkaraoke. Walaupun lagu 80-an kedengaran mudah untuk dipersembahkan tetapi ia sarat dengan maksud dan memerlukan gaya dan imaginasi tinggi.
Minggu ini hanya ada dua saja peserta yang cemerlang sewaktu mengadakan persembahan, Ismaliza (Isma) Ismail, yang menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja nyanyian asal kumpulan Freedom dan peserta dari Sarawak, Mohd (Hafiz) Hafiz Mohd Suip yang menyanyikan lagu Mat Disko dendangan asal Sudirman Arshad.
Sementara itu, kelmarin dua pelajar tersingkir dari AF7 iaitu Zuzafrini (Rini) Zulkifli, yang menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja dan Obri yang menyanyikan lagu asal nyanyian mendiang Broery Marantika, Abang Beca.
Sewaktu ditemui sebaik konsert tamat, Rini menjelaskan dia sedih apabila tersingkir tetapi tidak akan putus semangat. Dia pernah cuba menghasilkan album bersama adik kembarnya turut bercadang meneruskan perjuangan dalam bidang seni.
Sementara itu, Obri pula berkata selepas ini segala aktiviti seninya akan diuruskan pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan tidak berasa ralat terasa tersingkir kerana mempunyai ijazah yang mampu menjamin masa depan.
Konsert AF7 ke-3 berlangsung dalam suasana gelap pada setengah jam pertama semalam.Saya pun turut serta menyahut seruan kampen dunia untuk memadamkan lampu dalam tempuh 1 jam dari jam 8.30 – 9.30 malam.Sekali sekala seronok jugak bergelap, rasa macam dalam panggung wayang pulak.
Berbalik kepada konsert semalam, sememangnya ramai pelajar dapat menunjukkan peningkatan.Walaupun lagu-lagu yang mereka bawa tidak mesra telinga bagi mereka yang lahir selepas tahun 80an, namun mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan assignment yang diberikan oleh fakulti.
Saya setuju benar dengan komen Adlin, pelajar sepatutnya diberikan lagu2 yang benar2 mencabar mereka, lebih2 lagi di konsert yang ketiga.Kebanyakkan lagu adalah lagu santai yang tidak ada klimaks.Walaupun banyak unsur penceritaan tapi bukan itu yang penonton mahu.Apa yang penonton mahu adalah lagu2 yang memberi kesan dramatic atau yang memerlukan skil vokal yang tinggi.Contohnya lagi Rubisa, Aishah, Akim, Obri, Sidi, Claudia dan beberapa lagi, lagu mereka langsung tidak sesuai untuk dipertandingkan.Lagu2 sebegini lebih sesuai untuk dinyanyikan di majlis kenduri kawin, fun fair, konsert sukan rakyat malah konsert di sekolah!
Kesian dengan pelajar yang mendapat lagu sebegini.Bila dah menyanyi, kena hentam pulak dengan juri yang mengatakan tak ada impak, tak kreatif, tak cukup rasa, tak menjiwai dsbnya!Adilkah dengan pelajar?Sebaliknya pelajar yang mendapat lagu yang ada tarikan dan rancak seperti Yazid, Isma, Hafiz dipuji kerana dapat memikat penonton.Saya harap untuk konsert yang akan datang berilah lagu yang agak berat yang dapat menguji mental dan teknik vokal yang betul yang mereka pelajari di akademi.Kalau tidak, tiada gunanya mereka belajar etknik falseto, vibrato, soprano, Alto dan to- to yang lain; kalau setakat diberi lagu Gembala Kambing!!!
MENUJU PUNCAK
Seperti yang dijangka, persembahan Menuju Puncak secara acapella sungguh menakjubkan.Saya kira, ini adalah persembahan terbaik lagu Menuju Puncak sepanjang AF berlangsung dari AF1. Gabungan suara harmoni sungguh mengasyikkan.Tarian yang minimal tidak mencacatkan persembahan. Tahniah Cikgu Riz dan semua cikgu vokal yang memberi bimbingan yang cemerlang.
