I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 23, 2009

Kursus Operasi & Pengendalian Homestay @ Sibu








Saya memohon berbanyak maaf kerana tidak update blog ini sejak Isnin lepas sebab saya ‘traveling’ ke Sibu dari 18 – 22 Mac. (Baru je balik semalam.) Sebenarnya saya telah dijemput menjadi fasilitator untuk Kursus Operasi & Pengendalian Homestay bertempat di Premier Hotel Sibu. Kursus tersebut adalah anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Mukah.

Peserta kursus terdiri daripada pengusaha Homestay di Kampung Senau, Oya yang terletak di Dalat, Mukah. Seramai 11 orang Tuan Rumah telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut. Walaupun mereka telah menjalankan perniagaan hampir 10 tahun namun masih banyak kelemahan yang perlu diatasi terutama bahagaian operasi, pemasaran dan pengurusan kewangan.


Bagi saya, ini adalah kumpulan yang paling kecil yang pernah menghadiri kursus yang saya ajar. Biasanya 25 orang sehingga ke 350 orang! Bagi saya, saya lebih suka kumpulan kecil sebegini sebab lebih senang untuk handle berbanding kumpulan yang besar.

Antara Modul yang saya ajar adalah :


1. PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN HOMESTAY

2. KHIDMAT PELANGGAN

3. PROSIDUR & PERSEDIAAN MENYAMBUT TETAMU

4. TIPS PENYEDIAAN

5. PERANCANGAN MENU,KOS PERBELANJAAN & PERANCANGAN MENU

6. PERANCANGAN AKTIVITI HARIAN & PERANCANGAN ATURCARA

7. PEMASARAN DAN JUALAN

8. ASAS PEMANDU PELANCONG

9. PENGENDALIAN HOMESTAY

10.PENYEDIAAN PAKEJ

11.PROSIDUR TEMPAHAN &STATISTIK & REKOD JUALAN

12.PENGURUSAN KEWANGAN


Di dalam modul2 tersebut, banyak kertas kerja yang perlu peserta bentangkan dan juga ‘role play’ yang sungguh mencuit hati !


Kursus bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga ke 10.30 malam. Memang agak memenatkan kerana saya terpaksa bercakap selama 12 jam sehari namun saya puas kerana semua pelajar bersemangat dan memahami apa yang saya ajar.


Di akhir kursus tersebut, sijil penyertaan telah disampaikan kepada semua peserta oleh Pegawai dari KPSU, Putra Jaya iaitu En. Nur Azmi Ahmad. En. Abdah Arbi Wakil dari LKIM Wilayah Mukah turut dijemput untuk memberi ucapan penutupan. Selain itu En. Awangku Omar, Pengurus Besar LKIM Mukah, Cik Liana, Pegawai LKIM Mukah, En.Azmi & Puan Suzana dari LKIM Kuala Lumpur turut hadir untuk memastikan kursus berjalan dengan lancar.


En.Azmi telah menyarankan saya untuk memberi kursus di Pantai Timur iaitu Kelantan, Trengganu & Pahang dan akan menghubungi saya dalam masa yang terdekat. Insya Allah, jika tidak ada aral saya menerima tawaran tersebut dan bersedia berkhidmat untuk mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman tidak kiralah di mana sahaja.


Wednesday, March 18, 2009

Lessons on Life






There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.
The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted. The second son said no it was covered with green buds and full of promise.

The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.

The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.


Moral lessons:


Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.

Don't judge life by one difficult season.


Monday, March 16, 2009

KONSERT AF7 PERTAMA

Saya begitu teruja menunggu konsert AF7 yang pertama hujung minggu lepas. Dalam kepala, apakah transformasi yang dijanjikan oleh Principle Tiara yang sentiasa digembur-gemburkan.

Apabila diumumkan barisan Juri iaitu Edrie Hashim & Dato' Khatijah Ibrahim saya amat lega kerana saya tidak mahu juri2 yang lepas. Bukan mereka tidak bagus tapi saya dah penat mendengar para pelajar kena 'dera' jiwa. Akan tetapi apabila diperkenalkan Juri yang seorang ni iaitu Adlin Aman Ramlee saya pulak rasa suka.... tahu kenapa? Sebab Adlin benar2 ikhlas dan 'mendidik' ditambah pula dengan 'body language'nya yang kekadang menggelikan hati. Pendekata komen Adlin pendek, pedas tapi bernas.

Berikut adalah komen-komen peribadi saya tentang tahap persembahan pelajar ( tanpa prejudis ). Pemarkahan : 1 - 10 bintang.


ADILA - (Di Bawah Pohon Asmara - Jacklyn Victor )


Persembahan biasa artis di konsert2 atau Fun Fair, salam-salam, angkat tangat, jalan mundar mandir, nothing interesting. Suara sedap cuma little bit pitchy.

3/10


SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)


Nampak sangat nervous! Sayang sekali, kalau tidak Sidi boleh dapat tepukan gemuruh. Semasa latihan, persembahan Sidi lebih mantap. Suara macam tidak ada projection. Harap Sidi belajar bagaimana nak control perasaan gugup.

3/10


ZIZI - Molek (Elyana)


Persembahan tahap konsert , very energetic tapi sayang low note tidak terkawal. Zizi kena banyak bersenam kerana nampak sangat kurang stamina ( pancit ).

3.5/10


YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)


Tidak dinafikan, Yazid mempunyai tone ala-ala 70an punye penyanyi. Kira sedap telinga mendengar. Namun darah gemuruh Yazid memusnahkan persembahannya. Dari anak mata kita dapat lihat Yazid amat tidak yakin namun nampak jujur. ( Sebijik muka Adlin ek ! )

4/10


ISMA - Sepi (Yuni Shara)


Sekali dengar ada suara Dato Siti tapi cara pembawaan lain sikit. Yang tak kenanya kenapa pakai selar Jeans? Kan ke elok Isma dipakaikan baju evening gown, baru kena dengan lagu. Suara Isma amat gemersik dan mendapat pujian dari Kathy. Harap next time Isma bawak lagu yang bukan terarah ke muzik Dato Siti supaya ada identiti sendiri.

4.5/10


AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)


Bila tengok Akim pakai smart, boleh tahan pulak budak ni. Dalam diari nampak tak terurus. 'Unsak Ansir" kata orang Sarawak. Suara Akim amat matang dari usianya yang baru 18 tahun. Persembahan bagus dan ada attitude.

4.5/10


CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)


Eh, Dayang masuk AF ke? Saling tak tumpah seperti Dayang bila didandan, lebih2 lagi bila pakai anting2 besar tu. Bila didengar dan dilihat, segala2nya Dayang. So apa nak dikomen??? Memang sedap! Claudia harus cuba lari dari imej Dayang walaupun dah dianugerah tuhan. Bak kata Mr.Manager dalam blognya... macam tengok Dayang Nurfaizah buat show. Compliments dari Kathy .... suara orang Sarawak memang sedap.... ( mungkin kot, sebab Sarawak dan Sabah ada tone suara Indonesia sebab satu Borneo)

6.5/10


HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)


Meremang bulu roma!!! Itu yang boleh saya katakan. Persembahan Hafiz memang memukau. Teriakan & tempukan membuktikannya. Tak sangka ye, dalam Diari biasa sahaja tapi bila konsert... all out! Tahniah Hafiz! Persembahan bersahaja, gerak badan yang seiring dengan alunan suara yang sungguh merdu dan penuh yakin . Dari pelajar yang kurang popular, nama Hafiz melonjak ke tempat pertama! Harap-harap Hafiz mengekalkan momentum sebigini hingga ke akhirnya!

8/10


RINI - Elegi Sepi (Azharina)


Suara yang mudah dilupakan walaupun sedap. Suara yang bersih & jelas tapi banyak terpengaruh dengan penyanyi asal. Projection suara Rini amat kurang dan kena kurangkan vibrato .

4/10


OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)


Betul kata Juri lagu terlalu berat untuk Obri. Kenapa harus pilih lagu sesusah ini? Sepatutnya Obri pilih lagu yang lebih memberi impak kepada penonton di konsert pertama sebegini. Walaupun tone sedap namun pemilihan lagu yang salah akan memberi kesan kepada peminat yang baru nak meminati Obri. Suara bersih dan very 'jantan'. Tapi tak boleh lawan abg Jamal le!

5/10


AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)


Comelnya!!!!!!!!!!! macam Raja Ema dulu2 kan? Wajah Aishah nampak betul2 berbeza bila disolek. Aishah memiliki suara yang mendayu2 sesuai dengan lagu ini. Aishah begitu yakin dan ada karisma. Persembahan Aishah seolah-olah ini adalah konsert yang ke-8! Go Aishah!!!!