Berikut adalah penilaian saya untuk persembahan pelajar semalam ;
YAZID
Yazid agak beruntung kerana mendapat lagu yang lebih moden dari lagu2 lain dan dapat membuat penonton duduk diam dan menikmati persembahannya.Persembahan yang bagus, bertenaga dan jujur.Peningkatan yang jauh lebih baik berbanding minggu lepas.Yazid.. ‘You Rock!! ’.
5/10
ARIL
Wow… nyanyian Aril sungguh shahdu.Walaupun suara Aril masih belum matang namun Aril bijak menggunakan suaranya yang kebudak-budakkan.Penghayatan yang tinggi dan Aril berjaya menyampaikan lagu dengan baik hingga mendapat tepukan yang hangat dari penonton malah cikgu2 pun bersorak gembira.Tahniah Aril!
7/10
CLAUDIA
Semakin jelas wajah Claudia menyerupai Dayang!Stail rambut pun sama!Walaupun begitu, Claudia berjaya menonjolkan suaranya sendiri.Sayang sekali lagu yang di bawa tidak dapat memberi banyak impak.Salah seorang pelajar yang menjadi mangsa lagu!
6/10
RINI
Rini memberi persembahan terbaik dari 2 persembahan di konsert pertama dan ke-dua.Rini amat yakin, suaranya jelas dan lantang namun nasib tidak menyebelahi Rini apabila beliau tersingkir di akhir konsert.Mungkin sikap negatif rini yang dipertontonkan di diari menyebabkan rini tidak mendapat undi dari penonton.Sepatutnya rini lebih peka dan tahu setelah menyaksikan senior2 terdahulu yang mempunyai attitude problem yang menjadi cemuhan chatters di chanel@15. Apa-apapun Rini keluar dengan maruah!
4.5/10
QHAUD
Persembahan yang agak teruk.Pitching out, flat & sharp di merata tempat.Walaupun dari segi teknik vokal teruk tetapi Qhaud berjaya memberi persembahan yang menghiburkan.Sebenarnya Qhaud ada aura tersendiri tetapi Qhaud harus mencari di mana kelebihan yang dia ada.Saya rasa Qhaud lebih terarah kepada lagu yang berkonsep tradisional.Ini dapat kita lihat di diari apabila Qhaud menyanyikan lagu sebegini amat bagus sekali dengan lenggok yang betul dan merdu.
3/10
AKIM
Akim memulakan lagu dengan agak baik walaupun nampak jelas muka Akim tidak suka dengan lagu yang dibawa.Perasaan nervous masih bermain di hati Akim menyebabkan tariannya tidak ada centre point.Suara nada tinggi agak baikdan persembahan yang energetic.
4/10
RUBISA
Memang tidak dinafikan Rubisa mempunyai bakat yang bagus serta suara yang versatile.Namun setakat suara sahaja yang bagus kalau tidak diiringi dengan sikap yang baik akan membunuh Rubisa sendiri.Memang jelas di diari Rubisa ni jenis yang banyak cakap, negatif, bermuka-muka dan tidak menghormati pelajar lain.Scene yang menunjukkan sikap tidak puas hati Rubisa dengan Aishah amat menjengkelkan.Walhal Rubisa pernah masuk dalam program realiti MystarzLG musim pertama dulu, sepatutnya lebih matang. Yang dimaksudkan ada Pakej adalah termasuk muka, penampilan, suara & SIKAP.Kalu sikap tidak bagus hancurlah karier seorang penyanyi. Good luck Rubisa!
4/10
ZIZI
Kalau saya berada di stadium semalam, saya akan memberi ’standing ovation’ kepada Zizi!!! Tahniah.... persembahan Zizi sungguh memukau!Suara serak2 tu yang membuat Zizi unik dari pelajar lain.Harap Zizi dapat lagu Ella di konsert yang akan datang.Ada sesuatu yang saya nampak dalam diri Zizi!Zizi boleh pergi jauh! Go Zizi!
7/10
SIDI
Sidi! Mana perginya suara emas sidi? Sidi antara pelajar yang mempunyai suara ‘jantan’ yang bagus sekali akan tetapi Sidi masih terikat dengan perasaan rendah diri.Dah kawin dan berumur dari pelajar lain menyebabkan Sidi takut untuk membuat ‘all out’.Persembahan Sidi biasa-biasa sahaja dan tidak memberi apa2 kenangan!