6.5/10


QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)


Lagu Qhaud juga terlalu besar untuknya. Suara Qhaud tidak dikawal dengan baik. Kalau berlatih lagi pasti Qhaud lebih menyerlah. Qhaud juga amat yakin diatas pentas.

5.5/6


RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)


Go Rubisa!!!! Rubisa juga adalah peserta favourite saya! Saya minat Rubisa sejak dari Mystarz LG musim pertama lagi! seperti yang saya nyatakan didalam ulasan diari lepas, Rubisa memiliki mutu suara yang bagus sekali. Cuma Rubisa kena ikut apa yang Cikgu ajar, yakni teknik vokal barulah Rubisa lebih cemerlang. Tahniah BISA ( nama Kathy bagi ) memang bisa!

7/10

ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)


Aril menang sorak bila menari. Suara, budak2 lagi tapi sedap! Betul kata Juri... pakej cukup, muka commercial macam bintang Korea. Tapi Aril kena lebih berusaha. Jangan harapkan muka sahaja. Saya percaya Aril boleh ke final kalau betul dengan gayanya. Tahu2 jelah.... gadis2 pasti Afundi Aril.

4.5/10

Pada pengamatan saya :

1- Stage terlalu sempit, malap dan hilang identiti AF. Stage macam rancangan realiti yang lain.
2- Mana perginya TAG LINE & lagu Menuju Puncak yang menjadi Trade Mark AF ??? Please kembalikan keunikan AF supaya AF dapat mengekalkan popularitinya dan mengalahkan rancangan realiti yang lain!
3. Muzik tak ada impak -sama seperti konsert AF 5 dibawah Pengetua Roslan Aziz dulu.
4. Don't tell me tak ada segmen 'tarik beg' semasa penyingkiran!
5. AC kena kurangkan ' membebel' dan bercakap loghat yang tak mesra telinga bagi orang yang tak faham terutama kaum lain ( cina, india & peribumi Malaysia Timur ). Cukuplah di AF6 dulu. Please 'transform'!
6. Setakat ini barisan Juri bagus, tak melalut, merepek tetapi lebih terarah kepada mutu suara !
7. Wardrop - atau pakaian, KIAMAT! .... please tukarrrrrrrrrrrrrrrrrr. Principal Tiara kata mahu melihat mereka sebagai Star! Baju Star ke??? Tolong bagi baju better dari penonton!!

Keseluruhannya, ini adalah konsert pertama yang terbaik antara konsert AF yang terdahulu sebab semua pelajar 'tip top' dan amat menghiburkan. semua memiliki keunikan yang tersendiri. Di dalam diaripun kita tak lihat Cikgu marah bila mengajar vokal dan komen juri pun bagus semuanya. Mungkin ini adalah sebabnya kenapa tiada penyingkiran di malam itu. Tahniah barisan Pengajar terutama Principle Tiara. Keep up your good work!


CARTA SEBELUM KONSERT

Isma 10%
Rubisa 10%
Yazid 9%
Rini 8%
Zizi 8%
Claudia 8%
Aril 7%
Obri 7%
Akim 7%
Hafiz 6%
Sidi 6%
Aishah 6%
Qhaud 5%
Adila 5%


CARTA SELEPAS KONSERT

Hafiz 10%
Rubisa 9%
Yazid 9%
Aril 8%
Zizi 8%
Isma 8%
Claudia 7%
Aishah 7%
Akim 7%
Obri 6%
Qhaud 6%
Rini 6%
Adila 5%
Sidi 4%

CARTA JEFBUJ

1. Hafiz 8/10
2. Rubisa 7/10
3. Aishah 6.5/10
4. Claudia 6.5/10
5. Qhaud 5.5/10
6. Obri 5/10
7. Isma 4.5/10
8. Akim 4.5/10
9. Aril 4.5/10
10. Yazid 4/10
11. Rini 4/10
12. Zizi 3.5/10
13. Sidi 3/10
14. Adila 3/10


gambar : TQ Mr.Manager !