4/10
OBRI
Ini lagi satu contoh pelajar yang mendapat lagu bertaraf ‘fun fair’.Kesian Obri! Lagi jadi mangsa keadaan.Tidak dinafikan Obri boleh menyanyi tetapi kepandaiannya itu tidak teruji!Penat sudah hampIr sebulan di akademi (sejak terpilih t0p 20) lagu ini yang Obri dapat?Takpe Obri, bila dah jadi penyanyi nanti Obri boleh pilih sendiri lagu yang Obri suka! Semuga sukses di luar sana!Pelajar akan ‘missed’ abang yang baik seperti Obri.
3/10
AISHAH
Lagu Mata dendangan Noor Kumalasari menjadi badi kepada Aishah yang merupakan salah seorang pelajar favorite musim ini.Lagu Mata yang anti klimaks menyebabkan persembahan Aishah kurang menyerlah untuk konsert ke-3 ini. Low note ada masalah dan Aishah tidak bijak memberi nafasbaru lagu ini.Seharusnya Aishah lebih kreatif untuk membentuk lagu boring ini kepada sebuah lagu yang lebih menarik.Sekali lagi kasut tumit tinggi telah membataskan pergerakkan beliau.Nampaknya Cikgu Aris & cikgu2 lain telah menolak cadangan Aishah, penonton & juri agar Aishah tidak memakai kasut tumit tinggi!Setakat 1-2 inci tak pa, ini dibaginya 5 inci untuk Aishah pakai! Budak tu kan baru lepas SPM, mana tau nak pakai kasut macam Principal Tiara!
4/10
ISMA
Tidak dinafikan pengalaman mematangkan seseorang. Isma walaupun belum bergelar artis rakaman namun pengalaman Isma menyanyi di pentas bersama artis menjadi kelebihan kepada beliau.Isma amat yakin, fokus, tahu apa yang dibuat, tahu bagaimana memikat hati penonton, bijak menguasai pentas dan kamera dan sebagainya.Lagak Isma seperti penghibur di atas pentas. Setakat pitching lari sikit2 tidak menjejaskan persembahan Isma. Alah, penyanyi professional pun buat silap, inikan pula pelajar!Tahniah Isma!
7.5/10
HAFIZ
Apalagi yang patut saya komen kalau ke tiga-tiga juri mengiktiraf Hafiz sebagai juara di Konsert ke-3!Dewan bagai nak pecah dengan sorakan penonton.Barisan tenaga Pengajar pun menjerit bagai nak rak melihat persembahan mantap dari Hafiz.Kalau dilihat dari segi lagu, bukanlah lagu yang mesra telinga tetapi apabila berada di tangan Hafiz... satu keajaiban telah berlaku. Hafiz berjaya menghidupkan lagu tersebut! Suara lantang dan bertenaga telah memukau semua juri dan seluruh dewan pada malam itu. SOALAN SAYA, ADAKAH NASIB HAFIZ AKAN MENJADI SEPERTI BOBDI AF2? Dengan persembahan yang memukau hingga meremangkan buku roma Juri Farihin dan menggugurkan airmata Kutsia, Bob hanya berada di tangga ke 5! Fikir-fikirlah sendiri!
8.5/10
Anggun
Sementara menunggu keputusan penyingkiran, Anggun penyanyi bertaraf antarabangsa kelahiran Indonesia telah mempersembahkan sebuah lagu 'Jadi Milikmu '.Walaupun santai namun aura ’international’ beliau jelas terpancar dari persembahannya.
Seperti yang dijangka, Rini & Obri merupakan 2 pelajar yang tersingkir untuk minggu ini.Keputusan ini tidaklah mengejutkan.Kalau dibandingkan dengan Rini, Sidi lebih layak untuk disingkirkan memandangkan persembahan yang suam-uam kuku untuk ketiga-tiga konsert.