Thursday, March 12, 2009

Ulasan Diari AF ( Minggu 1 Eps.3 )



Wow !!! Itulah yang boleh saya katakan apabila melihat sedutan Diari AF7 semalam. Walaupun klip agak singkat menunjukkan para pelajar berlatih menyanyi, saya terpukau dengan mutu vokal pelajar2 baru ni. Kita boleh lihat Cikgu Shafi & CT Hajar tdk banyak marah kalau dibandingkan dengan AF terdahulu. Memang nampak pelajar2 baru ini mempunyai mutu vokal yang senang untuk dibentuk.
Antara pelajar yang menarik perhatian saya adalah Hafiz yang membawakan lagu Aizat, sungguh merdu sekali. Walaupun sekali sekali ada sedengaran sedikit2 intonasi suara Aizat namun suara Hafiz lebih husky. Pun begitu, Cikgu Shafi telah menegur cara sebutan 'a' hafiz yang begitu terbuka. Ia sepatutnya disebut dengan lebih bulat. Cikgu Shafi harus faham bahasa orang Sarawak & Sabah adalah baku dan lebih kepada pelat Indonesia. " SayA tidak adA bacA" bukan " Saye tidak ade bache ". Jadi bila dah terbiasa, susah nak membulatkan sebutan 'a' . Apa2pun Hafiz kena ikut kata cikgu k!
Rini juga amat mengejutkan saya, apabila rini bercakap suaranya agak kasar. Akan tetapi apabila menyanyikan lagu Azharina, alunan suara rini sungguh mengasyikkan. Seperti yang telah saya nyatakan dalam catitan lepas, vokal Rubisa adalah pilihan saya. Rubisa mempunyai tone suara yang mirip dengan suara penyanyi Indonesia. Walaupun Rubisa menyanyi dengan bersahaja namun kelunakan suaranya tetap dapat kita nikmati. Cara Cikgu Aris juga mencuri perhatian saya. Beliau telah menunjukkan cara melembutkan pinggang dengan membuat gerakan sharp ke kiri,kanan,depan & belakang. Ini amat membantu membentuk postur badan ketika menari. Seperti biasa Kak Mah memang vass! Saya paling suka tengok mimik muka dia yang lucu tu. Tapi tau tak? Nampak aje Kak Mah tu melaram giler depan TV, hakikatnya Kak Mah pakai selipar je sebab view dia separuh je ditunjuk kat TV tu! Sampai ketemu lagi..............

TAHNIAH - Azri dapat SPM cemerlang!



Saya ucapkan TAHNIAH di atas kecemerlangan keputusan SPM anak saudara saya MOHD.NORAZRI AZMI yang mendapat 8A dan 2B. Azri merupakan anak sulung kepada abang saya. So, tercapailah cita-cita dia nak ambil jurusan Engineering! Hai........ bila tengok anak buah dah besar, terasa pulak diri ni dah senja...

Ingat lagi masa dapat Azri (anak buah pertama) dulu....... seronok giler! Nama timangan 'bang ie' . Dia memang very intelligent dari kecik . Walaupun pendiam tapi 'otak jalan' , so tak terkejut dengan keputusan cemerlang yang dia dapat. Masa UPSR dapat straight 5As dan PMR pun straight 8As.

Belajar sungguh2 kat U ye.... tak nak ikut jejak uncle jeff pergi Jepun ke???

OIAM2 - Lelaki lebih menyerlah

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


AWEERA tersenyum bangga apabila dipuji pengkritik OIAM 3 sambil diperhatikan pengacara, Marion dan Awal. Aweera menerima imuniti selepas Esther dan Amylea.

Persembahan kebanyakan peserta One In A Million dapat pujian pengkritik

BANGKIT daripada kegagalan minggu kedua, persembahan One In A Million (OIAM) minggu ketiga berlangsung Jumaat lalu menunjukkan perubahan drastik apabila peserta yang tinggal memberikan persembahan yang rata-rata menerima pujian pengkritik Paul Moss dan Syafinaz Selamat.

Malah kehadiran juara Malaysian Idol pertama, Jaclyn Victor sebagai juri undangan turut menampakkan graf membanggakan apabila prestasi peserta terus menghangatkan program realiti yang sudah bersiaran musim ketiga ini. Tidak keterlaluan andai dikatakan peserta lelaki, Aweera, Tomok, Nine, Simon dan Rizu yang lebih menyerlah berbanding peserta wanita yang ada.

Peserta dari Utan Aji, Perlis iaitu Aweera yang menerima kritikan paling pedas pada minggu kedua hingga mengundang kontroversi apabila terpacul perkataan ‘menyalak’ daripada Syafinaz berjaya menerima imuniti kesan persembahannya menyanyikan lagu Gemilang dengan cara ‘rock’ tersendiri.

Bagaimanapun, Syafinaz menafikan yang pemilihan Aweera mengikuti jejak Esther dan Amylea untuk menerima pengecualian daripada diundi minggu seterusnya sebagai usaha menebus keterlanjurannya mengkritik peserta yang ingin memperjuangkan irama rock ‘kapak’ itu.

“Secara keseluruhannya saya boleh tersenyum puas apabila peserta yang tinggal melakukan persembahan yang bagus jika mahu dibandingkan persembahan minggu kedua yang agak teruk. Cuma, ada dua, tiga orang daripada mereka yang tidak menyerlah. cerita selanjutnya....

Wednesday, March 11, 2009

Ulasan Diari AF ( Minggu 1 Eps.1&2 )



Nampaknya semua pelajar nampak gembira apabila mendapat lagu wish list masing2. Tapi kenapa Qhaud pilih lagu M.Nasir yang susah tu? Dahlah muzik nya kurang mesra telinga dan agak susah utk dinyanyikan. Apa2pun saya pasti beliau dpt membawanya dgn baik.

Bila dilihat sudah nampak keserasian di antara pelajar. Yang best nya mereka ni macam dah lama kenal. Ni yang kita nak, jangan ada yang keras kepala dah lah. Saya rasa suasana akademi macam cool aje, mungkin Pengetuanya; Datin Tiara very friendly dan memahami situasi akademi. Ye lah kalau dapat Pengetua yang garang tak bertempat, pasti budak2 tu stress dan sudah tentu akan memberi kesan kepada persembahan mereka.

Kelas tarian pun menarik. Cara Cikgu Aris pun agak berbeda dgn Cikgu Linda. Gerak tari & step pun nampak segar, walaupun pergerakkan agak pantas namun budak2 tu dapat ikut. Mungkin inilah kriteria yang AF mahu. Nampaknya Kelana gugur dari calon sebab tak pandai menari kot! Ikut suara & pengalaman memang manTOP! Tapi dari segi penampilan dan watak agak kurang dari pelajar lain.

Harapan saya, semua pelajar akan membuat yang terbaik untuk persembahan pembuka tirai penghujung minggu ini; kerana dari situlah orang mula menilai akan bakat mereka. Saya juga berharap, kita akan dapat barisan Juri yang benar2 layak untuk menghakimi persembahan pelajar. Saya malas dah nak dengar Juri kata 'mata tak tengok kamera, penuhi ruang, baju tak sesuai, awak nampak cantik malam ini' dan bermacam2 lagi komen yang langsung tak meningkatkan mutu vokal pelajar.

Sekiranya Pengetua & fakulti AF7 mahukan transformasi menjadi realiti, biarlah cara penjurian diubah. 70% dari juri dan 30% undian sms. Tidak salahkan? Dengan demikian barulah penonton puas hati dan AF tidak akan lagi diselubungi kontroversi! Dalam pengamatan saya, para pengundi adalah terdiri dari budak2 sekolah yang tidak tahu menilai. Yang cantik dan handsome terus di undi walaupun persembahan pada malam itu mendapat kritikan pedas juri.

Cuba kita tengok Mystarz LG...... tidak terdengarpun rungutan dari penonton. Permarkahan dari Juri dapat menyelamatkan pelajar yang benar2 berbakat. Jadi tak salah kalau pihak ASTRO mengubah cara penjurian. Dengan perubahan itu insyallah AF7 akan lebih dihargai dan lebih bagus dari musim yang lepas.

Rahsia ais yg kurang diketahui.

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.

Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Tuesday, March 10, 2009

Tiara Jacquelina Pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh

Budiey Blog

Selepas sebulan berteka-teki, Astro Ria mengumumkan Datin Seri Tiara Jacquelina, 41, sebagai pengetua program realiti paling popular Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh di sini malam ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, Jacquelina merupakan calon Pengetua AF7 yang sesuai dan berkelayakan berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang lakonan, tarian, penerbitan serta nyanyian.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa lima bulan untuk mencari calon pengetua yang sesuai berdasarkan kriteria ditetapkan.

"Antara kriteria itu ialah pengalaman calon, komitmen dan idea yang mampu dicurahkan oleh calon pengetua yang dipilih," katanya selepas majlis pengumuman tersebut di sini.

Pemilihan pelakon teater muzikal Puteri Gunung Ledang itu sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi jawatan Pengetua AF7 yang sebelum ini heboh diperkatakan.