Carta Jefbuj
1.Hafiz8.5/10
2.Isma7.5/10
3.Aril7/10
4.Zizi7/10
5.Claudia 6/10
6.Yazid5/10
7.Rini4.5/10
8.Aishah4/10
8.Rubisa4/10
9.Akim4/10
10. Sidi4/10
11. Qhaud3/10
12. Obri3/10
Komen2 blogger tentang Hafiz
1.Badrul Hashim / Murai.com
Selepas tiga persembahan di konsert mingguan yang langsung tidak mengecewakan, I am a Hafiz Fan! Lagu nih pun tak mencabar sangat keupayaan vokal Hafiz tetapi dia ada nilai artistik yang tinggi dan dikeluarkan sepenuhnya dalam persembahan. Nyanyian dan persembahan Hafiz nampak effortless! Tiga minggu berturut-turut membuatkan Akademi Fantasia jadi konsert Hafiz Fantasia. I can't wait to watch the final concert, just for me to be able to watch Hafiz perform live on the stage. As far as I'm concern, Hafiz is MY champion in AF7. Sebab, menang atau tidak, I akan support dia. Kalau dalam konsert seterusnya nanti persembahan Hafiz tetap hebat macam nih, I'm going to change from just a fan to a die-hard fan! In my humble opinion, kalau nak bawa artist ke pentas antarabangsa, Hafiz is the one!
Note to myself: I should start kumpul duit dari sekarang to buy Hafiz's album, to go to his concerts, or even beli tiket kapalterbang tengok dia perform kat pentas antarabangsa (muhahaha)
2. Mr.Manager.blogspot
Three weeks in a row this boy has nailed his performances CONSISTENTLY. Now that is what I call PROFESSIONAL and worth RM20 if you bought a ticket to watch the show live at Dewan Seri Putra every week. Hafiz has created ANTICIPATION. What I mean by this is EVERY WEEK both you and I wait to see what he will be DELIVERING. And that is COMMERCIAL. No, I am not being biased. I am telling it how it is. He is the only student so far to actually deserve the high percentage of votes he is getting. Wide vocal range, natural use of his resonators, very wide open throat, strong support and excellent projection. You think that's easy? Plus, cool moves and a stage presence to match. Please Hafiz,stay.humble.
Gambar keluarga sebelah ayah sememangnya senantiasa di dalam album peribadi saya. Ini adalah penting untuk mengingatkan asal usul saya.Datuk saya berasal dari Singapura yang berketurunan Cina ( Hakka ). Nama datuk saya ialah Mr.Chin Kin Siong dan setelah memeluk agama Islam, beliau menukar nama kepada Sulaiman Siong Abdullah.
Setelah berhijrah ke Sarawak, beliau telah berkahwin dengan nenek saya iaitu Puan Hindun binti Mat Arif yang berketurunan Melanau dari Matu, Sarawak. Mereka dikurniakan dengan 5 orang anak dengan nama yang unik iaitu Hajjah Umi Kalthom, Haji Bujang (ayah saya ) Haji Thamby, Jabli dan Haji Onn. Cuma ayah saya yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 69 tahun, lima tahun yang lalu. ( Al-Fatihah ).
Take just a couple of minutes to take this test & see what happens! If you are honest this tells the truth -- it's pretty good. Write your answers on a piece of paper, NO cheating!! The answers are at the bottom...
1. Which is your favorite color: red, black, blue, green, or yellow?
2. Your first initial?
3. Your month of birth?
4. Which color do you like more, black or white?
5 . Name of a person of the same sex as yours.
6. Your favorite number?
7. Do you like Canberra or Fremantle more?
8. Do you like a lake or the ocean more?
9. Write down a wish (a realistic one)
When you're done, scroll down. Don't cheat
Answers:
1. If you choose:
Red - You are alert and your life is full of love.
Black - you are conservative and aggressive.
Green - Your soul is relaxed and you are laid back
Blue - You are spontaneous and love kisses and affection from the ones you love.
Yellow - You are a very happy person and give good advice to those who are down.
2. If your initial is:
A-K - You have a lot of love and friendships in your life.
L-R - You try to enjoy your life to the maximum and your love life is soon to blossom.
S-Z - You like to help others and your future love life looks very good.
3. If you were born in:
JAN - MAR: The year will go very well for you and you will discover that you fall in love with someone totally unexpected.
APR - JUN: You will have a strong love relationship that will last forever.
JUL - SEP: You will have a great year and will experience a major life-changing experience for the good.
OCT - DEC: Your love life will be great, you will find your soulmate.
4. If you chose...
Black: Your life will take on a different direction, it will be the best thing for you, and you will be glad for the change.
White: You have a friend who completely confides in you and would do anything for you, but you may not realize it.
5. This person should be your best friend.
6. This is how many close friends you will have in your lifetime.
7. If you chose:
Canberra : You like adventure.
Fremantle : You are a laid back person.
8. If you chose:
Lake : You are loyal to your friends and your lover and are very reserved.
Ocean: You are spontaneous and like to please people.
9. This wish will come true if you send this to 1 person in one hour. Send it to ten people, and it will come true before your next Birthday
Recently there was a lot of support calling for the reversal of teaching math and science in English. Much of this support comes from intellectuals who had never studied any form of science or maths in their respective college or University.
Take for example the recent PPSMI forum which was supposed to be attended by Anwar Ibrahim but was replaced by Syed Husin Ali. Syed Husin Ali is a Professor of Anthropology and Sociology from University Malaya. What science or mathematics is there? In fact I had to look up the dictionary to understand the meaning of Anthropology. The anthropologist Eric Wolf once described anthropology as "the most scientific of the humanities and the most humanistic of the sciences." Zaidel described Anthropology as a major you take in Uni if you can't do Math well but want to seem smart by having fancy words on your degree.
And Anwar Ibrahim? Degree in Malay Studies, Oiyoooo the only Math they have in Malay Studies is to calculate the amount of credit you take per semester, which isn't much of a problem for Anwar, because during his Uni days he spent most of them shouting slogans on the street and getting angry for no apparent reason.
Why I say getting angry for no apparent reason? Because later he Joined UMNO!! Back to the reason why I support the damn thing. I came from Universiti Teknologi Malaysia, and trust me when I say this that a few years back this was the most Bahasa Kebangsaan University than any other local universities combined. Let's just say the first 3 years of my Engineering days were filled with Bahasa Malaysia/Melayu jargons.
Just to show you what I mean take a look at some of these examples. Engineering Term Capacitor - Pemuat Resistor - Perintang Impedance - Galangan Current - Arus Others include : Momen Lentur, Tegasan, Terikan, Pepejal, Dinamik Haba and etc... I mean those Engineering Lecturer took the extra mile to translate every single damn thing into Malay and I greatly respect this. As opposed to my sociology lecturers who like to screw up the Malay Language by prostituting English words into BM.
Take for example this term "Dekadensi Moral" When I first saw that term I was thinking what the hell is dekadensi moral, a type of resistor or something? Turns out dekadensi comes from the English word Decadence. Dekadensi Moral means Moral Decadence direct translation where as you can simply translate it into "Kemerosotan Akhlak/Moral" which is much clearer. But NOOOO he had to use dekadensi so that he would seem smart and people won't question his Associate Professorship.
Then you would have other words like kompak, visi, misi, infotainment, naratif kecil, naratif besar and penkek. At first the Lecturers (Engineering) seemed to get it all good, they managed to translate the English term to BM very well and with very clear meaning. Then things started to change as the subject get's more complex and you get newer terms.
For example: "Motorolla 68000 Microprocessor" Which translates to Mikro Pemproses Motorolla 68000" Sounds fine.... But then as you go deeper into the subject you will find more interesting terms. For instance Timer - The clock cycle chip you use to send timing signals to the processors. It acts like a stopwatch to the processor.
BM Translation - Pemasa. Which is fine. Then we have things like this - Bistable Multivibrator - Dwimantap Penggetar Pelbagai. Apo Kobondo tu Jang?
Then in microprocessor you have this term call "Interrupt" and like it's name it means to interrupt the normal cycle of the processor and tell it to focus to doing something else.
Kinda like the phone rings when you are cooking, you stop cooking and answer the phone. The Malay Jargon Interrupt would be Sampukan. Interrupt Pin - Pin Sampukan. Sampukan? Sampuk ke? Sejak bila Mikropemproses ada pocong atau Jembalang dalam dia? Ini Electrical Engineering ke, Bomoh Engineering?