Selain Tiara, nama-nama lain yang pernah disebut mengisi jawatan itu antaranya penyanyi Datuk Sheila Majid, Pengarah Urusan KRU, Norman Abdul Halim, pemuzik Acis dan komposer Farihin Abdul Fatah serta penyanyi, Anita Sarawak.

Tiara merupakan pengetua AF wanita pertama dalam program TV realiti itu di mana enam pengetuanya sebelum ini merupakan di kalangan lelaki.

Sementara itu, Tiara ketika ditemui berasa terharu dengan pemilihannya sebagai Pengetua AF7 yang akan memulakan siarannya selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Saya membuat keputusan menerima tawaran jawatan ini beberapa hari yang lepas dan saya terharu dengan pemilihan ini.

"Saya pernah berkata kepada media bahawa selepas pementasan Puteri Gunung Ledang, saya ingin menubuhkan akademi seni sendiri.

"Jadi, saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk saya mencurahkan pengalaman dalam bidang seni kepada para peserta program ini," ujarnya.

AF7 yang akan dihoskan oleh AC Mizal itu sudah menemui 14 peserta yang akan bertanding selama 10 minggu bagi merebut gelaran juara.

Konsert minggu pertama AF7 akan diadakan pada 14 Mac ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil di sini pukul 9 malam dan penonton yang menyaksikannya dikenakan tiket RM20.

Senarai Lagu Konsert Minggu Pertama AF7:

  1. Claudia - Sempurna (Andra & The Backbone)
  2. Isma - Sepi (Yuni)
  3. Adila - Di Bawah Pohon Asmara (Jac)
  4. Zizi - Molek (Elyana)
  5. Rubisa - Matahariku (Agnes Monica)
  6. Aishah - Dan Sebenarnya (Yuna)
  7. Rini - Elegi Sepi (Azharina)
  8. Akim - Hatiku Kau Luka (AlleyCats)
  9. Obri - Jeritan Batinku (Allahyarham P. Ramlee)
  10. Aril - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
  11. Hafiz - Lagu Kita (Aizat)
  12. Qhaud - Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)
  13. Yazid - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
  14. Sidi - Terima Kasih Cinta (Afgan)

komen jefbuj

Saya sungguh teruja apabila Tiara muncul dalam diari af7 semalam. Saya puas hati sebab saya amat yakin dgn kredibiliti Tiara sebagai Pengetua. Tengok saja Theatre Puteri Gunung Ledang! Bukan senang untuk mengurus sebuah produksi sehebat itu. Itulah 'transformasi' yang dijanjikan oleh pihak Astro. Harapan saya agar Tiara dapat men'transform'kan rancangan AF7 menjadi satu program realiti yang akan dikenang sepanjang masa seperti AF2 & 3.

Saya geram apabila chatters di c@15, belum apa-apa lagi pelbagai kutukan dan kata2 tak senonoh dilemparkan kepada Tiara. Apa ni???? Apa lagi yang dpt memenuhi nfsu serakah mereka? Ramli MS tak bagus, Roslan tak bagus, M.Nasir tak bagus semua tak bagus! Siapa lagi bagus??? Kadang2 malas nak layan tapi apa boleh buat benda dah terlepas masuk dalam carpet C@15.

Cadangan saya, elok pihak Astro & moderator menapis segala sms yang masuk supaya tidak mengaibkan pelajar & tenaga pengajar. Saya tahu, yang menghantar sms bodoh tu adalah terdiri dari budak sekolah yang belum matang. Pihak Astro seharusnya memantau sms2 yang dikirim sebelum disiarkan di kaca TV yang boleh dibaca oleh jutaan penonton. Jangan disebabkan coretan yang bodoh orang luar memandang rakyat Malaysia adalah warga yang kurang ajar! Renung2kanlah!


gambar : budiey.com

Monday, March 09, 2009

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

Semuga segala ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dapat diterapkan di dalam kehidupan kita seharian. Walau sebanyak buih di lautan sekali pun, kalau kita bertaubat, insyallah taubat kita akan diterima dan dosa-dosa kita akan gugur seperti daun kering di pohon yang rendang. Oleh itu, mulakanlah kehidupan yang baru, bertaubatlah, beribadatlah, tinggalkan segala perbuatan yang tidak diredhai Allah, insyallah hidup kita akan selamat di dunia & akhirat. Jadikan segala sunnah rasulullah sebagai pedoman dan panduan untuk melayari kehidupan kita hingga ke akhir hayat.