Masked Interrupt - Sampukan Bertopeng. Handshake Interrupt - Sampukan Jabat Tangan. Ko salam dengan dia lepas tu ko kena sampuk, kira dia ni macam santau laa. Then you have this thing called "Latch" which is an output chip. Latch in Malay is Selak. Selak as in Selak pintu, Selak Pagar or Selak pintu Jamban.
Mula-mula baca dulu saya ingat Selak dalam erti kata Selak Kain. Contoh - Angin bertiup kencang lalu baju kurung Fasha Sanda pun selak sikit lalu Zaidel pun telah menerima ganguan emosi akibat dari kejadian itu. Naah see, And it gets interesting when it comes to "Electrical Power" subject.
In there there is this chapter where they talk about CoEnergy in power transmission. Coenergy in Malay is translated to Kotenaga. Which is why when he gave the lecture, my lecturer would loudly proclaim KOtenaga compared to the students who prefer to pronounce it as KOTEnaga.
3-phase Coenergy in power transmission would then becomes KoteNaga 3-fasa dalam penghantaran kuasa. OIYOOOOOO, kalah Anakonda!
Just for fun here are some other Technical Jargons you can play with... Transformer - Pengubah Decoder - Penyahkod (Mak Nyah kot) Multiplexer - Pemultiplex Polarity - Kutub Instruction Set - Set Suruhan Components - Peranti (I bet you didn't know that) Universal Asynchronous Receiver Transmitter (UART) - Penghantar Penerima Pemasa Serentak Am
Now try translating this
Connect your Joystick into the server port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.
Masukkan batangria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan batangria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main. Hambik kau!
Tu belum dia kena sampuk ke selak ke nak nak pulak ada kotenaga. By the time I was in my 4th year, Everything was taught in English.... SENANG!
Salam semua! Maaf kerana untuk beberapa hari ni saya tak update blog sebab agak sibuk membuat modul-modul untuk tahun 2009. Alhamdulillah, banyak juga jemputan untuk membuat ceramah di serata Sarawak & insyallah ke Semenanjung. Jadi ,masa amat terhad untuk saya. Harap pengikut setia blog ini bersabar ya! Insyallah jika ada kelapangan saya akan kongsikan DIARI saya ini dari masa ke semasa!
Tepukan gemuruh dari tenaga pengajar selepas Hafiz membuat persembahan.
ISMA Jat Da Da Da/Hello
Konsert AF7 baru sahaja selesai semalam.Apa pandangan anda? Biasa2 sahaja ? Teruk atau meningkat?Pada pendapat saya perjalanan konsert amat lancar namun kurang menyengat,Cuma beberapa orang pelajar yang menunjukkan peningkatan dan menyerlah seperti Hafiz, Isma, Qhaud dan Claudia.Yang lain-lain lebih baik semasa berlatih di dalam diari daripada konsert sebenar. Contohnya Yazid, beliau yang mempunyai vokal yang baik, gagal memberi persembahan sepertti yang diharapkan.Sebaliknya Adila yang memberi persembahan yang jauh lebih baik dari Yazid disingkirkan.Inilah yang terjadi bila JARI MENJADI JURI.Mungkin Adila adalah seorang artis, penonton fikir tidak perlu untuk Adila menang ataupun penonton lebih memberi peluang kepada pelajar lain untuk mengejar cita2 mereka menjadi penyanyi.Ini pernah berlaku semasa rancangan OIAM musim pertama dulu di mana Dayang Nurfaezah disingkirkansebelum melangkah ke konsert akhir.
Berikut adalah komen peribadi saya tentang persembahan pelajar2 AF7 sabtu lepas;
AKIM
Betul seperti kata Adlin, Akim nampak kongkang apabila menari.Pergerakan tak tentu hala menyebabkan Akim seperti hilang arah menyebabkan pitching berterabur, terutama apabila memulakan lagu ke-2.Walaupun suara Akim baik namun Akim tidak tahu bagaimana menggunakan kelebihan itu.Harap Akim tidak banyak main2 semasa kelas sepertimana yang dinyatakan oleh Cikgu Siti Hajar.
3/10
ADILA
Kelebihan sebagai penyanyi tidak disia-siakan oleh Adila.Adila membuat persembahan ‘all out’ terutama semasa membawa lagi dangdut.Persembahan yang bersahaja telah memakan diri sendiri.Tidak ada ‘x factor’ menyebabkan Adila gagal menambat hati pengundi.
4/5
YAZID
Amat kecewa, begitulah pendapat saya.Sepatutnya lagu Anuar Zain yang menjadi pengemudi carta2 di radio ini boleh dibawa dengan baik oleh Yazid.Sebaliknya tiada magic yang dilakukan oleh Yazid. Lagu berhantu ini seolah2 tiada istimewa.Nampak jelas suara Yazid tidak selari dengan muzik.Kalau benar Yazid tidak mendengar monitor bagaimana pula pelajar lain?Takut pulak Yazid seperti Faizal AF6 yang dikatakan pekak nada.
3/5
HAFIZ
Seperti yang dijangka, persembahan Hafiz tetap konsisten. Tidak mengecewakan.Hafiz tetap mengungguli carta Pengetua untuk minggu ke-2.Apabila Hafiz membawa lagu Toyol, jelas Hafiz mempunyai tone suara yang pelbagai.Lontaran vokal yang mantap telah membuatkan Juri Edry & Adlin memilih Hafiz sekali lagi sebagai persembahan terbaik malam itu.Tahniah Hafiz.
8/10
AISHAH
Tidak mengecewakan!Memang payah untuk membaaw lagu Faizal Tahir namun Aishah berjaya membawanya dengan gaya tersendiri.Aishah ni walaupun kecil tetapi bakat nya adalah besar.Beliau seperti minggu lepas tetap yakin di atas pentas.Cuma satu sahaja yang menjadikan Aishah nampak kurang selesa di atas pentas iaitu kasut yang bertumit tinggi.Walaupun Adlin pernah menegur kasut Aishah pada konsert pertama dulu namun cadangan itu tidak diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab menyediakan wardrobe.
5/10
CLAUDIA
Lagu Dato Siti dibawa dengan cara tersendiri.Akan tetapi kelemahan Claudia ialah, dia tidak sustain note dengan baik. Sebab itu setiap bait lagu terputus-putus dan nampak kurang kemas.Masalah ini mula nampak sejak Claudia membawa lagu Sempurna konsert pertama dulu.Mungkin apa yang diajar oleh Cikgu tidak dipraktikkan semasa konsert. Harapan saya Claudia belajar dari kesilapan lalu.Pun begitu Adlin suka dengan persembahan Claudia sehingga beliau minta maaf pada Claudia apabila memilih Hafiz sebagai pelajar terbaik bukan Claudia.
6/10
ISMA
Pengalaman menjadi sandaran Isma untuk memberi persembahan yang memukau.Namun suara Dato Siti tetap menghantui persembahan vokal Isma.Harap Isma dapat mencari identiti sendiri, mungkin dengan membawa lagu yang jauh dari pengaruh Siti.Persembahan yang energetic.
7/10
AIRIL
Tone suara memang sedap tetapi Airil gagal membawa lagu Adam dengan baik. ‘Over do’ itulah yang dikatakan Adlin menyebabkan banyak pitching ke laut.Ekspresi wajah adalah sama walaupun Airil membawa 2 buah lagu yang berlainan genre.Airil juga sepatutnya menari lebih baik untuk lagu Robot memandangkan Airil seorang shuffler.
4/10
QHAUD
Qhaud berjaya membawa lagu dengan baik walaupun di kritik hebat oleh Juri.Persembahan beliau mantap.Agak terkejut apabila beliau dipilih menjadi Pelajar Terbaik oleh Tenaga Pengajar sedangkan persembahan Hafiz & Isma jauh lebih baik dari beliau.Mungkin peningkatan yang ketara dari konsert pertama membuatkan beliau mendapat credit dari tenaga pengajar.
5/10
RUBISA
Persembahan Rubisa agak biasa walaupun beliau cuba untuk memberi yang terbaik.Suara dari tekak tetap kedengaran dan Rubisa tidak benar2 mengaplikasikan apa yang diajar.
5/10
OBRI
Tiada apa yang menarik dari Obri kecuali keberanian beliau di atas pentas. Suara lantang namun banyak placement yang salah. Lucu jugak apabila beliau dikatakan puppet dan AC menyuruh Obri duduk di atas riba nya dan berlakon sebagai Puppet.Lawak bodoh lah! Apa ingat ini Raja Lawak ke?
4/10
ZIZI
Wow!Suara minah rock ni amat memukau, cuma kurang stamina. Begitu bijak mengawal ruang pentas.Nampak macam Superstar!
6/10
SIDI
Pemilik suara jantan ini memukau apabila menyanyi pada peringkat permulaan. Namun sayang Sidi tidak bertenaga sampai ke akhir persembahan. Riak takut di wajah Sidi masih kelihatan.
5/10
RINI
Tidak ada perubahan ketara kalau dibandingkan dengan persembahan rini minggu lepas.Sikap keras kepala rini menyebabkan pengundi rasa jelek untuk mengundi beliau ( dari chat2 di c@15 ).Saya harap rini dapat mengubah persepsi pengundi dengan mengubah sikap lebih positif di hari yang mendatang.
Salam! Terimakasih kerana melusuri blog ini. Diari Jefbuj diwujudkan adalah untuk saya berkongsi dengan pembaca budiman akan perjalanan kehidupan saya seharian di samping berkongsi cerita2 sensasi dunia hiburan, politik, isu semasa dsbnya. Selamat membaca!
Good Day! Thank you for your precious time reading my blog. The objective of having Jefbuj's Diary is to share with you my daily activities besides sharing news on entertainment, politic & current issues etc . Happy reading!
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
-
Lembaga Tabung Haji (TH) membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan
ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang
THiJA...
Saur, Posa, Sungkei
-
Sungkei hari tuk sikda makan lain, minum jak sampei duak tiga gelas air
selaseh.. pasya lalu nyandar kejap. Aus gilak..
Malam, dini hari saur simple jak....
Novel Remaja Rambutan Kuala Lumpur - Cetakan Kedua
-
Alhamdulillah sudah dicetak kali kedua Novel Remaja Rambutan Kuala Lumpur.
Terima kasih atas sokongan anda.
*Rambutan Kuala Lumpur* (Novel Remaja)
*RM 25....
The Return
-
It's been quite a while since I blogged, being away on Twitter and all. And
yes, I know I've repeatedly promised I would update my blog. And I haven't.
Tap...
KRABI 2015...
-
percutian pertama tuk 2015...destinasi adalah pulau dan pantai kerana saya
adalah pecinta tegar..
ni view dari bilik di awal pagi..damai dan dingin,saya ...
2014 - HADIAH untuk Diri sendiri.
-
2014 hanya tggl 4 hari saja berlalu.
Masih mencari2 hadiah yang sesuai untuk mereka yang ku sayangi.
Untuk suami ku, sudah ku sediakan package menunaikan um...
Cinta dan Sekufu..
-
*Cinta Tak Sekufu*..
Sekiranya terjadi pada kita, apa yang akan kita buat?
Usaha menjadi yang *terbaik*, cari lain yang lebih baik atau *berdoa *berserah
...
PENGAMBARAN MENU CHEF NAJIB DI MAJALAH SAJI
-
Baru-baru ini, saya telah dijemput oleh Majalah Saji dari KL untuk memasak
beberapa masakan tradisi Sarawak untuk dimuatkan ke dalam Majalah Saji
edisi Jun...
TIGA BELAS AURAT WANITA
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening - Pet...
Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."
MY PHILOSOPHY
small people talk about things Average People Talk About People GREAT PEOPLE TALK ABOUT IDEAS
TIME WAITS FOR NO ONE YESTERDAY is history TOMORROW is mystery TODAY is a gift Thats why it is called the PRESENT
· Dominant in relationships. · Always wants the last word. · Desire love with quality . See things clearly . Neat & clean · Very smart & brilliant · Dislikes noise and chaos. · Eager. · Hardworking. · Loyal. · Sense of humour · Easy to talk to. · Practical and very fussy. · Often shy. · Pessimistic.